Monday, September 14, 2009

Kekagumanku

Pagi ini, aku ceria ke pejabat. Tiada apa yang nak dibuat. Sambil mencari idea untuk kertas kerja baru, aku menelusuri blog demi blog. Dan, pastinya blog Segalanya Tentang Cinta Dan Bulan tidak ketinggalan untukku jengah.

Kak Ratu, aku kagum dengan tulisannya. Ideanya menjadi sumber inspirasiku untuk menjadi seorang perempuan yang bijak merancang demi mencapai kejayaan terutamanya menerusi "Hikayat Cinta". Sebenarnya, aku baru saja menjadi tetamu blog tersebut. Setelah membaca hampir dua novel, ternyata Kak Ratu mampu melanggar arus novel semasa. Jika kita lihat di pasaran mahupun di E-Novel sendiri, kisah yang dinukilkan banyak mengenengahkan isu kahwin paksa atau terpaksa berkahwin dan akhirnya jatuh cinta tak terkecuali juga tulisanku sendiri. Namun, Kak Ratu telah dianugerahkan oleh Allah dengan idea yang hebat. Meskipun cinta bukanlah isu penting misalnya dalam "Hikayat Cinta", tapi garapannya kemas dan menarik serta berupaya menarik perhatian khalayak.

Bukan kepalang gembiranya hatiku kerana ada entri baru untuk "Hikayat Cinta". Memang best dan menghiburkan. Mampu membuatku tersenyum sendiri. Tapi... Terpaksalah aku menahan siksa jiwa ni menanti entri berikutnya. Semoga cepatlah di "upload"kan entri seterusnya.

Ada beberapa blog E-novel lagi yang aku suka kunjungi. Nantilah, akanku ulas pengisiannya nanti walaupun ulasanku bukanlah ulasan yang bertauliah.

No comments: