Saturday, September 12, 2020

Aku Yang Dianugerahkan Perasaan Begini

Allah menganugerahkan aku dengan perasaan sayang dan rindu. Dari kecik aku memiliki perasaan ini. Walaupun dalam famili tak ada yang menzahirkan perasaan ini secara terang-terangan. Tapi aku? Aku lebih suka mempamerkan rasa kasih sayangku, suka melafazkan rasa cinta rinduku. 



Tapi tak ramai yang melayanku. Hanya arwah chek yang sering membalas kata-kata sayang dan rinduku padanya. Arwah chek je yang suka membelai, memelukku erat dan menciumku. 


Bila aku dewasa, aku mula mengenali cinta. Malangnya ketika tu, aku dipertemukan dengan seorang lelaki yang ego. Jarang melafazkan dan jarang membalas tatkala aku melafazkan. Akhirnya, aku diamkan saja perasaanku. Malu rasanya melafazkan kepada seseorang yang tidak membalas. Entah-entah, aku je yang berperasaan sayang dan rindu padanya sedangkan dia tidak. Kang dalam hati, dia tertawakan aku. 


Perjalanan cintaku seterusnya,berlabuh pada seorang lelaki yang happy go lucky. Memang tak ada nak lafaz-lafaz sayang dan rindu. Sehingga aku sendiri rasa segan untuk melafazkan. Kadang-kadang cuba nak buat tapi rasa geli dan malu. Bila aku tanyakan perasaannya padaku, dia suka memberi jawapan, “Awak rasa?”. Aku hampa. Rasa stress bila tak dapat menzahirkan rasa kasih sayangku padanya.


Dan kini, aku bersama seorang lelaki yang juga ego dan kadang-kadang pentingkan diri sendiri. Tapi, dia seorang yang romantis, penyayang, ada waktunya, aku dapat rasakan dia rindukan aku. Ada masanya, dia melafazkan kata-kata itu kepadaku. Alhamdulillah, aku rasa bahagia walaupun kadang-kadang hatiku tersakiti. Dan ada masanya aku juga menyakiti. Dengan dia, aku tak rasa malu untuk melafazkan atau menzahirkan perasaanku. Sebab, dia suka melayanku. Cuma... sejak akhir-akhir ni, kekalutan yang berlaku ada waktunya membuatkan aku terasa dengan sikap dan tingkahnya. Kalau mengikut kata seorang penceramah, dia ni tergolong dalam emosi merah. Tegas, ego, berpendirian dan ada cara untuk melembutkan hatinya. Salah cara, dia memberontak dan mengamuk. Mungkin aku juga beremosi merah. Mula-mula dulu, bila dia marah, aku pun marah. Dan aku berfikir, sampai bila nak macam ni? Bukankah aku mahu hidup selamanya dengan dia hingga ke Jannah? Kalau ikutkan ego aku, mungkin dah lama cinta ini terkubur. Namun, rasa kasih dan sayang, mendorong aku mendalami ilmu psikologi manusia. Aku mula membaca tentang lelaki, mendengar ceramah-ceramah agama tentang kaum Adam. Syurga Allah itu mahal. Dan aku mula mengumpul dana membelinya. Walaupun sedih, rasa terluka dan disakiti, aku lebih tenang dan berhati-hati menghadapi kerenahnya meskipun terkadang aku terlepas laku tatkala kesabaranku rapuh. Patutlah isteri yang taat dan sabar melayani suami dari kaum lelaki yang ego ini, yang mematuhi syariat Allah, Allah beri keistimewaan untuk menghuni SyurgaNya. Belum jadi isteri pun, kesabaranku sering teruji. Mungkin Allah mahu menguatkan hati dan fizikalku sebelum menjadi isterinya. Lebih-lebih lagi, jalan yang aku lalui sememangnya berduri dan beranjau. 


