Wednesday, February 13, 2013
Rindu Datang Mengganggu
Setelah aku ditinggalkan oleh si "Dia", aku berkenalan dengan E. Perkenalan kami sungguh aneh. Kenal melalui telefon. Mungkin kerana sunyi, dan kesungguhan dia menghubungiku setiap hari, lantas, akupun bersetuju menjalinkan hubungan istimewa bersamanya. Macam yang pernah aku katakan, sekali aku melafazkan cinta, maka cinta itu benar-benar lahir dari hati yang tulus. Namun, hampir tiga tahun hubungan kami berlangsung, tidak sekalipun dia cuba untuk menemuiku. Malah, setelah lama hubungan terjalin, gambarpun amat sukar dia kirimkan padaku.
Jika difikir logik akal, akupun pelik, kenapa aku boleh jatuh cinta dengan orang yang ku kenal di alam maya. Ya Allah, naifnya aku. Mungkin kerana aku sunyi dan rasa ingin mengubat kekecewaan, aku jatuh cinta padanya. Bila aku ke negeri tempat dia tinggalpun, E masih lagi beralasan untuk menemuiku. Kadang-kadang, aku rasa ingin pergi ke rumahnya. Tapi aku tak berani, takut dihalau dan sebagainya. Kenapa ye, manusia ni tak pernah fikir soal hati orang? Soal perasaan orang? Apa ertinya sebuah hubungan tanpa pertemuan? Masa terus beredar tanpa menunggu kita.
Suatu hari disebabkan hal kecil, kami bertengkar. E mendiamkan diri sehingga kini. Enam bulan berlalu, aku membuat kesimpulan yang dia telah meninggalkan aku. Akaun Facebooknya juga sudah tidak aktif. Bila aku call dan mesej, langsung tiada jawapan. Apa yang sebenarnya berlaku? Kini aku tidak mahu menghubunginya lagi. Takut kalau hati akan terhiris dan kecewa. Aku serahkan segalanya kepada Allah. Tapi kenapa sejak akhir-akhir ni, rindu terhadapnya sering mengamuk perasaan walaupun ada sekeping hati yang sedang berusaha menawan hatiku? Ya Allah! Aku tak faham dengan diri sendiri. Orang kata, sebagai perempuan, kita perlu terima orang yang benar-benar sukakan kita. Tapi, apa harusku lakukan jika rindu ini sering bertandang?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment