Friday, February 5, 2016

Buat Awak Yang Saya Sayang

Assalammualaikum awak... Biarlah saya coretkan semua isi hati saya buat awak di sini walaupun saya tahu awak takkan baca blog ni sebab awak tak pernah tahupun kewujudan blog ni. Waktu-waktu sekarang ni, saya rasa awak takkan baca coretan saya meskipun saya hantar pada awak. Jadi, blog ini sebagai ganti untuk saya melahirkan rasa yang terpendam. Semoga sampai satu saat, awak akan baca blog ni dan masa tu awak akan tahu isi hati saya yang sebenar-benarnya terhadap awak. Awak, Biarpun jarak usia kita jauh berbeza, biar siapapun awak, biar apapun sejarah lampau awak, saya terima awak dengan hati yang tulus tanpa ragu dan curiga. Awak, Sayang saya pada awak, bukanlah sekadar teman dikala bosan menjengah, tidak juga untuk menumpang senang awak. Sayang saya pada awak, adalah dari rasa cinta yang amat dalam. Bila dalam konflik begini, baru saya sedar betapa saya cintakan awak. Betapa saya rindukan awak. Awak, Cinta saya pada awak, bukan main-main. Sejak saya mengambil keputusan untuk menerima awak dalam hidup saya meskipun masa tu masih ada sisa cinta saya pada dia, saya terima awak dengan ikhlas dan niat saya, untuk jadikan awak suami saya dunia dan akhirat. Awak, Sayang saya pada awak, bukan sekadar suka-suka. Tapi saya nak kita sama-sama cuba untuk dekatkan diri kita dengan pencipta. Masa yang ada ini, saya nak awak cuba cukupkan solat awak, belajar Al-quran dan apa-apa berkaitan agama. Saya bukan baik sangat awak. Tapi sekurang-kurangnya, kita buat yang wajib. Sebab apa? Sebab saya sayangkan awak dan saya nak Allah juga sayang pada awak. Awak, Maafkan saya kerana kurang tunjukkan rasa cinta saya pada awak sebelum ni. Semuanya salah saya kerana terlalu dihantui sejarah silam dan ternyata, ianya merosakkan. Saya mohon pada Allah agar saya diberi peluang untuk tunjukkan rasa sayang saya pada awak dan hubungan ini kekal ke Jannah. Sebenarnya saya takut, takut untuk tunjukkan sayang saya pada awak. Takut kalau awak juga sama seperti dia yang memperlakukan saya sewenang-wenangnya bila mengetahui saya amat cintakan dia. Ternyata, saya salah. Dan kini, saya menerima akibatnya. Awak, Cubalah awak pejamkan mata awak dan carilah saya dalam hati awak. Masih adakah saya di situ? Masih adakah sisa cinta awak buat saya, perempuan yang pernah awak cinta?

2 comments:

Kasih Ilham Yasmin said...

assalamualaikum. tulis lagi tentang dia wahai Teja! tentang apa sahaja. dan tentang cinta hatimu dan tentang jiwamu yang luka. tanamkanlah rasa cinta pertamamu jauh ke laut Hindi agar dia tak melihatmu masih mengharapkannya. sehingga membiarkan dirimu lemas untuk menilai permata cinta. ingatlah Teja bahawa teman kecilmu sentiasa merintis kisah suka dukamu. bila kamu menangis saya pun akan ikut menangis tapi bila kamu gembira saya turut gembira. cuma masa yang membatasi kita. namun ikatan ini tetap berjalan lurus wahai teja.

Tun Teja said...

Terima kasih kerana sudi melawat blog ni. Mohon doakan untuk saya dan dia agar kekal hingga Jannah