Ya Allah, semoga ini adalah destinasi cintaku yang terakhir. Aku mohon belas kasihanMu Ya Allah untuk mempermudahkan jodohku bersamanya. Izinkan kami hidup dalam tenang dan bahagia hingga ke Jannah. Semoga kami terhindar dari maksiat dan kemungkaran. Semoga setiap apa yang kami lakukan, kesabaran kami, dikira sebagai ibadah meraih keredhaanMu. Semoga setiap air mata yang sedikit ini, yang aku tumpahkan hampir setiap hari tatkala krisis melanda, menjadi hantaran perjalananku merangkul syurga abadi. 

Maafkan Sayang

Abang, 

Andai tutur bicara sayang tak selunak yang abang idamkan,
Andai tingkah sayang tak seindah yang abang harapkan,
Sayang mohon maaf.


Abang,
Sayang insan biasa yang punya kelemahan dan kekurangan,
Kalau hati abang tak tenang bersama sayang,
Sayang mohon ampun.
Mungkin sayang ini tak sempurna, dungu atau lembap untuk belajar menjadi apa yang abang inginkan.

Abang,
Sayang minta maaf kerana banyak kesilapan yang telah sayang lakukan sepanjang kita bersama.
Sayang mohon ampun kerana tak mampu membahagiakan abang. 


Abang,
Selagi ada waktu yang diizinkan bersama abang,
Sayang cuba memenuhi keperluan dan kehendak abang.
Maaf kiranya diri ini lambat belajar akan kemahuan abang. 

Hanya PadaMu Ya Allah

Ya Allah,

Kau menciptakan hati dengan tidak terlihat,
Maka apa yang ada dalam hatiku tak bisa terungkap,
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui.


Ya Allah, 
Betapa aku ikhlas akan cinta ini,
Ikhlas akan hubungan ini,
Ikhlas menyayanginya,
Ikhlas terhadap semua yang ada bersamanya.


Ya Allah,
Malam ini, 
Cintaku teruji,
Hatiku dilukai,
Keikhlasanku dipersoal,
Kebaikanku dipertikai,
Kesabaranku diduga.


Ya Allah, 
Saat aku mendengar patah demi patah kata yang menyakitkan,
Hati segera memperingatkan lidah, aku sedang diuji,
Alhamdulillah, dengan izinMu Ya Allah, 
Mampu aku tahankan bilah lidah tajam ini dari menikam balas.


Ya Allah,
Aku sedih,
Andai air mata ini ada,
Pasti berderai membasahi pipiku.


Ya Allah, 
Mana mungkin aku menyebut-nyebut akan niat baikku di hadapannya?
Kelak nanti bimbang disalahertikan.


Ya Allah,
Hanya Engkau Yang Maha Tahu,
Niat suciku,
Impianku,
Terhadap hubungan ini, 
Terhadap dia yang amat aku cintai,
Terhadap semua yang di bawah tanggungjawabnya. 

Ya Allah,
Engkau Maha Tahu kan Ya Allah, 
Akan segala butir doaku,
Akan segala isi hatiku,
Akan segala niat suciku.

Ya Allah,
Kenapa Ya Allah kesabaranku sering diuji?
Kenapa Ya Allah keikhlasanku selalu diduga?


Dan Ya Allah,
Hanya Engkau Yang Maha Tahu,
Segala tangis yang aku hambur setelah perginya dia,
Segala rintih yang aku ratap di belakangnya kepadaMu,
Segala rayuanku padaMu yang tak pernah dia tahu. 


Ya Allah,
Setiap kali aku ingin memperbaiki diri,
Ada saja yang menguji.


Ya Allah,
Sungguh aku berkecil hati,
Rasa hilang semua harga diri,
Seolah aku ibarat melukut di tepian gantang,
Ada tak bertambah,
Hilang tak berkurang.

Ya Allah, 
Aku merenung jauh ke dalam diri,
Apakah layak aku bersamanya?
Apakah ada bahagia untukku?
Apakah ada rasa cinta dan kasih sayang menghiasi hidupku kelak?
Apakah aku bisa dihargai?


