Cerita cik (moyang):
Kata cik, kelahiran aku ke dunia ini disambut dengan gembiranya oleh setiap ahli keluarga termasuk Ayah Yi, bapa saudaraku. Maklumlah, kelahiran anak, cucu, cicit dan anak saudara sulung, rumah yang sudah lama tidak kedengaran tangis si kecil kembali meriah diwarnai tangis, tawa dan ragam si comel. Orang yang paling gembira tentulah abah kesayanganku.
Kata cik lagi, masa tu... Abah baru saja membeli kamera. Abah merakamkan setiap fotoku dalam pelbagai aksi sama ada ketawa, menangis, mandi mahupun makan. Ya, itu benar, aku pernah melihat gambar-gambar tersebut sewaktu aku masih sihat. Gambar sejak aku lahir hingga aku sakit... Kini, disimpan dalam sebuah almari. Sebahagian album yang tersusun dalam almari tersebut adalah gambarku. Mesti gelagat abah mencuit hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Bukan sahaja aku, sisiapa yang mendukung atau memangkuku juga turut tidak terlepas daripada pancaran cahaya kamera abah. Dari gambar-gambar kenangan inilah, aku dapat mengenali pengasuh-pengasuh yang pernah menjaga aku dari aku kecil sehingga aku mampu mengingat. Kebanyakan daripada pembantu rumah tersebut, datang dari Thailand.
Monday, January 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment