Saturday, September 12, 2020

Maafkan Sayang

Abang, 

Andai tutur bicara sayang tak selunak yang abang idamkan,
Andai tingkah sayang tak seindah yang abang harapkan,
Sayang mohon maaf.


Abang,
Sayang insan biasa yang punya kelemahan dan kekurangan,
Kalau hati abang tak tenang bersama sayang,
Sayang mohon ampun.
Mungkin sayang ini tak sempurna, dungu atau lembap untuk belajar menjadi apa yang abang inginkan.

Abang,
Sayang minta maaf kerana banyak kesilapan yang telah sayang lakukan sepanjang kita bersama.
Sayang mohon ampun kerana tak mampu membahagiakan abang. 


Abang,
Selagi ada waktu yang diizinkan bersama abang,
Sayang cuba memenuhi keperluan dan kehendak abang.
Maaf kiranya diri ini lambat belajar akan kemahuan abang. 

Hanya PadaMu Ya Allah

Ya Allah,

Kau menciptakan hati dengan tidak terlihat,
Maka apa yang ada dalam hatiku tak bisa terungkap,
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui.


Ya Allah, 
Betapa aku ikhlas akan cinta ini,
Ikhlas akan hubungan ini,
Ikhlas menyayanginya,
Ikhlas terhadap semua yang ada bersamanya.


Ya Allah,
Malam ini, 
Cintaku teruji,
Hatiku dilukai,
Keikhlasanku dipersoal,
Kebaikanku dipertikai,
Kesabaranku diduga.


Ya Allah, 
Saat aku mendengar patah demi patah kata yang menyakitkan,
Hati segera memperingatkan lidah, aku sedang diuji,
Alhamdulillah, dengan izinMu Ya Allah, 
Mampu aku tahankan bilah lidah tajam ini dari menikam balas.


Ya Allah,
Aku sedih,
Andai air mata ini ada,
Pasti berderai membasahi pipiku.


Ya Allah, 
Mana mungkin aku menyebut-nyebut akan niat baikku di hadapannya?
Kelak nanti bimbang disalahertikan.


Ya Allah,
Hanya Engkau Yang Maha Tahu,
Niat suciku,
Impianku,
Terhadap hubungan ini, 
Terhadap dia yang amat aku cintai,
Terhadap semua yang di bawah tanggungjawabnya. 

Ya Allah,
Engkau Maha Tahu kan Ya Allah, 
Akan segala butir doaku,
Akan segala isi hatiku,
Akan segala niat suciku.

Ya Allah,
Kenapa Ya Allah kesabaranku sering diuji?
Kenapa Ya Allah keikhlasanku selalu diduga?


Dan Ya Allah,
Hanya Engkau Yang Maha Tahu,
Segala tangis yang aku hambur setelah perginya dia,
Segala rintih yang aku ratap di belakangnya kepadaMu,
Segala rayuanku padaMu yang tak pernah dia tahu. 


Ya Allah,
Setiap kali aku ingin memperbaiki diri,
Ada saja yang menguji.


Ya Allah,
Sungguh aku berkecil hati,
Rasa hilang semua harga diri,
Seolah aku ibarat melukut di tepian gantang,
Ada tak bertambah,
Hilang tak berkurang.

Ya Allah, 
Aku merenung jauh ke dalam diri,
Apakah layak aku bersamanya?
Apakah ada bahagia untukku?
Apakah ada rasa cinta dan kasih sayang menghiasi hidupku kelak?
Apakah aku bisa dihargai?


Ya Allah,
Rasa terbanding diriku dengan orang lain dalam hatinya,
Betapa aku jauh di bawah,
Sedang orang dijulang tinggi melangit,
Tapi aku?
Aku hanya letaknya jauh di bawah.


Ya Allah,
Selagi ada masa yang Engkau izinkan untuk aku mencintainya,
Aku akan terus mencintainya setulus hatiku, 
Sekiranya esok aku tidak lagi diperlukan,
Tiada sesalan yang aku bawa pergi melainkan hati yang remuk-redam,
Semoga ketulusan cinta ini menjadi kenangan terindah buatnya.


Ya Allah,
Andai dia Engkau pinjamkan buatku hingga ke Jannah,
Pun aku akan sentiasa mencintainya dengan tulus,
Agar cinta ini mahar kepada redhanya,
Yang bisa menyelamatkan aku dari NerakaMu.


