Ya Allah,
Aku bukan menyalahkan takdirmu, jauh sekali menyesalinya. Namun... Hati lara ini sering tertanya, mengapa dugaan ini Engkau berikan padaku?
Tuhan,
Aku tidak pernah memainkan perasaan mana-mana lelaki, tidak pernah memberi harapan palsu kepada mana-mana lelaki dan aku tidak pernah meninggalkan mana-mana lelaki. Lantaran itu... Mengapa dia meninggalkan ku yang benar-benar tulus mencintainya?
Tuhan,
Aku tahu, tentu ada rahsia di sebalik kejadian ini. Dan aku, menanti akan hikmahnya, dariMu Tuhan yang Maha Penyayang, yang tidak pernah mensia-siakan hamba-hambaNya.
Tuhan,
Jika ada ruang, izinkan cinta hancur ini bertaut semula. Kembalikan dia padaku Ya Allah. Akanku perbaiki segala kelemahanku, akanku ubah cara dan sikapku kiranya kekurangan dalam hubungan ini, datangnya dariku.
Ya Allah,
Hingga saat ini, aku masih mencintainya. Masih menyayanginya sepenuh hati. Masih merah rindu yang membara, semerah hati ini. Tuhan, aku mohon, izinkanlah dia merasai apa yang aku rasa ini, Tuhan. Aku merinduinya, terlalu merinduinya. Bagaimana aku harus memberitahunya? Bagaimana caranya untuk dia tahu, Tuhan?
Hari ini, aku masih lemah, masih lagi berendam air mata meratapi perpisahan itu. Ku kutip sisa kasih ini dan ku himpunkannya dalam cinta terhadapMu. Berikanlah aku kekuatan untuk bangkit kembali, Tuhan. Keadaanku makin parah, aku terkapar-kapar dalam mencari kekuatan diri.
Tuhan,
Selagi nyawa ini berdengus menyusur hari-hari, aku akan setia menanti dia kembali ke pangkuanku, kembali menyemarakkan cinta yang pernah kami semai bersama. Melainkan, Engkau mengizinkan hati ini ditakluki oleh insan lain. Kerana aku tahu, aku hanya mampu merancang, dan Kau yang menentukannya. Dalam kepintaran aku merancang, kebijaksanaanMu juga merencana. Dan... RencanaMu itu sebenarnya perancangan hakiki. Aku sedar, tadbirMu menurut takdirMu. Siapalah aku untuk melawannya, Tuhan? Engkau mengaturnya di langit, dan ia terjadi di sini, di Bumi yang indah ini dan aku adalah pelakonnya.
Sunday, October 11, 2009
Thursday, October 8, 2009
Luka Tak Berdarah
Ya Allah! Pedihnya luka ini. Air mata pula seakan murah, langsung tidak berharga. Sering tumpah. Tangis seakan tidak mahu hilang. Pergi seketika, datang lagi. Kenapa? Kenapa mesti begini? Kenapa telah dihulurkan salam perpisahan... Aku masih lagi terkenang saat-saat indah bersamanya? Makin diusir, makin kerap pula ia bertandang. Sungguh! Aku tidak mahu mengingatinya, tapi... kotak fikir sering berkisar tentang detik itu. Tidak bolehkah dipadamkan semua memori itu? Aku ingin tidur, tidur dan terus tidur, agar kenangan itu tidak kunjung datang.
Dari pagi semalam sehingga kini... Sebutir nasipun belum jatuh ke perutku. Bukan aku sengaja menyiksa diri tapi... Aku tidak punya selera untuk makan. Ya Allah! Bantulah hambaMu yang lemah ini.
Mengapa perlu sedih? Siapa tahu kalau orang di sana sedang berbahagia dan gembira tapi aku? Tersiksa sendiri di sini. Subhanallah! Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui apa-apa yang tidak aku ketahui.

Wednesday, October 7, 2009
Mimpikah Aku???
Akhirnya... Apa yang aku takuti selama ini berlaku dengan izin Allah. Terasa hati ini bagai dihiris belati pedihnya hingga menusuk jiwa. Ya Allah, mengapa ini yang kau berikan padaku? Tidak! Aku tidak pernah menyalahkan takdirnya. Aku sekadar bertanya, mahu mencari jawapannya.
Pagi tadi... Ketika aku sibuk mencari borang permohonan, telefon bimbitku berdering. Aku pantas berlari mendapatkannya. Nada mati. Seketika kemudian, nada berbunyi lagi. "Hello," sapa satu suara. Aku riang mendengarkan suara itu. Dia! Beberapa hari lepas, dia sakit dan dimasukkan ke hospital. Selang beberapa hari kemudian, aku menghubunginya. Tidak berjawab. Begitu juga dengan panggilan dari rakan-rakan. Tiada satupun yang berjawab. Aku cuba menghubungi menerusi "public phone" juga tidak berjawab. Lantaran daripada bimbang akan kesihatannya, aku tekad menghubunginya berkali-kali. Panggilanku dijawab.
