Cinta Itu Milik Kita adalah sebuah novel yang lahir dari rialiti rekaan yang ku gabungkan bersama rasa hati, impian, harapan, pengalaman diri, pengalaman rakan, pembacaan dan persekitaran. Semuanya ku adun menjadi satu dalam kotak fikirku, lalu, ku tarikan jemariku di kekunci ini untuk menitipnya di layar kaca. Ku selitkan juga sedikit ilmu keagamaan dan keduniaan yang cetek ini, falsafah bijak pandai dan pepatah Melayu untuk direnungkan bersama. Ku rapikan jalinan kisah ini dengan rantaian kata-kata indah bersulam madah pujangga yang ku ciptakan dari mata fikir, ku halusi dengan lafaz puitis ilham dari Yang Esa untuk memperindahkannya. Kisah ini adalah imaginasi semata-mata dan tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah tiada. Segala bahannya telahku adaptasikan sedikit dari rialiti agar serinya terserlah. Semoga cerita cinta ini bukan sekadar kisah picisan buat hiburan tetapi, merupakan satu landasan untuk kita mempelajari sesuatu menerusi santai kisahnya.
Kepada pembaca yang sudi meluangkan waktu buat menatap segala kisah yang ku titipkan di sini, adakah kalian berminat untuk menjelajahi alam "Cinta Itu Milik Kita"? Maksudku, adakah kalian berminat untuk membaca novel ini?
Sila tinggalkan komen anda sama ada positif mahupun negatif di ruangan komen. Teja menanti dalam berkira-kira untuk menerbitkannya di sini atau tidak.
Friday, August 21, 2009
Luahan Buat Kekasih
Kekasih,
Mengapa tegarnya hatimu menyakiti hatiku? Sedangkan aku sentiasa mencari jalan untuk membahagiakanmu. Kekasih, tahukah engkau betapa aku merinduimu? Tiap saat yang berlalu, aku tidak pernah lupa mengingatimu. Tiap waktu yang ku lewati, tak pernah sedetikpun aku lupa menyayangimu. Aku rindu! Terlalu rindu! Tahukah engkau betapa deritanya hati ini bila tidak mendengar suaramu walaupun sehari? Tahukah engkau betapa aku dahagakan perhatian serta belay kasihmu? Lantas, salahkah aku menghubungimu tatkala aku memerlukan dirimu? Mengapa aku mesti kau marahi? Tidakkah kau gembira menerima panggilanku? Adakah aku hanya perlu menanti panggilanmu yang entah bila akanku terima? Bila kau menghubungiku itu maknanya waktu engkau memerlukan aku. Tapi bila aku menghubungimu? Itukan saat aku memerlukanmu. Tidakkah engkau mahu bersamaku saat aku memerlukan dirimu? Tidakkah boleh engkau memberikan sedikit daripada 24 jam masa yang kau ada untukku? Tidak bolehkah kalau kita berbual sedikit panjang? Adakah engkau menghubungiku sekadar mengambil nama untuk berbuat demikian? Lalu, dengan cepat engkau mahu mematikan talian, kenapa? Aku tidak minta untuk berbual panjang denganmu setiap hari, tetapi ada waktu-waktunya aku mahu berbual lama seperti dulu. Tak bolehkah kekasih? Aku bukan mahu memaksamu, jauh sekali mengganggu kesibukanmu. Oleh sebab itu, aku menahan diri dari menghubungimu dalam waktu kerjamu. Tapi… Mengapa pada waktu senggangmu juga harus kau marahiku menghubungimu meskipun sesekali? Tahukah engkau, adakalanya saat aku menerima panggilanmu adalah masa sibukku? Tapi aku cuba luangkan masa agar tidak mengguris perasaanmu? Kekasih, mungkin aku lupa, bahawa engkau tidak seperti orang lain tika aku melihat rakan-rakan menghubungi kekasih mereka pada bila-bila masa yang mereka suka jadi, ku kira… Aku juga seperti mereka, bisa menghubungimu tatkala aku memerlukanmu.
