Thursday, August 25, 2016

Mencintai Awak

Awak, Hingga ke hari ini, saya masih mencintai awak. Mencintai awak dari hati yang dalam. Saya tak tahu kenapa Allah bagi rasa ini buat saya. Rasa yang dalam, terlahir dari hati. Saya sayang awak.

Tuesday, August 23, 2016

Aku Yang Lemah

Ya Allah, Segala yang bernyawa ini milikMu. Sesungguhnya, aku tidak tahu apa yang telah Kau suratkan buatku. Ya Allah, Aku terlalu menderita Ya Allah, menderita dengan ujianMu padaku. Namun aku tahu, mustahil bagiMu menganiayaku, makhluk ciptaanMu, kerana Engkau Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ya Allah, Derita ini jalan yang harusku tempuh menuju bahagiaMu. Lantaran itu Ya Allah, Singkatkanlah jalan derita ini. Percepatkanlah dan permudahkanlah aku untuk tiba ke destinasi bahagia yang Engkau janjikan buatku. Insya-Allah, Amin...

Wednesday, May 4, 2016

Hati Perempuan

Saya baru selesai membaca sebuah blog menceritakan kemanisan hidup berumahtangga dan saat-saat gembira menerima kehadiran satu nyawa dalam rahimnya. Masya-Allah, alangkah indahnya perasaan seorang perempuan apabila ditakdirkan untuk hidup bersama lelaki yang dicintainya dan tambah manis dengan kehadiran zuriat dalam rahimnya. Hati saya terusik. Ya Allah, apa ada detik-detik ini buatku? Ya Allah, berpeluangkah saya mengandungkan zuriat lelaki yang amat saya cintai? PertolonganMu ada di mana-mana dan aku akan terus mengharapkan pertolonganMu, Tuhan sebaik-baik penolong.

Wednesday, February 24, 2016

Apa Kerana Fitnah?

Awak, Apakah semua yang berlaku ini kerana fitnah? Apa benar cerita yang saya dengar ada orang yang memfitnah saya ke hulu ke hilir dengan bekas boy friend saya dan dia memberi cincin kepada saya hingga awak menjauh dari saya? Kalau awak mendengar cerita tentang saya kenapa tak berhadapan dengan saya? Kenapa awak mendiamkan diri dan menghukum saya? Tak apalah, saya tak marah awak. Mungkin kalau saya di tempat awakpun, entah apa-apa tindakan yang saya ambil. Bagi saya, yang lepas tu lepas. Saya harap suatu hari nanti awak jelaskan pada saya kenapa semua ni berlaku. Sampai sekarangpun, saya tak tahu puncanya. Saya sayang awak, dan kemaafan saya sentiasa akan mengalir untuk awak umpama sungai yang tak pernah lelah mengalir selagi diizinkan Allah dan selagi perbuatan tu boleh dimaafkan. Semoga kemaafan awakpun begitu juga tatkala saya melakukan kesilapan. Awak, Saya harap kita boleh hidup bahagia macam dulu. Sayang awak sebanyak bintang di langit.

Monday, February 22, 2016

Rindu Di Waktu Senja

Tatkala senja beransur melabuh tirainya, terdengar alun merdu Al-quran mungkin bacaan bilal dari masjid berhampiran. Hati sekonyong-konyong menjadi sayu. Teringat akan kebesaran Allah yang menyayangi hambaNya. Meskipun aku yang berdosa, masih lagi ditunaikan kemahuanku. Lantas, teringat akan si dia. Ya Allah, dekatkanlah aku dengannya, lelaki yang ku sayang. Aku ingin menjadi yang halal baginya. Jemari terus menyentuh aksara di layar telefon bimbit. 'Waktu-waktu macam ni, saya selalu rindu kat awak. Rasa sayu sangat. Rasa nak nangis' Tanpa mengharapkan balasan, aku terus menghantar ayat yang telahku susun dan ku taip. Ting! 'Peluklah kucing awak' Balasnya tanpa ku duga. Masya-Allah, Kau sedang menunjukkan kasih sayangMu pada aku yang hina. Sebak dalam gembira. 'Ngada awak ni. Nanti awak marah sebab samakan awak dengan kucing. Hehehe' Balasku dengan penuh kasih sayang. 'Tak apa. Cakap dengan kucing tu sekali' Balasnya lagi. Masya-Allah. Apakah dia juga sedang merindukan aku? 'Nanti awak kata, saya sayang kucing lebih dari awak' Dugaku. Diam... Tiada jawapan. Tak apa, sudahku telah. Usai Solat Isyak, satu whatsapp masuk: 'Tak apa.' Dari awak. Whatsapp baru masuk. Mungkin line dia tak berapa elok sebab masa kiriman, lima minit setelah mesej terakhirku. Aku senyum. Terima kasih, Allah kerana menggembirakan aku. Andai Kau izin aku gembira dan bahagia, janganlah Kau lepaskan aku tanpa tuntunanMu. Tambatlah hatiku padaMu Tuhan agar aku sentiasa merasa nikmat kala berbicara denganMu. Biar aku sentiasa memikirkan untuk bersyukur dengan pemberianMu. Awak, saya sayang awak. Semoga suatu hari nanti, saya akan terima panggilan daripada awak seperti dulu.

Sunday, February 21, 2016

Gelombang Sayang

Aku selalu mendengar orang kata, kita kena hantar gelombang sayang atau positif kepada orang yang kita sayang. Bila ada masalah dengan si dia, Hani kawanku mengajar aku supaya menghantar gelombang tersebut kepada si dia. Kata Hani, masa dia ada krisis dengan suamipun dia buat benda yang sama. "Habis tu dia balas tak?" Tanyaku ingin tahu. "Mula-mula memang tak balas. Lama-lama, dia akan balas. Tapi kenalah sabar. Benda tu makan masa," "Saya ada buat juga. Tapi bila dia tak balas, saya takut dia kata saya yang terhegeh-hegeh, gedik," "Awak ni, biarlah dia nak kata apapun, yang penting, kita bagi tahu isi hati kita pada dia," Mungkin betul kata Hani, selama ni aku tak pamerkan rasa sayang aku padanya. Setiap hari pasti aku akan hantar kata-sayang dan rindu padanya. Tak pernah ada jawapan. Kalau dia chating denganku pun, bila cakap sayang atau rindu, terus diam.Sabar kena banyak Teja. Hari ni, nak tulis bunga-bunga sikit. Bosanlah tulis 'sayang awak'. Sebelum ni pernah juga tulis ayat bunga-bunga, diam tak berkutik orang di sana. Tapi diakan tahu yang aku ni minah bunga. Lantas aku mengambil IPhone. 'Sayang awak sebanyak buih di lautan' tambah tanda microphone, senyum dan loud speaker, tekan butang send. 'Deliver'. OK, Cepat-cepat ku tutup Whatsapp, malas nak berharap dia baca nanti tak balas, aku kecewa. Aku meneruskan baringanku tanpa mengharapkan balasan Whatsapp darinya. Keranaku tahu dia tidak akan balas. Tiba-tiba, kedengaran Whatsapp masuk. 'Pergi pasar malam kat Mata Ayer' Ya Allah! Betul ke apa yang aku baca ni? Tangan terketar-ketar cuba membalas. Tapi nak type apa? Tiba-tiba kelu. 'Makan kue tiow goreng' Satu Whatsapp lagi masuk sebagai sambungan whatsapp pertama tadi. Masya-Allah, aku terharu dan sebak. 'Ooo... Sedap ke? Belilah apa yang awak suka. Kalau ada buah, beli buat stok' Balasku. 'Tak ada buah yang best. Esok-esok keluar beli kalau rajin' Terima kasih Allah, atas kegembiraan ini. Awak, saya sayang awak. Sayang awak sebanyak buih di lautan. Semoga suatu hari nanti, awak akan balas yang awakpun sayangkan saya. Insya-Allah. Tuhan, ni suatu harapan dan permintaan. Moga Kau akan makbulkan buatku hamba yang berharap.

Terima Kasih, Allah

Seperti kebiasaannya, kelmarin aku menghubungi dia lagi. Dia memberitahuku yang dia ingin pulang ke rumah ibunya. Aku memintanya memberitahuku menerusi whatsapp jika ingin bertolak pulang seperti kelazimannya sejak dulu. Lama kemudian, whatsappnya ku terima memberitahu yang dia ingin bertolak pulang. Setelah membalas, aku tertidur. Jam 2.35 pagi, aku terjaga. Satu whatsapp darinya telah masuk ke handsetku "Dah sampai. Lupa bawa beg baju dengan charger HP dengan berus gigi," Terima kasih Allah. Biarpun ringkas begitu pesanannya, ia mampu membuat aku bahagia. Siangnya pula tiba-tiba saya terima whatsapp daripadanya lagi: "Saya off HP sebab nak safe bateri," Sekali lagi syukur Allah, ianya membuatkan aku bahagia. Belah malamnya, "Kejap lagi nak balik ke Perlis," begitu bunyi whatsapp sebelum dia bertolak balik ke rumah sewanya. Alhamdulillah ya Allah. Ia sangat membahagiakan aku. Terima kasih, Allah. Kekalkanlah dan tambahkanlah kebahagiaan ini. Aku mohon padaMu yang Maha Mengasihani. Bahagiakanlah kami dalam kasih sayangMu.