"Abang tahulah nak "call" bila!"
"Taklah, abang kan sakit, ayang risau,"
"Hish, orang tak ada moodlah. Sakit ni!"
"Masih sakitkah?" Aku cuba memanjangkan perbualan.
"Yalah. Okaylah, bye." Talian dimatikan. Aku kaget. Tak apalha, mungkin perasaannya terganggu. Bisikku menenangkan hati sendiri.
Hari ini:
"Helli," Sahutku girang.
"Buat apa tu?" Tanyanya lembut.
"Kat office, cari fail. Abang dah sihat?" Senyum tidak lekang dari bibirku.
"Bolehlah. Taklah sihat sangat,"
"Hari tu masuk wad?"
"Em... Mana tahu abang masuk wad?"
"Abang yang cakap," Dalihku. Sebenarnya... Berita dia masuk wad ku peroleh dari rakan. Waktu itu... Aku hairan, mengapa dia tidak memberitahuku tentang itu. "Hari tu... Kenapa ramai saudara kat rumah? Tengok abang sakitkah?"
"Kat wadlah tu,"
"Abang sakit apa sebenarnya?"
"Entahlah, kena pergi check lagi,"
"Doktor kata apa?"
"Dah x-ray, tapi doktor belum bagi jawapan. Kenapa?"
"Tak ada apalah. Ayang risaukan abang,"
"Yang, kita jadi kawan ya, yang?" Demi mendengarkan ayat itu, dada sebu. Aku sebak. Rasa ngilu serta-merta menjalar ke seluruh hati. Ya Allah! Ayat apakah ini???
"Tapi kenapa?" Tangisku cuba tahankan dari meledak. Terdengar seseorang memanggilnya. Mungkin bapanya. Dia mematikan talian. Aku cuba menghubunginya "waiting call". Sejurus kemudian, dia menghubungiku kembali.
"Kenapa bang?" Tangis mula pecah.
"Yalah, kan ada masalah family, susahlah. Family tak nak orang tak nampak," Ya Allah! Hatiku hancur. Dunia gelap-gelita. Alam sunyi-sepi.
"Abang, banyak hari ayang tunggu panggilan abang. Hari ni abang call nak cakap benda ni? Abang tahukan hati ayang? Ayang sayangkan abang lebih dari segala-galanya, lebih dari ayang sayangkan diri ayang sendiri?"
"Abang tahu, abangpun sayangkan ayang," Tak! Tipu! Kalau sayang, kenapa tak berusaha? Lagipun... Sejak akhir-akhir ni... Perangainya berubah. Bukan sekali aku dapati dia menipuku. Ya Allah, adakah dia bercakap benar atau sekadar melindungi dAbang harap ayang faham. Janganlah nangis. Kita kawan ek? Kalau ayang perlukan apa-apa bagi tahu abang,"
"Tak, abang tak payahlah ambil tahu fasal ayang lagi lepas ni..."
"Kenapa? Kitakan kawan, kenalah saling membantu,"
"Ya Allah, kalau itu yang abang nak, terserahlah. Ayang tak boleh paksa. Ayang minta maaf banyak-banyak, halalkan makan minum ayang. Maafkan segala kesilapan ayang sepanjang ayang bersama abang,"
"Ya, abangpun minta maaf juga. Okaylah, abang nak pergi hospital, ayah dah tunggu."
"Abang, ayang sayangkan abang..."
"Ayang, ayang kenalah faham..."
"Ayang tahu abang macam mana. Lepas ayang pergi, mesti cepat je abang cari ganti,"
"Taklah... Dahlah yang. Nanti abang call lagi."
"Abang..."
"Dahlah, janganlah macam ni. Letihlah," Suaranya keras sedikit. "Okay assalammualaikum,"
Ya Allah! Apakah ini suatu mimpi atau ianya benar-benar terjadi? Abang, kenapa setelah sekian lama baru abang katakan hal ni? Tidak cukup lagikah dengan layanan dan kesabaran ayang melayan kerenah abang yang suka marah dan panas baran tu... Tidak terbuktikah semua itu betapa ayang menyayangi dan mencintai abang dengan tulus? Ayang mencintai abang dengan sepenuh hati walau apapun adanya diri abang. Ayang bukan sekadar mencintai kelebihan abang, tapi turut menyayangi kekurangan abang untuk sama-sama kita perbaiki.
Sebenarnya... Aku tahu, ia bukan faktor keluarga semata-mata tapi dirinya juga masih tidak yakin dengan insan sepertiku. Ya Allah! Berikan kekuatan kepadaku untuk menghadapi semua ini. Terima kasih kepada bos yang amat memahami lalu memberikan cuti padaku esok.
Kepada pembaca, tolonglah, doakan semoga aku tabah menghadapi dugaan ini. Cinta pertama, pasti sukar untuk dilupakan.

Subscribe to:
Posts (Atom)