Kekasih,
Mengapa aku tidak boleh meluahkan isi hatiku terhadapmu? Salahkah aku memberitahumu apa yang aku perlu darimu dan apa yang bisa membuat hatiku terluka? Bukankah itu dapat memperbaiki hubungan kita? Kenapa engkau enggan memberi ruang untukku menyuarakan rasa hatiku? Mengapa itu bisa membangkitkan kemarahanmu? Salahkah aku kekasih? Salahkah aku? Haruskah aku diamkan saja kesedihanku? Bukankah itu bermakna aku menyiksa diriku? Tidak bolehkah engkau mendengar isi hatiku dan cuba untuk memperbaiki ikatan ini seperti mana aku sering mendengar apa yang tidak engkau suka lalu cuba mengubah diriku? Tidak bolehkah engkau mendengar apa yang aku suka seperti aku mendengar apa kesukaanmu dan cuba melakukannya? Kekasih, jika kau tahu betapa aku menyayangi dirimu, jangan cuba memperlakukanku sesuka hatimu kerana aku punya hati dan perasaan. Kerana aku punya kesabaran yang ada batasnya. Ketahuilah kekasih, kala ini, jiwaku meronta, mendambarkan engkau yang dulu. Engkau yang prihatin pada setiap perkara yang berkaitan denganku. Engkau yang selalu menjaga hatiku dalam setiap tutur bicaramu. Saat itu, engkau tidak pernah memarahiku sesuka hati. Jauh sekali melafazkan perkataan yang menghiris hati seperti sekarang. Ketahuilah kekasih, saat aku mendambarkan engkau bersamaku, dan engkau tiada, ada tangan lain yang menghulur cintanya padaku. Meskipun sunyi merajai hati, ku tolak semua itu, demi kasihku padamu. Kekasih, aku masih di sini. Mengharapkan engkau berubah. Sambutlah rinduku ini untuk kita sama-sama kembara di taman cinta yang kita ciptakan. Dakaplah kasih ini, ayuhlah bersamaku! Kita layari bahtera bahagia dalam lautan cinta yang tidak bertepi.

Tuesday, August 18, 2009
Cinta Itu Milik Kita (Sedutan)
Hari ini sahaja dah berkali-kali telefon itu berdering. Bila diangkat, talian dimatikan. Mila geram. Nak buat assignment pun tak senang. Hantu manalah yang tak ada kerja ni. Kalau nak kacau, kacaulah orang lain. Entah-entah hantu kepala hitam. Aku baca bismillahpun tak hilang-hilang. Rungut Mila sendiri. Dia memuncungkan bibirnya tanda protes. Telefon berdering lagi. Mila malas mengangkatnya. Bagus! Dah diampun. Mila menghela nafas lega. Jemari runcingnya kembali mengetuk papan kekunci komputernya. Beberapa buah buku dibuka sebagai rujukan. Nota yang diedarkan dalam kelas turut dibuka.
Tut, tut. Telefon menjerit lagi. Mila mengetap bibir, geram. Mahu saja dia hempas telefon itu. Biar berkecai. Biar keluar isi perutnya. Biar terus tak berfungsi. Baru senang hidup aku. Nanti karang… Balik tuannya, aku yang susah pula. Apa aku nak jawab? Sejak akhir-akhir ini Mila sering diganggu dengan panggilan begitu. Telefon menjerit lagi. Kalau tak diangkat berdering sepanjang hari. Kalau diangkat semakin menjadi-jadi. Kesabaran aku dah tiba ke tahap maksimum ni. Iii geramnya! Mila mengacip gigi seakan menggigit mangsanya. Kalau dia tahu siapa yang punya angkara, pasti dia akan cekik-cekik makhluk tak bermoral tu. Dia akan patah-patahkan jari yang gatal tu. Darah Mila mendidih. Aku memang dah tak boleh sabar ni!
Mila bergegas ke ruang tamu. Gagang diangkat.
“Hello, hello,” Suara Mila keras. Senyap, tiada sahutan. Mila tahu, pemanggil masih di talian. “Iii awak tahu tak, saya ni dah hilang sabar tau dengan panggilan awak. Saya bukan operator tau kat sini. Saya ada banyak lagi kerja lain nak buat. Tolonglah jangan ganggu saya. Saya dah penatlah layan panggilan bodoh macam ni. Bisu ke tak dengar. Kalau ada salah satu atau kedua-duanya, hantar mesej je jangan telefon! Menyusahkan orang je!” Mila menghempaskan gagang. Puas hatinya dapat meluahkan kemarahannya. Gagang diangkat semula lalu diletakkan ke meja. Mila tidak mahu diganggu lagi.
*
Hakim menahan tawa dari pecah. Bila gagang diletak, Hakim ketawa berdekah-dekah. Azhar yang sama-sama mendengar melalui loud speaker turut ketawa. Geli hati mereka mendengar bebelan Mila.
“Boleh tahan juga garangnya,” Suara Hakim dalam tawa masih bersisa.