Monday, September 7, 2020

Sakit

Ada orang cakap, abang update status Facebook with dia. Siap update video lagi. Ya Allah, pedihnya rasa. Kenapa ye dalam perkara simple macam ni lelaki susah nak adil? Bila dengan aku, tak ada dah nak update-update Facebook yang dengan aku. Kalau aku update pun, ada masanya aku yang kena marah. Siap kena tengking lagi. Padahal benda tu normal. Masa tu aku terasa sangat. Tapi aku diamkan saja walaupun tangis tak boleh aku tahankan. Tapi kalau dia happy kat sana, suka update status siap with kat sana lagi. Feeling awesome la, feeling happy la kata kawan. Tapi aku tak pernah marah. Suka hatilah nakupdate apapun, sebab itu memang Facebook dengan yang kat sana. Aku cuma harapkan buatlah benda sama bila dengan aku. Kalau dengan yang kat sana, FB yang dengan aku pun tak tengok kecuali hari kerja. Tapi bila dengan aku, boleh je update status BF sana. Bukan aku tak dengar bunyi orang update status FB bila bersama. Tapi bila tengok, tak ada pun status FB yang dengan aku tu. Bila aku minta update FB dengan aku, selamba je cakap tak nak. Dalam hal kecil macam ni pun tak boleh ke buat benda yang sama? Pas tu orang asyik tanya betul ke orang yang relation dengan aku tu wujud? Walaupun aku ni blind, telinga aku masih dengar kalau orang update status FB depan aku. Sebab status FB ni kalau berjaya di post, ada satu bunyi walaupun tak kuat. 


Macam tu jugak whatsapp. Bila pergi beraktiviti dengan yang kat sana, tak ada nak whatsapp aku. Kalau aku Whatsapp pun, lambat je balas. OK la mungkin sibuk atau tak nak bagi yang kat sana nampak. Tapi bila dengan aku, OK je balas Whatsapp yang kat sana depan aku. Mungkin sebab aku ni blind. So, bolehlah buat apa je depan aku. Aku tak nampak kan. Tapi, taklah orang tak nampak ni tak alert sampai tak tahu apa yang orang buat. Kalau nak berpoligami, berlakulah adil walaupun dalam sekecil-kecil perkara. Janganlah bila yang kat sana cemburu, aku yang dimarah. Bila aku cemburu, aku jugak yang dimarah. Pas tu cakap, kan dah tahu abang ada isteri. Perasaan cemburu tu sama je tahu atau tidak orang tu ada isteri. Sama jugak, kalau dah pergi mahkamah, bermakna yang kat sana pun tahu abang nak kahwin lagi dan ada bakal isteri. Patutnya dah faham, mesti ada waktunya akan berjumpa. Bila yang kat sana marah, cemburu, menggelabah, panik, dan melenting. Biasalah. Keadaan tu pasti akan berlaku. Aku yang dimarah. Aku diam, aku telan je semua walaupun hati terasa. Mungkin isteri kedua je yang kena jaga hati suami or bakal suami kot. Tapi isteri pertama, boleh buat apa je yang dia suka hatta marah suami sekalipun. Suami tetap sayang dan tak marah. Yang jadi mangsa, yang kedualah apa lagi. 

Sunday, July 26, 2020

Soalan Yang Tidakku Balas

Rintitan berita yang disampaikan, aku ada bertanya kepadanya. Adalah jugak berbalas message. Ada persoalan yang dalam text tu aku tak balas. Malas nak panjangkan cerita. Misi aku untuk meluahkan apa yang terbuku telah tercapai. 



So, pagi ni, biar aku jawab soalan tu di sini. 


Dalam textku kepadanya, aku ada cakap, ‘Abang ni pelik,benda yang sayang nak tahu, tak nak cakap, benda yang sayang tak nak tahu, tu yang abang cakap.”


Dia tanya aku balik. Apa maksudku dan contoh. 


