Tak faham aku dengan manusia nilah. Aku cuma dianugerahkan dengan satu kekurangan iaitu penglihatan, bukan dari kecil tapi kerana sakit. Semalam... Aku ke Permata Hijrah. Pekerja-pekerja di sana merawatku. Tapi... Alangkah sedihnya, pekerja-pekerja terbabit seakan memandang rendah terhadapku. Segala soalan yang ingin ditanyakan padaku, semuanya ditanyakan kepada ibuku. Kenapa begitu? Tak fahamkah mereka yang aku cuma tidak nampak? Bukan pekak atau bisu! Bukan bodoh! Kalau semua peperiksaan di sekolah hingga ke universiti aku boleh jawab, dan soalan-soalan dalam peperiksaan tersebut berkisarkan banyak perkara termasuk dalam dan luar negara, inikan pula soalan-soalan yang berkisar kepada diriku, tentang sakitku? Itulah masyarakat kita, cepat sangat memandang rendah kepada orang. Jangan lihat orang itu kekurangan, kita anggap semuanya dia tak tahu, semua orang buatkan. Entah-entah, kalau ibuku beritahu yang segala urusan harianku aku sendiri yang uruskanpun dia orang terperanjat. Ya Allah, tolonglah bukakan hati mereka agar tidak terus dungu sebegitu. Aku selalu mendapat rawatan dari hospital sebelum ini, doktor pasti akan bertanya kepadaku tentang sakitku, apa yang ku rasa, setakat mana penglihatanku, semua ku jawab sendiri dan doktor-doktor tersebut bertanya secara langsung kepadaku meskipun aku ditemani ibu dan bapaku. Yalah, sakit aku, mestilah aku yang tahu. Ini, apa yang aku boleh nampakpun tanya pada ibuku, manalah dia tahu! Bukan dia yang mengalaminya! Tolonglah!!! Jangan nampakkan kesempitan pemikiran kalian pada umum.
Seharusnya mereka sedar, berhadapan dengan pesakit, mereka harus tahu cara berkomunikasi yang paling baik untuk menangani masalah pesakit. Kalau inilah cara mereka... Tak tahulah aku. Sepatutnya mereka lebih maklum kerana mereka merupakan perawat yang sering berhadapan dengan pesakit. Begitu juga ketika ingin memberitahu sesuatu, semuanya diberitahu kepada ibuku sedangkan aku di hadapan mereka. Apabila ibuku mengatakan yang aku bekerja, mereka seolah tidak sangka bahawa aku bekerja. Kenapa? Bodoh sangatkah aku ni? Nampaknya, masyarakat di negeri ini belum terbuka minda mereka. Mereka harus segera bangkit dan ubah sikap mereka. Pengamal perubatan lebih-lebih lagi perubatan berkonsepkan Islam, tidak sepatutnya bersikap demikian. Tolonglah, ubah cara kalian.
Satu lagi yang buat aku terkilan, seorang pekerja setelah bertanyakan jenis penyakitku dan aku memberitahu sakitku adalah trakoma masih mengatakan sakitku glukoma. Bila dibetulkan, katanya trakoma dan glukoma adalah penyakit yang hampir sama. Huh, sebenarnya, glukoma dan trakoma adalah dua penyakit yang berbeza. Kalau tak percaya, cuba buat "research" dan bandingkan antara kedua-dua penyakit tersebut, jauh beza antara kedua-duanya. Jika ada kesempatan, akan aku kirimkan artikal tentang kedua-dua penyakit tersebut. Ingat, kata-kata dan sikap kalian, mampu menggugat keyakinan pesakit kepada kalian.
Monday, November 30, 2009
Friday, November 27, 2009
Gadis Bertudung Putih
Gadis Bertudung Putih, nyanyian Kumpulan May, aku tak pernah dengar lagu ni. Tajuk pernahlah terbaca, itupun masa cari lagu untuk dimuatkan dalam program yang syarikat terbitkan. Tiba-tiba, ada seseorang tujukan lagu ni untuk aku. Lantas, aku cari lagu dan liriknya untuk ku hayati. "Best" jugalah lagu ni, liriknya berbunyi begini:
Wajah seri yang memukau
Pesona kau dipandang
Tersenyum dan terkhayal sejenak
Matamu gemilang
Bagaikan ada syurga
Di dalamnya
Aku ingin bersama
Memilik sebuah kota
Bersamamu aku diyakinkan
Ku berada di tengah-tengah
Persimpangan tak ke mana
Bawalah ku pergi
Ke mana saja
Bawalah ku lari
Dari sengsara
Manalah berhenti
Di situ terhenti
Mana kembara terselit kita
Capai tanganku
Kita berganding berdua
Genggam tanganku kita nyanyikan
Lagu yang seirama
Tujukan lagu ni untuk aku? Suka-suka atau... Maksud lagu ni menyampaikan suara hati? Hah! Lantaklah! Malas aku nak fikir, luka lamapun belum sembuh lagi.
Wajah seri yang memukau
Pesona kau dipandang
Tersenyum dan terkhayal sejenak
Matamu gemilang
Bagaikan ada syurga
Di dalamnya
Aku ingin bersama
Memilik sebuah kota
Bersamamu aku diyakinkan
Ku berada di tengah-tengah
Persimpangan tak ke mana
Bawalah ku pergi
Ke mana saja
Bawalah ku lari
Dari sengsara
Manalah berhenti
Di situ terhenti
Mana kembara terselit kita
Capai tanganku
Kita berganding berdua
Genggam tanganku kita nyanyikan
Lagu yang seirama
Tujukan lagu ni untuk aku? Suka-suka atau... Maksud lagu ni menyampaikan suara hati? Hah! Lantaklah! Malas aku nak fikir, luka lamapun belum sembuh lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)