Wednesday, February 24, 2016
Apa Kerana Fitnah?
Awak,
Apakah semua yang berlaku ini kerana fitnah? Apa benar cerita yang saya dengar ada orang yang memfitnah saya ke hulu ke hilir dengan bekas boy friend saya dan dia memberi cincin kepada saya hingga awak menjauh dari saya? Kalau awak mendengar cerita tentang saya kenapa tak berhadapan dengan saya? Kenapa awak mendiamkan diri dan menghukum saya? Tak apalah, saya tak marah awak. Mungkin kalau saya di tempat awakpun, entah apa-apa tindakan yang saya ambil. Bagi saya, yang lepas tu lepas. Saya harap suatu hari nanti awak jelaskan pada saya kenapa semua ni berlaku. Sampai sekarangpun, saya tak tahu puncanya.
Saya sayang awak, dan kemaafan saya sentiasa akan mengalir untuk awak umpama sungai yang tak pernah lelah mengalir selagi diizinkan Allah dan selagi perbuatan tu boleh dimaafkan. Semoga kemaafan awakpun begitu juga tatkala saya melakukan kesilapan.
Awak,
Saya harap kita boleh hidup bahagia macam dulu. Sayang awak sebanyak bintang di langit.
Monday, February 22, 2016
Rindu Di Waktu Senja
Tatkala senja beransur melabuh tirainya, terdengar alun merdu Al-quran mungkin bacaan bilal dari masjid berhampiran. Hati sekonyong-konyong menjadi sayu. Teringat akan kebesaran Allah yang menyayangi hambaNya. Meskipun aku yang berdosa, masih lagi ditunaikan kemahuanku.
Lantas, teringat akan si dia. Ya Allah, dekatkanlah aku dengannya, lelaki yang ku sayang. Aku ingin menjadi yang halal baginya.
Jemari terus menyentuh aksara di layar telefon bimbit.
'Waktu-waktu macam ni, saya selalu rindu kat awak. Rasa sayu sangat. Rasa nak nangis' Tanpa mengharapkan balasan, aku terus menghantar ayat yang telahku susun dan ku taip.
Ting!
'Peluklah kucing awak' Balasnya tanpa ku duga. Masya-Allah, Kau sedang menunjukkan kasih sayangMu pada aku yang hina. Sebak dalam gembira.
'Ngada awak ni. Nanti awak marah sebab samakan awak dengan kucing. Hehehe' Balasku dengan penuh kasih sayang.
'Tak apa. Cakap dengan kucing tu sekali' Balasnya lagi. Masya-Allah. Apakah dia juga sedang merindukan aku?
'Nanti awak kata, saya sayang kucing lebih dari awak' Dugaku.
Diam... Tiada jawapan. Tak apa, sudahku telah.
Usai Solat Isyak, satu whatsapp masuk:
'Tak apa.' Dari awak.
Whatsapp baru masuk. Mungkin line dia tak berapa elok sebab masa kiriman, lima minit setelah mesej terakhirku. Aku senyum.
Terima kasih, Allah kerana menggembirakan aku. Andai Kau izin aku gembira dan bahagia, janganlah Kau lepaskan aku tanpa tuntunanMu. Tambatlah hatiku padaMu Tuhan agar aku sentiasa merasa nikmat kala berbicara denganMu. Biar aku sentiasa memikirkan untuk bersyukur dengan pemberianMu.
Awak, saya sayang awak. Semoga suatu hari nanti, saya akan terima panggilan daripada awak seperti dulu.
Sunday, February 21, 2016
Gelombang Sayang
Aku selalu mendengar orang kata, kita kena hantar gelombang sayang atau positif kepada orang yang kita sayang. Bila ada masalah dengan si dia, Hani kawanku mengajar aku supaya menghantar gelombang tersebut kepada si dia. Kata Hani, masa dia ada krisis dengan suamipun dia buat benda yang sama.
"Habis tu dia balas tak?" Tanyaku ingin tahu.
"Mula-mula memang tak balas. Lama-lama, dia akan balas. Tapi kenalah sabar. Benda tu makan masa,"
"Saya ada buat juga. Tapi bila dia tak balas, saya takut dia kata saya yang terhegeh-hegeh, gedik,"
"Awak ni, biarlah dia nak kata apapun, yang penting, kita bagi tahu isi hati kita pada dia,"
Mungkin betul kata Hani, selama ni aku tak pamerkan rasa sayang aku padanya. Setiap hari pasti aku akan hantar kata-sayang dan rindu padanya. Tak pernah ada jawapan. Kalau dia chating denganku pun, bila cakap sayang atau rindu, terus diam.Sabar kena banyak Teja.
Hari ni, nak tulis bunga-bunga sikit. Bosanlah tulis 'sayang awak'. Sebelum ni pernah juga tulis ayat bunga-bunga, diam tak berkutik orang di sana. Tapi diakan tahu yang aku ni minah bunga.
