Tuesday, September 22, 2009

Salam Aidilfitri

Walau langkah tak bertemu,
Tangan tak berjabat,
Ucap tak terdengar,
Mata tak bertatap,
Izinkan hati memohon maaf zahir dan batin.

Selamat hariraya Aidilfitri.

Indahnya dunia hanya sementara,
Indahnya cinta hanya seketika
Indahnya mimpi kadang tak pasti,
Indahnya persahabatan dan persaudaraan sukar dicari,
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata,
Dalam gurau senda tentu ada silap dan dosa,
Mohon ribuan ampun dan maaf atas segalanya…
Selamat menyambut hariraya maaf zahir dan batin.

Cerita Raya

Diam tak diam, dah tiga hari kita beraya. Hari ni… Aku tak ke mana-mana. Duduk di rumah saja menikmati kuih raya selain melayari dunia tanpa sempadan ni. Hmm… Hari raya begini, dapatlah makan makanan yang jarang didapati terutamanya di KL.

Hari raya pertama:
Usai solat sunat hari raya, aku dan keluarga ke rumah Pakcik Hassan, pekena nasi dagang dan mihun goring. Lepas tu ke rumah Pakcik Rosdin. Wah, makan mihun soto, rojak buah dan pudding laici. Petangnya, ke rumah cik, makan sate dan nasi himpit. Ketupat palaspun ada, juadah wajib orang Kelantan.

Hariraya kedua, ke rumah Shukri di Jeli, kawan adik bongsuku merangkap abang angkatnya. Shukri akan berlepas ke Rusia esok untuk menyambung pengajiannya dalam bidang perubatan. Semoga Shukri jadi seorang doctor yang berdedikasi dan berjaya, Insya-Allah. Balik, kami terus ke rumah Aiman, juga kawan adik bongsuku merangkap kawan mama. Malamnya pula, giliran kami menerima tetamu.

Monday, September 14, 2009

Kekagumanku

Pagi ini, aku ceria ke pejabat. Tiada apa yang nak dibuat. Sambil mencari idea untuk kertas kerja baru, aku menelusuri blog demi blog. Dan, pastinya blog Segalanya Tentang Cinta Dan Bulan tidak ketinggalan untukku jengah.

Kak Ratu, aku kagum dengan tulisannya. Ideanya menjadi sumber inspirasiku untuk menjadi seorang perempuan yang bijak merancang demi mencapai kejayaan terutamanya menerusi "Hikayat Cinta". Sebenarnya, aku baru saja menjadi tetamu blog tersebut. Setelah membaca hampir dua novel, ternyata Kak Ratu mampu melanggar arus novel semasa. Jika kita lihat di pasaran mahupun di E-Novel sendiri, kisah yang dinukilkan banyak mengenengahkan isu kahwin paksa atau terpaksa berkahwin dan akhirnya jatuh cinta tak terkecuali juga tulisanku sendiri. Namun, Kak Ratu telah dianugerahkan oleh Allah dengan idea yang hebat. Meskipun cinta bukanlah isu penting misalnya dalam "Hikayat Cinta", tapi garapannya kemas dan menarik serta berupaya menarik perhatian khalayak.

Bukan kepalang gembiranya hatiku kerana ada entri baru untuk "Hikayat Cinta". Memang best dan menghiburkan. Mampu membuatku tersenyum sendiri. Tapi... Terpaksalah aku menahan siksa jiwa ni menanti entri berikutnya. Semoga cepatlah di "upload"kan entri seterusnya.

Ada beberapa blog E-novel lagi yang aku suka kunjungi. Nantilah, akanku ulas pengisiannya nanti walaupun ulasanku bukanlah ulasan yang bertauliah.

Friday, September 11, 2009

Tragedi 11 September, 2001

Badarsila,

Lapan tahun lalu, satu mercu tanda dunia yang begitu gah di Bumi Amerika telah musnah dalam sekelip mata menerusi rampasan empat pesawat. Siapa dalangnya? Entahlah, hingga kini, dunia masih tertanya-tanya, siapa sebenarnya penyerang berani mati tersebut.

Tuesday, September 8, 2009

Apa Maknanya???

Semalam, ada majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan. Dia yang pada mulanya keberatan untuk hadir, turut serta. Aku gembira kerana dapat menghabiskan masa bersamanya.

Hari ini, aku ke bank dan PTPTN bersamanya. Dia lebih banyak mendiamkan diri. Tidak seperti dulu. Kenapa ya? Apa makna semua ni? Adakah dia telah bosan denganku atau… Sememangnya dia tidak ada mood untuk berbicara? Sejak akhir-akhir ni… Dia tidak seperti dulu. Tidak ceria dan tidak mengusikku. Yang baiknya, dia tidak mengatakan sesuatu yang menyakitkan hatiku. Apakah ini petanda baik atau buruk? Apakah cintanya terhadapku telah tawar atau… Dia mula sedar bahawa kata-katanya selama ini banyak yang menyakiti hatiku? Kawan-kawan juga ada memberitahuku dia lebih diam kini dan tidak lagi suka mengusik. Kenapa ya? Positifnya, dia cuba sedaya-upaya untuk menunaikan permintaanku untuk bercakap dengannya setiap hari. Tuhan, aku merayu, jangan ambil dia dariku. Tunjukkanlah jalan untuk aku memenangi hatinya seperti dulu.