Benda yang sayang tak kisah kalau sayang tahu or memang sayang nak tahu, perkara-perkara simple, nak keluar makan, nak pergi beli barang dapur, nak pergi Tesco, nak teman yang kat sana pergi sana, pergi sini, nak beli barang anak sekolah or what so ever yang seangkatan dengannya. Yang meninggalkan rumah. At least, sayang tahu keberadaan abang. Kalau jadi apa-apa, sayang dah boleh agak berlaku bila dan kat mana. Yelah, kalau tiba-tiba jadi apa-apa, takkan sayang nak call yang kat sana tu tanya kalau phone abang tak berjawab or text tak berbalas? Satu lagi, benda-benda ni, melibatkan public. Orang nampak. Orang yang kenal sayang dan abang  boleh terserempak. Daripada sayang dengar cerita dari orang lain, lebih baik sayang tahu dari tuan empunya badan sendiri. Sayang akan jadi cool bila orang bercerita or bertanya.  Memang betul pun apa yang abang buat. Cuma ubah sikit mengikut kesesuaian. Tak nak bagi tahu sebab takut sayang terasa hati. Sayang sangat hargai usaha menjaga hati sayang. Tapi, bila kita nak jaga hati orang, kita harus tahu cara menjaganya. Kita tak boleh kata apa yang kita buat tu betul sebab yang rasa tu, orang lain, bukan kita. 


Apa pulak yang sayang tak nak tahu, abang bagi tahu?
Sayang tak suka nak tahu hal yang terlalu peribadi atau menunjukkan  kemesraan abang dengan dia. Contoh, abang bertadarus dengan dia, abang minta dia kejutkan abang awal, abang tolong dia memasak, abang sembang-sembang dengan dia. Semua ni  akan membakar api cemburu. Sayang tak nak tahu benda peribadi macam ni. Nanti sayang fikir or bayangkan bukan-bukan. Contoh, “Abang tengah sembang dengan dia ni,” Sayang akan membayangkan abang sedang romantik-romantik dengan dia. Dan tak jadi masalah kalau abang tak bagi tahu sayang. Tak ada orang lain yang akan sampaikan pada sayang benda tu. Benda dalam rumah. Takkan mungkin orang luar tahu kan? Benda suami-isteri. 


Tapi, sayang tak ada masalah kalau abang cakap tengah ajar anak, tengah buat wiring, cat rumah. As long as perkara tu bukan perkara peribadi antara abang dengan dia berdua, sayang OK je. Hal-hal umum dengan anak-anak, hal rumah, sayang OK je. 

Perkara Simple Yang Tak Perlu dirumitkan

Beberapa hari lepas ada yang memberitahuku yang dia dilihat berdua dengan seorang perempuan. Naik moto singgah di kedai makan. Aku terkejut. Dan tak tahu reaksi bagaimana harusku berikan. 



Sebenarnya aku dapat mengagak siapakah perempuan itu. Tak salahpun dia orang keluar. Cuma aku lebih suka jika aku diberitahu terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi bila mereka keluar berdua. Aku jadi down bukan sebab tak suka keadaan tu. Memanglah aku tahu dia beristeri sejak awal perkenalan kami. Tapi perempuan yang berpoligami ni lain. Perasaan cemburu, terasa hati pasti ada. Dan terasa hati ni datangnya berbeza-beza. Setengah orang, akan terasa hati jika dia tahu apa yang pasangan dia buat dengan yang belah sana. Tapi kalau aku, tidak. Aku memang tak nak tahu secara detail apa yang dia buat. Cukup sekadar aku tahu, dia nak keluar pergi makan, shopping, bercuti, temankan orang kat sana urut. Aku OK je. Jangan pulak cerita kat aku, “Abang urut dia tadi. Dia sakit.” Haaaa... itu memang aku down. 


Bercakap tentang terasa hati ni, aku tak terasa hati pun bila diberitahu, “Abang nak keluar lunch jap.” Aku OK je. Yang tak OK bila benda tu seakan disembunyikan. Lepas tu, aku tahu dari orang lain atau aku tahu sendiri. Bagi aku, aku ni tak penting. Tak dihargai. Sebab semua benda nak berahsia. Aku pun faham kehidupan suami-isteri. Just cakap la, “nak keluar dinner jap.” Janganlah cakap, “Nak keluar jap.” Memanglah aku akan tanya, pergi mana? Buat apa? Cakap je secara spesifik macam yang dia pernah buat “Abang nak pergi DIY,” OK. Cerita tutup sampai situ je. Aku tak tanya pun, pergi dengan siapa? Nak beli apa? Simple je. Yang penting aku tahu, keluar, pergi DIY. Suka hatilah nak pergi berdua ke, 1 rombongan ke, nak beli kepala paip ke, tukul besi ke. Aku takkan tanya.


