Dadaku sebak. Namun, air mata ini tidak mahu tumpah. Aku mahu bercerita pada seseorang, meluahkan isi hati yang mengusik jiwa. Pada waktu-waktu begini, aku perlukan seseorang untuk mendengar dan mencurahkan aku dengan kata-kata perangsang buat penguat diri ini. Aku lemah, lemah menghadapi situasi ini. Aku ingin berbicara, mencari kekuatan dari seseorang yang aku gelarkan sahabat.
Dalam lohong waktu menanti Asar tiba, aku teringatkan Suzi, sahabat yang setia mendengar setiap suka dukaku. Lantas, telefon bimbit dari beg pantasku keluarkan. Aku menekan kombinasi nombor yang menghubungkan aku dengan Suzi. Nada di sebelah sana kedengaran. Aku sabar menanti panggilanku disambut. Sejenak, aku menghitung waktu. Semoga, aku dapat berbicara dengannya. Berbicara dengannya, membuatkan aku bisa tenang. Nada mati, diganti dengan satu suara. Suara yang amat aku kenali. Suzi di hujung talian. Aku lega.
Rupanya... Suzi lebih bijak membaca lenggok suaraku tanpa aku terlebih dahulu melahirkan isi hatiku. Suzi, kau memang sahabat yang memahami. Perpisahan kita selama lebih 10 tahun tidak sedikitpun merubah sikapmu padaku. Suzi membuka ruang untukku berbicara. Aku meluahkan isi hati yang menambat keceriaanku hari ini. Air mata yang terlalu sedikit ini tidak terbendung. Aku menangis buat ke sekian kalinya di hadapan Suzi. Hari ini, Suzi masih seperti hari-hari yang lalu tatkala aku meluahkan isi hati. Dia masih lagi seorang sahabat yang setia mendengar. Di akhir luahanku... Suzi masih juga seperti hari-hari sebelumnya. Masih jua keluar dari mulutnya kata-kata nasihat serta perangsang yang aku inginkan. Kata-kata sabar dan positif dihidangkan buat pendengaranku, lalu aku sematkan di hati sebagai azimat, biar kebal perasaanku dari kesedihan. Dan Suzi masih juga menyelitkan nasihatnya dengan bacaan zikir untuk aku amalkan. Terima kasih, Suzi. Alhamdulillah, Allah berikan ketenangan padaku di saat ini. Aku mula positif.
Monday, January 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment