Dari singgahsana ini, ku kisahkan satu hikayat tentang suara hati seorang perempuan. Ku kirimkan pada bayu ke serata buana. Dengarlah riwayat ini, andai kau sudi untuk mengenali seorang perempuan bernama Teja.
Friday, May 27, 2011
Jiwaku Lara
Mengapa? Mengapa kisah semalam masih mengejarku? Hatiku luka lagi. Luka dek kenangan silam yang menghiris. Tolonglah, tolong ubati luka ini. Kenapa dia yang masihku ingat? Sedangkan aku tahu akan hakikatnya???
Apabila mentari hilang, Allah mendatangkan hujan dan kilat, hatiku resah, rupa-rupanya Allah mahu kurniakan pelangi yang maha indah setelah hujan itu berhenti
No comments:
Post a Comment