Lantas aku mengambil IPhone. 'Sayang awak sebanyak buih di lautan' tambah tanda microphone, senyum dan loud speaker, tekan butang send. 'Deliver'. OK, Cepat-cepat ku tutup Whatsapp, malas nak berharap dia baca nanti tak balas, aku kecewa. Aku meneruskan baringanku tanpa mengharapkan balasan Whatsapp darinya. Keranaku tahu dia tidak akan balas.
Tiba-tiba, kedengaran Whatsapp masuk.
'Pergi pasar malam kat Mata Ayer' Ya Allah! Betul ke apa yang aku baca ni? Tangan terketar-ketar cuba membalas. Tapi nak type apa? Tiba-tiba kelu.
'Makan kue tiow goreng' Satu Whatsapp lagi masuk sebagai sambungan whatsapp pertama tadi.
Masya-Allah, aku terharu dan sebak.
'Ooo... Sedap ke? Belilah apa yang awak suka. Kalau ada buah, beli buat stok' Balasku.
'Tak ada buah yang best. Esok-esok keluar beli kalau rajin' Terima kasih Allah, atas kegembiraan ini.
Awak, saya sayang awak. Sayang awak sebanyak buih di lautan. Semoga suatu hari nanti, awak akan balas yang awakpun sayangkan saya. Insya-Allah. Tuhan, ni suatu harapan dan permintaan. Moga Kau akan makbulkan buatku hamba yang berharap.
Terima Kasih, Allah
Seperti kebiasaannya, kelmarin aku menghubungi dia lagi. Dia memberitahuku yang dia ingin pulang ke rumah ibunya. Aku memintanya memberitahuku menerusi whatsapp jika ingin bertolak pulang seperti kelazimannya sejak dulu.
Lama kemudian, whatsappnya ku terima memberitahu yang dia ingin bertolak pulang. Setelah membalas, aku tertidur. Jam 2.35 pagi, aku terjaga. Satu whatsapp darinya telah masuk ke handsetku "Dah sampai. Lupa bawa beg baju dengan charger HP dengan berus gigi,"
Terima kasih Allah. Biarpun ringkas begitu pesanannya, ia mampu membuat aku bahagia.
Siangnya pula tiba-tiba saya terima whatsapp daripadanya lagi: "Saya off HP sebab nak safe bateri," Sekali lagi syukur Allah, ianya membuatkan aku bahagia.
Belah malamnya, "Kejap lagi nak balik ke Perlis," begitu bunyi whatsapp sebelum dia bertolak balik ke rumah sewanya. Alhamdulillah ya Allah. Ia sangat membahagiakan aku. Terima kasih, Allah. Kekalkanlah dan tambahkanlah kebahagiaan ini. Aku mohon padaMu yang Maha Mengasihani. Bahagiakanlah kami dalam kasih sayangMu.
Friday, February 19, 2016
Tak Ingin Saat Ini Berlalu
Saat aku menghubunginya lewat telefon petang tadi.
Ya Allah, syukurnya aku rasakan. Lapang sungguh dada ini. Alhamdulillah, terima kasih, Allah. Mohon Engkau kekalkan dan tambah baikkan keadaan ini.
Teja: Awak, kat mana tu?
(Suaraku ceriakan cuba menutup gementar di hati. Yelah, orang tengah marah. Kadang-kadang dia cakap, dia tak nak cakap panjang-panjang dan aku akan kehampaan. Hati mengingatkan, jangan cakap lama-lama, Teja nanti kena sound kau yang sedih.)
Awak: Kat rumah.
(OK, terus kepada point utama, sebelum dia marah. Tujuan, tanya fasal gambar yang aku whatsapp petang tadi)
Teja: Awak, muka saya tu OK ke? Tak ada biji-biji?
Awak: OK, licin. Cuma gelap sikit, Dayang Senandung.
(Masya-Allah, mendengarkan gurauan itu, aku rasa terharu dan sebak. Tapi biar aku sembunyikan)
Teja: Jahat awak ni, kata saya.
(Jawapan yang biasa aku beri bila dia mengataku. Terdengar tawa kecilnya di hujung talian sana)
Awak: Cuma ada Eye back je. Tak cukup tidur kot.
Dalam hati: Memanglah tak cukup tidur, sebab fikir fasal awak. Tambah dengan nangis lagi.
Awak: Tak cukup tidur ke?
Teja: Entah.
(Takkanlah nak cakap fikirkan dia? Nanti tak ada mood pulak dia nak bercakap macam mana? Aku cepat-cepat tukar topik)
Teja: Nasib baik tak ada apa-apa. Saya beli foundation online sebab sayang nak pakai foundation saya tu, mahal. Ingat nak jimat so hari kerja pakai foundation murah. Tapi saya rasa kulit saya ni lain je bila pakai yang tu.
Awak: Tak adalah, OK je.
(Kami sama-sama diam)
Awak: Malam ni, saya nak keluar makan, lepas Maghrib. Tapi kalau malas, tak keluarlah. Saya makan apa yang ada je. Tapi saya rasa lapar sebab dah berapa hari tak makan nasi. Ingat nak makan kue tiow goreng. Kalau malas taklah. Bukan malas, boring nak keluar.
Teja: OK, awak. Buah yang awak beli hari tu dah habis?
