Wednesday, October 7, 2009

Mimpikah Aku???

Akhirnya... Apa yang aku takuti selama ini berlaku dengan izin Allah. Terasa hati ini bagai dihiris belati pedihnya hingga menusuk jiwa. Ya Allah, mengapa ini yang kau berikan padaku? Tidak! Aku tidak pernah menyalahkan takdirnya. Aku sekadar bertanya, mahu mencari jawapannya.

Pagi tadi... Ketika aku sibuk mencari borang permohonan, telefon bimbitku berdering. Aku pantas berlari mendapatkannya. Nada mati. Seketika kemudian, nada berbunyi lagi. "Hello," sapa satu suara. Aku riang mendengarkan suara itu. Dia! Beberapa hari lepas, dia sakit dan dimasukkan ke hospital. Selang beberapa hari kemudian, aku menghubunginya. Tidak berjawab. Begitu juga dengan panggilan dari rakan-rakan. Tiada satupun yang berjawab. Aku cuba menghubungi menerusi "public phone" juga tidak berjawab. Lantaran daripada bimbang akan kesihatannya, aku tekad menghubunginya berkali-kali. Panggilanku dijawab.

"Abang tahulah nak "call" bila!"
"Taklah, abang kan sakit, ayang risau,"
"Hish, orang tak ada moodlah. Sakit ni!"
"Masih sakitkah?" Aku cuba memanjangkan perbualan.
"Yalah. Okaylah, bye." Talian dimatikan. Aku kaget. Tak apalha, mungkin perasaannya terganggu. Bisikku menenangkan hati sendiri.

Hari ini:
"Helli," Sahutku girang.
"Buat apa tu?" Tanyanya lembut.
"Kat office, cari fail. Abang dah sihat?" Senyum tidak lekang dari bibirku.
"Bolehlah. Taklah sihat sangat,"
"Hari tu masuk wad?"
"Em... Mana tahu abang masuk wad?"
"Abang yang cakap," Dalihku. Sebenarnya... Berita dia masuk wad ku peroleh dari rakan. Waktu itu... Aku hairan, mengapa dia tidak memberitahuku tentang itu. "Hari tu... Kenapa ramai saudara kat rumah? Tengok abang sakitkah?"
"Kat wadlah tu,"
"Abang sakit apa sebenarnya?"
"Entahlah, kena pergi check lagi,"
"Doktor kata apa?"
"Dah x-ray, tapi doktor belum bagi jawapan. Kenapa?"
"Tak ada apalah. Ayang risaukan abang,"
"Yang, kita jadi kawan ya, yang?" Demi mendengarkan ayat itu, dada sebu. Aku sebak. Rasa ngilu serta-merta menjalar ke seluruh hati. Ya Allah! Ayat apakah ini???
"Tapi kenapa?" Tangisku cuba tahankan dari meledak. Terdengar seseorang memanggilnya. Mungkin bapanya. Dia mematikan talian. Aku cuba menghubunginya "waiting call". Sejurus kemudian, dia menghubungiku kembali.
"Kenapa bang?" Tangis mula pecah.
"Yalah, kan ada masalah family, susahlah. Family tak nak orang tak nampak," Ya Allah! Hatiku hancur. Dunia gelap-gelita. Alam sunyi-sepi.
"Abang, banyak hari ayang tunggu panggilan abang. Hari ni abang call nak cakap benda ni? Abang tahukan hati ayang? Ayang sayangkan abang lebih dari segala-galanya, lebih dari ayang sayangkan diri ayang sendiri?"
"Abang tahu, abangpun sayangkan ayang," Tak! Tipu! Kalau sayang, kenapa tak berusaha? Lagipun... Sejak akhir-akhir ni... Perangainya berubah. Bukan sekali aku dapati dia menipuku. Ya Allah, adakah dia bercakap benar atau sekadar melindungi dAbang harap ayang faham. Janganlah nangis. Kita kawan ek? Kalau ayang perlukan apa-apa bagi tahu abang,"
"Tak, abang tak payahlah ambil tahu fasal ayang lagi lepas ni..."
"Kenapa? Kitakan kawan, kenalah saling membantu,"
"Ya Allah, kalau itu yang abang nak, terserahlah. Ayang tak boleh paksa. Ayang minta maaf banyak-banyak, halalkan makan minum ayang. Maafkan segala kesilapan ayang sepanjang ayang bersama abang,"
"Ya, abangpun minta maaf juga. Okaylah, abang nak pergi hospital, ayah dah tunggu."
"Abang, ayang sayangkan abang..."
"Ayang, ayang kenalah faham..."
"Ayang tahu abang macam mana. Lepas ayang pergi, mesti cepat je abang cari ganti,"
"Taklah... Dahlah yang. Nanti abang call lagi."
"Abang..."
"Dahlah, janganlah macam ni. Letihlah," Suaranya keras sedikit. "Okay assalammualaikum,"

Ya Allah! Apakah ini suatu mimpi atau ianya benar-benar terjadi? Abang, kenapa setelah sekian lama baru abang katakan hal ni? Tidak cukup lagikah dengan layanan dan kesabaran ayang melayan kerenah abang yang suka marah dan panas baran tu... Tidak terbuktikah semua itu betapa ayang menyayangi dan mencintai abang dengan tulus? Ayang mencintai abang dengan sepenuh hati walau apapun adanya diri abang. Ayang bukan sekadar mencintai kelebihan abang, tapi turut menyayangi kekurangan abang untuk sama-sama kita perbaiki.

Sebenarnya... Aku tahu, ia bukan faktor keluarga semata-mata tapi dirinya juga masih tidak yakin dengan insan sepertiku. Ya Allah! Berikan kekuatan kepadaku untuk menghadapi semua ini. Terima kasih kepada bos yang amat memahami lalu memberikan cuti padaku esok.

Kepada pembaca, tolonglah, doakan semoga aku tabah menghadapi dugaan ini. Cinta pertama, pasti sukar untuk dilupakan.

No comments: