Saturday, August 24, 2019

Perlukah Aku Terasa?

Sejak akhir-akhir ni, abang tak macam selalu. Kalau bercakap dalam telefon, dia banyak diam. Aku je yang banyak bercakap sampai kadang-kadang rasa macam tak apa ke aku bercakap ni? Dia bosan ke dengan aku? Textnya pula tak selembut dan seromantis dulu. Kadang-kadang aku rasa aku je beria text dia, cakap yang sweet-sweet, tapi balasannya, tawar je. Kadang-kadang rasa macam dia nak tamatkan text tu cepat. Ke perasaan aku je? 



Hati ni cepat je tersentuh kalau dia yang buat something. Tapi, aku segera halau semua perasaan sedih yang bertamu. Abang kata, abang sibuk. Sebelum ni pun dia ada cakap yang dia ada handle beberapa projek kat ofis. Macam semalam ke Kajang untuk uruskan Raja Muda Perlis nak naik train. Lepas tu malam pergi simulasi LRT. Pukul 3.00 pagi baru sampai rumah dan tidur. Hari ni, pagi-pagi lagi, abang dah keluar sebab raja muda Perlis naik train pagi tadi. Balik petang, pergi perlawanan bola sepak. Dia kan manager, kenalah pergi. Takkan nak biar team terkontang-kanting tanpa pengurus? Pukul 6.00 petang baru sampai rumah. 


Tak apalah. Simpan jelah dulu perasaan ni. Semoga tak ada apa yang buruk berlaku. Semoga abang baik-baik saja. Semoga abang kembali tenang. 


Sayang rindu abang yang dulu. Yang lembut, romantis dan selalu layan sayang. Selalu bergurau, ketawa dan banyak cakap. Sayang rindu masa-masa tu. Sayang tunggu abang yang dulu. Yang selalu buat hati sayang berbunga-bunga. Yang selalu buat sayang jatuh cinta kat abang. Kan abang pernah cakap, kalau sayang jaga hati abang, abang akan jaga hati sayang. Sayang akan cuba sehabis baik untuk jaga hati abang. Sayang harap keadaan ni tak berpanjangan. Sayang seorang yang manja dan perlukan perhatian serta belaian abang. Rindu abang sangat-sangat. 

Wednesday, August 14, 2019

Sedih

Tiba-tiba aku rasa sedih. Rasa sayu. Hanya Allah je yang tahu perasaan ini. Tak tahu nak cakap dengan siapa. Orang faham ke? 

Aku Rindu

Ya Allah, aku rindu.



Kenapa lepas bergaduh mesti rindu?


Ya Allah, sampaikan salam rinduku padanya sehingga aku menjadi kerinduannya. 


Ya Allah, titipkan jua kerinduan dalam hatinya sepertimana engkau titipkan rindu dalam hatiku uatnya.

Sunday, August 11, 2019

Tanya Sama Hati

Tanya sama hati, apa yang aku rasa hari ni?



Jawab hati, biarlah aku saja yang rasa dan tahu. 


Biar segalanya ku adukan kepada pemilik hati. 


Semoga apa yang aku lakukan ini, tidak dipandang sepi seperti angin yang lepas lalu.



Friday, August 9, 2019

Warkah Buat Abang

Assalammualaikum Abang yang amat sayang rindu, Sayang mohon, abang bacalah luahan hati sayang ni dengan minda terbuka serta hati yang lapang. Terlebih dahulu, sayang mohon ampun sekiranya apa yang akan sayang perkatakan, membangkitkan kemarahan abang. Maafkan sayang jugak abang kerana terpaksa menulis luahan ini di sini. Mungkin sayang tak pandai untuk bercakap dengan abang tentang rasa hati yang satu ini. Sebab tu abang marah sayang dan keadaan menjadi teruk. Sayang faham apa yang abang mahukan. Sayang faham yang abang nak sayang text abang, tak perlu tunggu abang text dulu. Sayang boleh buat. Dan sayang pernah buat. Tapi abang, untuk permulaan ni, jika ada rasa belas di hati abang, sayang mohon abang buatlah macam hari tu dulu. Jangan drastic ubah sesuatu yang dah biasa sayang terima. Buatlah dengan perlahan-lahan supaya sayang dapat menerima keadaan ni sedikit demi sedikit. Tahukah abang, bila keadaan berubah secara drastic, ianya mengganggu emosi sayang dan seterusnya, merosakkan hubungan kita? Sayang tak minta banyak. Jika ada rasa kasihan di hati abang, pada waktu yang biasa abang text sayang, hantarlah satu text. Dan sayang takkan panjangkan waktu abang text dengan sayang tu. Sayang faham, masa abang bukan untuk sayang sorang. Lepas tu, sayang akan buat rutin sayang bila sayang nak tidur. Sayang akan wish abang macam selalu. Sayang tak minta benda ni untuk selama-lamanya. Sekadar permulaan supaya sayang rasa OK. Bila sayang rasa OK, sayang yang akan text abang walaupun abang tak text sayang dulu. Sekali lagi sayang mohon ampun sekiranya entri ini membangkitkan kemarahan abang. Sayang cuma mahu keadaan pulih seperti biasa. Sayang sayang abang.

Sunyi

Dua malam ni, terasa sunyi. Tak tahulah kenapa. Rasa sedih dan jauh hati sering mengundang tangis.

Tuesday, August 6, 2019

Dari Malam Ke Malam

Aku rasa down sangat sejak malam tadi. Rasa sedih. Rasa tak nak buat apa-apa. Aku hanya melepek, berbaring, menangis dan tidur sepanjang malam tadi, siang dan hingga saat ni. Aku tidak ke pejabat hari ni lantaran daripada rasa tidak enak ini. 



Nafsu terhadap makanan juga hilang. Sampai detik ini, tiada seteguk air dan sebiji makanan mengisi ruang mulut dan perutku. Seleraku mati. 


Ku cuba pujuk diri jangan menangis bimbang kepala dan mata sakit. Tapi aku tak mampu menahannya. Dan benar bagai diduga, belakang kepalaku mulai sakit. Mata mula terasa perit. 


Ya  Allah, berikan aku ketenangan. Redakan rasa yang menyiksa ini.