Awak: Ada sikit lagi. Nanti saya nak habiskan, tak nak membazir.
Teja: Awak tak suka maggi? Maksud saya kalau dah tak ada benda nak makan, at least ada maggi spare.
Awak: Saya ingat nak beli biskut dengan roti jelah.
Teja: OK juga tu. Tapi kalau lapar, awak makanlah. Jangan tak makan pulak.
(Masya-Allah, sekali lagi aku rasa syukur. Aku menasihatinya tentang makan. Habis topik makan...)
Awak: Saya dah bawa basikal balik rumah. Nanti saya kayuh jelah kat kawasan perumahan ni. Rasanya lebih selamat. Kalau kat ladang tu banyak ular kan.
Teja: Eloklah tu, awak kan balik awal sekarang. Lagipun kat kawasan perumahan, kalau jadi apa-apa orang nampak. Boleh kayuh jauh sikit.
Awak: Tulah, saya balik awal, saya kayuh. Tapi kalau hari yang ada kerja tu, terpaksalah juga balik malam.
Teja: Yelah. Tapi saya lebih suka awak balik awal. Ada masa nak rehat lepas tu tidur.
(Masya-Allah, aku suka mendengar ceritanya. Terima kasih Allah, sesungguhnya aku tak mahu waktu ini berlalu.)
Kemudian saya tamatkan panggilan kerana mahu bersihkan diri. Ikut hati saya nak berbual lagi dengan dia. Tapi hari ni biarlah saya dulu yang tamatkan panggilan.
Awak, awak tahu tak, satu mesej atau perbualan secara baik awak boleh mengubah 360 darjah mood saya untuk sepanjang hari?
Saya sayang awak sangat-sangat.
Friday, February 5, 2016
Buat Awak Yang Saya Sayang
Assalammualaikum awak...
Biarlah saya coretkan semua isi hati saya buat awak di sini walaupun saya tahu awak takkan baca blog ni sebab awak tak pernah tahupun kewujudan blog ni. Waktu-waktu sekarang ni, saya rasa awak takkan baca coretan saya meskipun saya hantar pada awak. Jadi, blog ini sebagai ganti untuk saya melahirkan rasa yang terpendam. Semoga sampai satu saat, awak akan baca blog ni dan masa tu awak akan tahu isi hati saya yang sebenar-benarnya terhadap awak.
Awak,
Biarpun jarak usia kita jauh berbeza, biar siapapun awak, biar apapun sejarah lampau awak, saya terima awak dengan hati yang tulus tanpa ragu dan curiga.
Awak,
Sayang saya pada awak, bukanlah sekadar teman dikala bosan menjengah, tidak juga untuk menumpang senang awak. Sayang saya pada awak, adalah dari rasa cinta yang amat dalam. Bila dalam konflik begini, baru saya sedar betapa saya cintakan awak. Betapa saya rindukan awak.
Awak,
Cinta saya pada awak, bukan main-main. Sejak saya mengambil keputusan untuk menerima awak dalam hidup saya meskipun masa tu masih ada sisa cinta saya pada dia, saya terima awak dengan ikhlas dan niat saya, untuk jadikan awak suami saya dunia dan akhirat.
Awak,
Sayang saya pada awak, bukan sekadar suka-suka. Tapi saya nak kita sama-sama cuba untuk dekatkan diri kita dengan pencipta. Masa yang ada ini, saya nak awak cuba cukupkan solat awak, belajar Al-quran dan apa-apa berkaitan agama. Saya bukan baik sangat awak. Tapi sekurang-kurangnya, kita buat yang wajib. Sebab apa? Sebab saya sayangkan awak dan saya nak Allah juga sayang pada awak.
Awak,
Maafkan saya kerana kurang tunjukkan rasa cinta saya pada awak sebelum ni. Semuanya salah saya kerana terlalu dihantui sejarah silam dan ternyata, ianya merosakkan. Saya mohon pada Allah agar saya diberi peluang untuk tunjukkan rasa sayang saya pada awak dan hubungan ini kekal ke Jannah. Sebenarnya saya takut, takut untuk tunjukkan sayang saya pada awak. Takut kalau awak juga sama seperti dia yang memperlakukan saya sewenang-wenangnya bila mengetahui saya amat cintakan dia. Ternyata, saya salah. Dan kini, saya menerima akibatnya.
Awak,
Cubalah awak pejamkan mata awak dan carilah saya dalam hati awak. Masih adakah saya di situ? Masih adakah sisa cinta awak buat saya, perempuan yang pernah awak cinta?
Pedih...
Baiklah, dah lama tak update blog ni. Sebab apa? Entah... Malas.
Sebenarnya, ada kisah yang tak pernah aku ceritakan di sini kerana asyik bercerita tentang dia si cinta pertama. Entahlah... Terlalu lama hidup dengan kenangan semalam, hingga masa-masa bahagia tidakku rakamkan di sini. Dan kini, mendung berarak lagi, harapnya tidaklah sampai badai seperti cinta pertamaku dulu. Ya Allah, jauhkanlah. Mohon doakan buatku wahai para pembaca yang budiman.
Subscribe to:
Posts (Atom)