Wednesday, February 27, 2013

10.3

Mengada sangat nak cek glukos dalam darah lepas makan! Nah! Hambik kau! 10.3! Dahlah makan nasi, kek, air batu, gula-gula, sarapan butter scotch. Sebelum ni tak pernah lebih dari 5.4. Ya Allah! Takkan aku dah kena diabetes kot? Aku bukan obesiti. Ada sekali aku cek lepas makan, 8.7 tapi bila cek sebelum makan, 4.6. Tak apa, nanti cek balik. Ya Allah, jauhkanlah dari segala penyakit.

Tuesday, February 19, 2013

Peluang Keempat???

Malam Sabtu lepas, Han menghubungiku lewat telefon. Apa halnya sehingga dia masih tidak berputus-asa setelah empat panggilannya tidak ku jawab kerana telefon bimbit dalam tas tangan. Lantas ku hubunginya semula. Han: Teja, kau tahu tak? MF masih berharap pada kau. Teja: Mana kau tahu? (Perasaan biasa-biasa saja) Han: Dia cakap dengan akulah. Ah, kalau tak cakappun aku tahulah. Setiap kali jumpa aku, dia asyik sebut nama kau je. Teja macam tulah, Teja macam nilah. Semua yang baik-baik fasal kau. Teja: Ye ke? Han: Sekarang, confirm, dia tak duduk serumah dengan isteri dia. Teja: Hmmm... (Han ni jenis panas baran, so jangan kacau mood dia nak bercerita) Han: Aku nak tanya kau, cakap jujur dengan aku. Kau dah ada boy friend ke? Teja: Kenapa tanya macam tu? Han: Dia cakap, sekarang ni tak boleh mengharap sepenuhnya pada kau. Sebab dengarnya kau dah ada somebody. Dia kata orang tu, orang normal, boleh drive kau sana-sini. Aku cakaplah tak ada. Mungkin yang keluar dengan kau tu Kak Intan. Teja: Pendapat kau, Han? Han: Kalau kau ada pilihan lain, lebih OK, kau go on jelah. Sebab, kita tak tahu manusia betul-betul berubah ke tak. Sampai bila kau nak tunggu dia? Berapa banyak peluang kau nak bagi? Ni kali ke berapa dah? Teja: Kalau aku bagi peluang sekali lagi, maknanya kali keempatlah. Han: Aku takut nanti, dia buat perangai lagi. Tapi, kalau kau rasa kau nak bagi peluang sekali lagi pada dia, bagilah. Siapa tahukan kalau kali ni dia betul-betul berubah. Manusia boleh berubah.

Thursday, February 14, 2013

Hati, Adalah Bahagian Yang Paling Sukar Dimengertikan

Benarlah kata orang, hati adalah bahagian yang paling sukar dimengertikan. Ya Allah, Kau berikanlah petunjuk kepada hambaMu yang lemah ini. Siapa sebenarnya Adam yang Kau tetapkan buatku? Kini "FA" benar-benar memberi perhatian kepadaku bagai menatang minyak yang penuh. Sedang hatiku, masih lagi merindui E. Adakah E juga merinduiku? Tuhan, aku tersiksa begini. Berilah aku satu jawapan pasti.

Wednesday, February 13, 2013

Rindu Datang Mengganggu

Setelah aku ditinggalkan oleh si "Dia", aku berkenalan dengan E. Perkenalan kami sungguh aneh. Kenal melalui telefon. Mungkin kerana sunyi, dan kesungguhan dia menghubungiku setiap hari, lantas, akupun bersetuju menjalinkan hubungan istimewa bersamanya. Macam yang pernah aku katakan, sekali aku melafazkan cinta, maka cinta itu benar-benar lahir dari hati yang tulus. Namun, hampir tiga tahun hubungan kami berlangsung, tidak sekalipun dia cuba untuk menemuiku. Malah, setelah lama hubungan terjalin, gambarpun amat sukar dia kirimkan padaku. Jika difikir logik akal, akupun pelik, kenapa aku boleh jatuh cinta dengan orang yang ku kenal di alam maya. Ya Allah, naifnya aku. Mungkin kerana aku sunyi dan rasa ingin mengubat kekecewaan, aku jatuh cinta padanya. Bila aku ke negeri tempat dia tinggalpun, E masih lagi beralasan untuk menemuiku. Kadang-kadang, aku rasa ingin pergi ke rumahnya. Tapi aku tak berani, takut dihalau dan sebagainya. Kenapa ye, manusia ni tak pernah fikir soal hati orang? Soal perasaan orang? Apa ertinya sebuah hubungan tanpa pertemuan? Masa terus beredar tanpa menunggu kita. Suatu hari disebabkan hal kecil, kami bertengkar. E mendiamkan diri sehingga kini. Enam bulan berlalu, aku membuat kesimpulan yang dia telah meninggalkan aku. Akaun Facebooknya juga sudah tidak aktif. Bila aku call dan mesej, langsung tiada jawapan. Apa yang sebenarnya berlaku? Kini aku tidak mahu menghubunginya lagi. Takut kalau hati akan terhiris dan kecewa. Aku serahkan segalanya kepada Allah. Tapi kenapa sejak akhir-akhir ni, rindu terhadapnya sering mengamuk perasaan walaupun ada sekeping hati yang sedang berusaha menawan hatiku? Ya Allah! Aku tak faham dengan diri sendiri. Orang kata, sebagai perempuan, kita perlu terima orang yang benar-benar sukakan kita. Tapi, apa harusku lakukan jika rindu ini sering bertandang?