Aku akan rasa tenang bila orang cakap macam ni. “Malam ni abang nak balik kampung. Tengahari Ahad baru balik KL,” Aku OK je. Aku tak tanyapun balik berdua ke balik semua? Cuma aku pelik, selalunya balik tak bermalam. Tapi kali ni bermalam. So, aku tanya, “Ada kenduri ke?” Jawapan, “Kenduri staff abang. Kebetulan sekampung.” OK done. Simple je. Perempuan ni penuh dengan emosi. Tapi bukan semua benda kita nak control dan nak orang ikut cakap kita. Just bagi kita rasa dihargai. Itu sudah cukup. Kalau aku, tak adalah nak gaduh, kenapa nak keluar makan kat luar dan sebagainya. Aku faham, kadang-kadang, kita nak ubah angin. 


Kenapa mesti takut nak bercerita? 


Kenapa nak jaga hati tak bertempat yang sebenarnya melukakan? 

Wednesday, June 24, 2020

Hati Yang Tersakiti

Ya Allah,


Aku cuba lakukan yang terbaik. Tapi seperti tidak dipandang.
Aku cuba berubah. Tapi keadaan tidak berubah.
Aku cuba menjaga hati. Tapi hatiku yang tersakiti.
Aku cuba untuk memahami. Tapi aku yang tidak difahami.
Aku cuba bermesra dan bermanja. Tapi seperti tidak dialu-alukan.
Aku cuba menjaga hubungan. Tapi seperti tidak dihargai. 

Lantas, aku menangis sendirian agar lenyap pedih ini. 


Sunday, June 7, 2020

Apa Yang Terbuku Di Hati

Dah lama aku nak menulis di sini. Dah lama tidakku curahkan isi hati kat sini. Sebab aku cuba, cuba untuk tak bergaduh. Kadang-kadang, niat aku menulis kat sini untuk luahkan apa yang aku rasa yang aku tak boleh nak cakap direct. Takut jadi gaduh. Dan selama tak menulis tu, aku cuba, cuba untuk pendam semua yang aku rasa. Aku terima je semua apa yang orang buat sebab aku sayangkan hubungan ni. Aku tak nak gaduh-gaduh. Nak hidup happy macam pasangan yang lain.



Tapi, makin aku diam, makin menjadi-jadi. Mungkin sebab orang tak faham kot. Bila aku diam, orang ingat semuanya OK. Bila aku diam, orang fikir aku baik-baik saja. Bila aku diam, mungkin orang ingat aku happy dengan keadaan sekarang. 


Jadi pagi ni, aku rasa sedih sangat bila memikirkan keadaan ni. Rasa dah tak tertanggung. Sejak tadi aku nangis. Sebab aku tak tahu nak buat macam mana. Kalau aku luahkan perasaan kat dia, mesti dia marah. Lepas tu gaduh dan aku akan lebih sedih. Takut nanti tulisan aku kat dia menyebabkan dia salah faham. Tapi serius, aku rasa tension sangat. So, aku kena tulis. Aku tak ada sesiapa nak bercerita. Bukan semua orang faham situasi aku. 


Aku tak tahu kat mana salahnya aku? Kat mana kurangnya aku? Aku dah cuba, cuba perbaiki diri, cuba jadi lebih sabar, cuba tahankan apa saja perasaan sendiri asalkan dia happy. Dia tak marah dan kami tak gaduh. Sebab tu sikit-sikit hal yang buat aku terasa, aku diamkan. Tak macam dulu, mesti aku nak marah or cakap dan-dan tu jugak. Serius, aku sayangkan hubungan ni. Kalau ada pembaca yang mengikuti blog aku ni sejak 12 tahun dulu, korang mesti tahu aku macam mana. 


Satu lagi, selain dari cinta yang mendalam yang mendorong aku untuk perbaiki diri adalah kerana dia pernah cakap, kalau aku jaga hati dia, dia akan jaga hati aku. OK. Aku tolak ke tepi semua ego. Aku cuba untuk jadi orang yang diam bila orang buat something yang aku tak suka. Dengan harapan, segalanya akan baik-baik saja. Setakat tersinggung sikit-sikit tu apalah sangat jika dibandingkan dengan hubungan yang baik, saling berkasih sayang, saling memerlukan, mengambil berat dan bertanya khabar. Lewat Whatsapp pun dah memadai bagi aku kalau tak boleh nak call. Macam dulu-dulu.