Ya Allah,
Rasa terbanding diriku dengan orang lain dalam hatinya,
Betapa aku jauh di bawah,
Sedang orang dijulang tinggi melangit,
Tapi aku?
Aku hanya letaknya jauh di bawah.


Ya Allah,
Selagi ada masa yang Engkau izinkan untuk aku mencintainya,
Aku akan terus mencintainya setulus hatiku, 
Sekiranya esok aku tidak lagi diperlukan,
Tiada sesalan yang aku bawa pergi melainkan hati yang remuk-redam,
Semoga ketulusan cinta ini menjadi kenangan terindah buatnya.


Ya Allah,
Andai dia Engkau pinjamkan buatku hingga ke Jannah,
Pun aku akan sentiasa mencintainya dengan tulus,
Agar cinta ini mahar kepada redhanya,
Yang bisa menyelamatkan aku dari NerakaMu.


Monday, September 7, 2020

Sakit

Ada orang cakap, abang update status Facebook with dia. Siap update video lagi. Ya Allah, pedihnya rasa. Kenapa ye dalam perkara simple macam ni lelaki susah nak adil? Bila dengan aku, tak ada dah nak update-update Facebook yang dengan aku. Kalau aku update pun, ada masanya aku yang kena marah. Siap kena tengking lagi. Padahal benda tu normal. Masa tu aku terasa sangat. Tapi aku diamkan saja walaupun tangis tak boleh aku tahankan. Tapi kalau dia happy kat sana, suka update status siap with kat sana lagi. Feeling awesome la, feeling happy la kata kawan. Tapi aku tak pernah marah. Suka hatilah nakupdate apapun, sebab itu memang Facebook dengan yang kat sana. Aku cuma harapkan buatlah benda sama bila dengan aku. Kalau dengan yang kat sana, FB yang dengan aku pun tak tengok kecuali hari kerja. Tapi bila dengan aku, boleh je update status BF sana. Bukan aku tak dengar bunyi orang update status FB bila bersama. Tapi bila tengok, tak ada pun status FB yang dengan aku tu. Bila aku minta update FB dengan aku, selamba je cakap tak nak. Dalam hal kecil macam ni pun tak boleh ke buat benda yang sama? Pas tu orang asyik tanya betul ke orang yang relation dengan aku tu wujud? Walaupun aku ni blind, telinga aku masih dengar kalau orang update status FB depan aku. Sebab status FB ni kalau berjaya di post, ada satu bunyi walaupun tak kuat. 


Macam tu jugak whatsapp. Bila pergi beraktiviti dengan yang kat sana, tak ada nak whatsapp aku. Kalau aku Whatsapp pun, lambat je balas. OK la mungkin sibuk atau tak nak bagi yang kat sana nampak. Tapi bila dengan aku, OK je balas Whatsapp yang kat sana depan aku. Mungkin sebab aku ni blind. So, bolehlah buat apa je depan aku. Aku tak nampak kan. Tapi, taklah orang tak nampak ni tak alert sampai tak tahu apa yang orang buat. Kalau nak berpoligami, berlakulah adil walaupun dalam sekecil-kecil perkara. Janganlah bila yang kat sana cemburu, aku yang dimarah. Bila aku cemburu, aku jugak yang dimarah. Pas tu cakap, kan dah tahu abang ada isteri. Perasaan cemburu tu sama je tahu atau tidak orang tu ada isteri. Sama jugak, kalau dah pergi mahkamah, bermakna yang kat sana pun tahu abang nak kahwin lagi dan ada bakal isteri. Patutnya dah faham, mesti ada waktunya akan berjumpa. Bila yang kat sana marah, cemburu, menggelabah, panik, dan melenting. Biasalah. Keadaan tu pasti akan berlaku. Aku yang dimarah. Aku diam, aku telan je semua walaupun hati terasa. Mungkin isteri kedua je yang kena jaga hati suami or bakal suami kot. Tapi isteri pertama, boleh buat apa je yang dia suka hatta marah suami sekalipun. Suami tetap sayang dan tak marah. Yang jadi mangsa, yang kedualah apa lagi.