“Tak baiklah kau ni Kim, entah dia tengah buat apalah kat rumah tu. Janganlah ganggu. Kalau rindu… Baliklah tatap wajah dia puas-puas,” Kata Azhar menghabiskan tawanya.
Hakim mencuba lagi.
“Dapat?” Azhar senyum lucu.
“Engage. Aku tak tahu, kenapa aku nak sangat dengar suara dia. Bila aku dengar suara dia, aku jadi happy,”
“Kau dah mula sukakan dia ya?” Azhar mengusik. Hatinya gembira dengan perkembangan itu.
“Entahlah, Har. Kalau aku dengar suara Firapun… Taklah sehappy ni,” Perlahan suara Hakim menerjah telinga Azhar.
“Kau dah jatuh cinta, ya?” Duga Azhar lagi.
“mungkin. Selama ni aku cuba menafikan. Tapi… Makin aku menidakkan, makin menjadi-jadi rindu aku pada dia. Alangkah seronoknya kalau… Dia juga begini. Aku nak tahu perasaan dia padaku, »
« Mana kau nak tahu kalau kau tak selam hati dia, »
« Tapi aku tak tahu macam mana nak memulakannya, »
“Fira macam mana?”
“Entahlah, Har. Aku pun tak tahu nak cakap,” Suara Hakim dalam kepayahan.
Azhar ada mendengar khabar angin, Afira berhubung semula dengan kekasih lamanya. Tapi… Dia tidak berani memberitahu Hakim. Dia tidak mahu dikata perosak rumahtangga orang. Bercinta sakan kahwin baru lima bulan dah bergoyah.
“Kau ajar kelas Mila, kan semalam?” Azhar angguk. “Dia datang kelas tak?”
“Datang, kenapa?”
Apa pendapat anda tentang novel ini?

Monday, August 17, 2009
Pitching Pertama Musim Ini
Teja minta maaf kepada pembaca blog yang tak seberapa ni sebab dah lebih kurang seminggu Teja tak update blog. Minggu lepas, Teja diserang demam tender. Sepanjang minggu Teja bertungkus-lumus, memerah otak mencari idea untuk tulis sinopsis dan kertas kerja drama, majalah dan telemovie yang pelbagai tema. Sakit juga kepala rasanya. Dah berakhir pun perang kertas kerja. Minggu ni dan beberapa minggu akan datang, adalah hari-hari yang mendebarkan menanti surat panggilan pitching dari stesen TV untuk pitch cerita yang dah Teja hantar kertas kerjanya. Hari ni, Teja akan pitch kertas kerja pertama untuk musim ini. Kisah lagenda atau penglipur lara yang dimodenkan. Teja buat cerita Puteri Saadung. Pukul 5.00 petang nanti, Teja akan pitch kisah kebanggaan rakyat Kelantan ni. Dalam pukul 4.00 petang nanti, Teja akan ke sana bersama rakan sekerja dan penerbit. Kalian tolong doakan Teja, ya. Walaupun ada beberapa jam lagi, Teja dah mula rasa gementar dan berdebar ni. Ya Allah, lancarkanlah lidahku untuk berbicara di hadapan panel penilai nanti. Amin!
Sebenarnya, Teja rindukan kata-kata semangat kalian menerusi komen buat Teja. Andai ada masa terluang, sudi-sudilah tinggalkan pesan buat Teja di sini.

Friday, August 7, 2009
Aku Masa Silammu
Pagi tadi, pukul 12.00 lebih, aku telefon Ila, bertanyakan sama ada dia telah terima barang yang dipesannya dan Kak Su atau tidak. Kemudian, kami berbual-bual seperti kelazimannya, bercerita tentang aktiviti dia dan aku. Setelah agak lama berbual, aku mahu menamatkan perbualan kami. Namun, Ila menegah. Katanya, ada seseorang ingin bercakap denganku. Aku bertanyakan kepadanya siapa orang itu? Dia enggan memberitahu lantas, menyerahkan telefon bimbitnya kepada seseorang. Ah, ini mesti Fiza yang kebetulan ada di situ. Aku senyum sendiri. Dalam benak, aku sudah dapat membayangkan bagaimana kecohnya Fiza sebentar lagi apabila bercakap denganku. Huh, mengada! Nak bercakap dengan aku pun, nak berahsia. Macamlah aku tak tahu dia ada bersama Ila ketika ini. Dalam asyik membayangkan telatah Fiza, di sebelah sana telefon telahpun bertukar tangan.