Aku selalu tanya apa salah aku? Apa yang aku buat dia tak suka. Tapi dia tak suka aku tanya macam tu. Nanti benda tu yang akan buat gaduh. Aku tanya sebab aku peduli tentang hati dia, tentang perasaan dia. Bila aku tanya, maknanya aku bersedia untuk buat apa yang dia suka janji, kita happy dan bahagia walau pun bukan selalu berdekatan.


Penulisan ni bukanuntuk menghukum siapa salah, siapa betul. Siapa baik dan siapa tak baik. Ini sekadar luahan hatiku tentang apa yang aku rasa. Sebab aku rasa semua benda berlaku ada sebab. Jadi, aku lebih suka untuk tahu kalau aku yang salah. Kalau puncanya datang dari aku. 


Sejak akhir-akhir ni, aku rasa dia berubah. Cinta ini tak sehangat dulu. Puas aku renung ke dalam diri, kat mana lagi salahnya aku? Kat mana lagi perlu aku perbetulkan? Aku ni orang yang kurang kasih sayang sejak kecil. Jadi, kasih sayang, kemesraan, itu sangat penting bagi aku. Itu yang akan membuatkan aku menjalani hidup ini dengan ceria dan bersemangat. 


Masa awal-awal kenal dulu, ramai yang tegur, aku nampak happy, nampak bahagia dan berseri. 


Sekarang ada yang tegur, aku nampak macam kau buat haluan sendiri je sekarang? Aku sekadar senyum dan jawab mana ada.


Aku tak tahu di mana salahnya aku. Sejak-sejak kebelakangan ni, dia tak macam dulu. Jarang sekali ada text buatku sekiranya aku tidak menghantar text dulu kepadanya. Aku bukan berkira atau mempertikaikan siapa hantar text dulu. Cuma membawa kepada persoalan seterusnya, sebab bila aku text, jawabnya ringkas je, ya, dah, belum, OK. Jarang sekali ada text yang panjang. Kalau dulu, dia suka bercerita itu dan ini. Bercerita apa yang dia rasa, apa yang dia buat. Tapi sekarang? Jarang, jarang sangat. Kenapa? Kat mana salahnya aku? 


Satu lagi, bila aku text tanya tentang dia, buat apa? Kat mana? Dia sekadar menjawab je. Tak ada pun soalan balas tanya tentang aku balik. Kenapa? Mungkinkah aku ini dah tak penting bagi dia? Kalau dulu selalu tanya aku ok ke tak? Kat mana? Buat apa? Tapi sekarang jarang. Jarang sangat. Kat mana salah aku? Nak dapat text panjang-panjang macam dulu, tersangatlah jarang. Kadang-kadang, aku rasa macam text perbualan tu nak ditamatkan segera. Tak nak berpanjangan dan berlarutan. Kalau dulu, sepanjang hari ada text walau pun taklah berterusan. Tapi sekarang... tak ada dah text lama-lama. Jangan salah faham ek. Text lama-lama ni bukan text balas, text balas. Ada je jarak setengah ja, satu jam, 2 jam, baru balas. Sebab masing-masing ada kerjakan. Bukannya mengadap phone je 24 jam. Tapi sekarang kalau aku text, dah tidur ke? Jawapan, dah nak tidur. OK bye. Macam, nak cepat-cepat tamatkan perbualan. Aku bukan nak berbual panjang. Kalau orang dah nak tidur, mesti aku akan balas, OK la, tidurlah. Tak adalah nak paksa orang suruh text dengan aku. 


Malam tadi, aku benar-benar tersinggung. Aku ada sedikit masalah kat rumah ni. Nak bercerita kat dia, aku tahu dia penat sebab mengemas rumah semalam. Aku tahu macam mana penatnya mengemas. Lagi pun, nampak dia jarang online. 2 jam, sejam lebih baru online. So, mestilah dia busy. Dan kalau mengemas ni, mestilah kemas besar-besaran. Nak-naknya orang berkeluarga. Kalau kemas sikit-sikit, takkan sampai macam tu kan? Jadi aku rasa, biarlah. Tak nak ganggu dia dengan masalah aku yang remeh-temeh ni. Walau pun aku tension cuba uruskan sendiri, aku OK je. Cuma sesekali teringat kat dia. Kalau dia ada dengan aku, mesti hal ni tak serumit ni. Mesti dah lama settle.


