Wednesday, September 10, 2014
Masihkah?
Kalau lapan bulan lalu aku post tentang dia yang sama-sama menghadiri latihan Gunung Kinabalu, sekarang lain pulak ceritanya. Selama lapan bulan ni pelbagai peristiwa berlaku antara aku dan dia.
Sebelum puasa hari tu, dia cedera disebabkan suatu pertandingan. Dan ini bermakna dia tidak akan mengikuti ekspedisi ini. Terima kasih, Tuhan, mungkin Kau tahu aku tidak kuat untuk berhadapan dengannya. Jiwaku sakit. Hatiku pedih. Apa yang menyakitkan tu, rasa malas nak cerita hari ni.
Memandangkan latihan baru bermula dua minggu selepas hari raya dan kemudiannya cuti merdeka, dua kali latihan aku jalani dengan tenang dan ceria. Bukan bersyukur kerana dia cedera tidak sekali. Siapa nak orang yang pernah kita sayang sakitkan? Tapi sikap dia dan perempuan-perempuan gedik yang menyebabkan aku rasa lega bila dia tak ikut ekspedisi ni. Tapi hari ni, hati aku berkocak lagi. Khabarnya, latihan kami di Nuang, FRIM dan Brincang akan disertainya. Apa lagilah yang dia nak? Tak cukup lagikah mahu menyakiti hatiku? Tolonglah, kalau nak mengorat atau menggedikpun, janganlah buat di hadapan aku. Tak perlulah tunjukkan pada aku. Sekali lagi Tuhan, aku mohon perlindunganMu dari dia.
Amin...
Thursday, January 9, 2014
Puncak Kinabalu, Impian Yang Menyakitkan
Impian yang menyakitkan? Bukan pendakian yang menyakitkan tapi semuanya tentang pendakian yang bakal ku tempuhi andainya terpilih.
Tuhan! Apa lagi rencanaMu buatku? Aku tidak tahu. Lalu aku pasrahkan segalanya padaMu. Kenapa hidup aku tidak lepas dari dia???
Jika kami dipertemukan kerana latihan pendakian untuk Gunung Tahan, puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia dan akhirnya terpisah, kini kami dipertemukan sekali lagi dalam latihan menakluk Puncak Kinabalu, puncak tertinggi di Malaysia.
Dari bisik-bisik khabar angin yang ku dengar, dia tidak akan menyertai ekspedisi kali ini atas komitmen lain pada tarikh pendakian kelak. Baru sekali dua aku menarik nafas lega, jantung seakan terhenti tatkala kawan yang sama-sama menghadiri taklimat pendakian mengkhabarkan bahawa dia ada dalam taklimat tersebut.
Lebih menyakitkan, latihan pertama yang ku hadiri turut membariskan dia sebagai peserta. Tambah melukakan, pada akhir sesi latihan, dia beratur selang seorang di belakangku iaitu di belakang perempuan yang khabarnya baru dikenali dan semakin intim yang juga merupakan kawanku yang tidak begitu rapat.
Cemburukah aku? Tidak! Kisah aku dan dia telah lama berakhir. Tapi, sebagai pencinta yang mencinta setulusnya dari dasar hati yang dalam, perasaanku terusik yang menjalar rasa ngilu pedih ke segenap jiwa. Dah elok aku bersama geng aku beratur di hadapan, boleh pula dia datang beratur berdekatan aku. Dahlah tu, siap dengan perempuan tu lagi. Tak tahulah kalau kebetulan mereka beratur berdekatan. Kenapa dia tidak mencari tempat lain saja untuk beratur? Akupun tergamam masa tu. Sepatutnya, aku terus berpindah tempat ke belakang biar mereka tahu aku tidak suka keadaan itu. Tidak puas lagikah dia menyakiti hatiku dulu? Tidakkah berbekas rasa bersalah dan sesal di hatinya atas apa yang berlaku? Tolonglah! Aku merayu, jangan lagi kau sakiti hatiku. Ya, hak engkau untuk berpasangan dengan siapapun yang kau suka, tapi tidakkah kau faham bagaimana rasanya cinta pertama? Atau mungkin kerana dia tidak pernah mencintai aku setulusnya namun dia tidak dapat merasakan cinta itu? Kalau nak mengayat atau apa sajalah, silalah duduk jauh daripadaku. Jangan tunjukkan pada aku yang kau sedang ingin memikat dan aku telah lama lenyap dari hatimu. Aku mohon pengertianmu kerana latihan ini masih jauh perjalanannya. Takkanlah hampir setahun ini hampir setiap minggu aku perlu merasa sebal dan ngilu? Selama kami berpisah, tidak pernah ada satu aktivitipun yang kami sertai serentak. Tapi tak tahulah kenapa kali ini boleh jadi macam ni.
Apa pulaklah yang akan berlaku minggu ni?
Subscribe to:
Posts (Atom)