So, aku up status kat whatsapp yang aku tension dengan emergency ni. Dengan harapan, dia baca bila dia senang. Jadi, taklah aku mengganggu dia. Kalau dah boleh baca status whatsapp, maknanya betul-betul free la kan? Aku tengok dia baca. Tapi tak ada sebarang komen pun. Aku masih lagi positif. Mungkin busy kot. Tak sempat nak tanya khabar aku. Tak apalah. 


Tapi, hati jadi berderai bila aku tahu, sebenarnya malam tu dia tak ada buat apa-apapun. Aku dalam kesusahan pun tak boleh ke hantar text tanya kenapa? Ke memang dah jadi pantang larang tak boleh text aku dulu dah sekarang? Dekat ofis pun sama, kat rumah pun sama. Kalau kat rumah lagi teruk. Habis tu, bila masa untuk aku? Aku yang selalu menantikan ada sedikit waktu terluang untuk text atau berbual. Kalau on the way pergi dan balik kerja, tak boleh kacau jugak. Sebab katanya masa tu, masa privasi dia. Masa untuk menyendiri. Agaknya memang masa untuk aku ni memang dah tak ada. Dulu, aku mengharapkan, text tulah masa untuk aku. Yang hanya beberapa kali sehari. Tak apalah kalau tak sekerap masa mula-mula kenal dulu. Sebab mungkin dah tak tahu nak sembang apa. Tapi nampak gayanya, nak selitkan pun susah masa untuk aku tu. Bila aku text pun, rasa macam text aku tu tak dialu-alukan. Rasa macam orang nak cepat je tamat text dengan aku. Dah tak seronok agaknya text dengan aku ni. Kalau ye dah tak seronok bagi tahu, apa yang perlu aku betulkan. Kadang-kadang, aku ni happy sangat text orang. Rasa ceria. Tapi bila terima balasan orang tu, terus jadi down. 


Aku tahu, kalau hal malam tadi ni aku cakap direct, mesti jawapan dia, kenapa tak text dia terus cerita masalah aku? Macam mana aku nak buat macam tu? Kalau orang yang membaca dan menerima text tu akan balas macam tak dialu-alukan je text aku ni? Kalau aku cakap macam tu, dia akan kata, aku suka prasangka. Selalu negatif kat dia. Macam mana aku tak negatif kalau dah hari-hari macam tu? 

Sampai sekarang ni, aku rasa dah lali kena marah. Sampai dah rasa, tak kisah kena marah. Macam apa yang famili aku buat. Kalau cakap baik-baik tu barulah aku rasa OK, aku kena berubah, kena buat macam ni, jangan buat macam tu. Tapi bila orang marah, aku dah rasa macam, hmmm... nak marah, marahlah. Buat macam tu salah, macam ni salah. Habis nak buat macam mana lagi? Semuanya kena marah. So, biarlah orang marah. Tak guna nak baiki diri pun, sebab orang still akan marah dan terus marah. Kadang-kadang, bila aku cakap something, aku tertanya-tanya, bila nak kena marah ni? Dia tak nak marah ke? Kadang-kadang bila aku text something yang aku rasa dia akan marah, tapi dia tak marah, aku jadi pelik pulak. Macam tulah buruknya kesan marah dalam hidup aku. Sebab dari kecik, dari kecik aku hadap kemarahan orang setelah arwah chek tak tinggal bersama aku. Kadang-kadang fikir, buat pun marah, tak buat pun marah. Suka hatilah, marahlah. 


Sebab tu, jangan suka marah-marah. Cakap baik-baik kalau ada apa yang kita suka atau tak suka. Sebab kita dah dewasa. Bukan budak-budak lagi. Bawalah berbincang kalau ada sesuatu yang kurang enak. Aku? Aku sedia untuk berubah. Tapi dalam hubungan, kita perlukan support dari pasangan dan perlu sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Memang adik ada dengan aku. Tapi adik dengan pasangan tu lain. Adik yang ada bersama bila kita susah, tak sama dengan satu text dari pasangan yang bertanyakan khabar kita.