“Hello,” Suara itu mematikan anganku. Gulp, aku telan liur. Bukan suara Fiza yang kedengaran di hujung talian. Tapi, satu suara yang tidak asing lagi memukul gegendang telingaku. Abang Zakri? Betulkah? Dia mahu bercakap denganku? Untuk apa? Bukankah esok dia akan melangsungkan perkahwinannya bersama Kak Su? Sudah berapa lama aku cuba mengelak daripada bertemu atau bercakap dengannya. Bukan apa, aku tidak mahu merosakkan mood pengantin barunya. Biarlah dia gembira tanpa diganggu kenangan silam yang melukakan. Aku mahu dia menumpukan perhatian dan kasih sayangnya terhadap Kak Su tanpa bayanganku. Oh, mungkin dia mahu bercakap denganku sekadar bertanya khabar.
“Emmm… Abang Zakri,” Jawabku ceria.
Pada awal perbualan, kami hanya berbual biasa. Dan ini melegakan hatiku. Aku bertanyakan tentang persiapan perkahwinannya. Dia pun bercerita tentang persiapan yang dilakukan dan barang-barang hantaran. Aku seronok mendengarnya. Dia bertanyakan aku sama ada aku akan hadir atau tidak pada majlis perkahwinannya Ahad ini.
“Tak nak,” Gurauku diikuti tawa di akhir ayat.
“Kenapa pula? Awak dahlah tak pergi yang kat Penang, yang kat rumah Kak Su ni, pergilah, dekat je,”
“Tak nak,” Aku senyum sendiri.
“La… Kenapa macam tu? Pergilah. Awak marahkan abang ke?”
“Ish, taklah! Saya gurau jelah. Mana boleh tak pergi. Hari ni, penat saya pusing Time Square dan berbincang dengan Angah, cari hadiah untuk abang, takkan saya tak pergi, kot?” Aku berterus-terang. Teringat aku bagaimana perbincangan aku dengan Angah tentang hadiah apa yang harus diberikan. Cadangan aku untuk memberikan set makan malam ditolak mentah-mentah oleh Angah kerana katanya itu sudah biasa. Dia mencadangkan aku supaya memberikan set teh. Aku pula yang menolak tanpa berfikir panjang kerana itupun samalah seperti memberi set makan malam. Dah alang-alang nak bagi yang lain dari yang lain, biarlah puas hati. Macam-macam yang kami tengok. Tapi semuanya biasa. Ya, aku ingin memberikan sesuatu yang lain. Angah mencadangkan agar aku memberikan cadar. Tapi aku enggan. Lama mencari, kami menemui lampu hiasan meja berkonsepkan budaya Jepun. Cantik dan unik! Lampu yang diletakkan dalam bekas cantik untuk hiasan meja. Lampunya diletakkan dalam sebuah kaca berbentuk piramit dan tergantung pada bumbung bekas luar. Bahagian yang mengandungi lampu yang boleh digerakkan seperti buai. Over budget sikit tak apalah. Abang Zakri pun selalu berikan aku hadiah yang mahal-mahal. Malah, lebih dari harga hiasan ni. Ada juga telefon rumah berbentuk bibir. Cantik juga. Tapi, aku lebih berminat dengan lampu hiasan tadi.
“La… Susah-susah je awak ni,”
“Dengarlah cerita saya ni,” Aku mahu bercerita tentang kejadian di Time Square siang tadi tanpa diganggu.
“Awak ni, masih macam dulu. Manja, riang, lembut, suka bergurau…”
“Mana adalah!” Sanggahku.
“Tengok tu, buat-buat garang. Itu yang buatkan abang tak boleh lupa…” Aku pun terus bercerita tentang Time Square tanpa mendengar apa yang ingin dikatakannya. Setelah tamat bercerita:
“Hari Ahad ni, pakai baju warna apa?” Hmmm… Abang Zakri masih macam dulu. Semuanya dia mahu tahu. Pakai baju apa? Warna apa? Tudung warna apa? Pakai tudung macam mana?
“Kebaya warna lemak ketam bertekat tenunan bunga emas,”
“Lemak ketam? Warna apa tu?” Abang Zakri seolah berfikir. Aku tergelak.
“Alah, tak retilah nak cakap warna apa. Nak kata pink pun… Bukan pink, nak kata oren pun bukan oren. Alah, macam warna lemak ketam,” Aku berusaha menerangkan.
“Abang tak tahulah. Baju apa?” Ish, dia ni, tak dengarkah aku cakap tadi?
“Kebaya,”
“Mesti cantik kan?”
“Mestilah, mana boleh kalah dengan pengantin. Saya pun nak cantik juga, dah tentulah nak pergi majlis kahwin,”
“Ya, abang tahu…”
“Tak adalah. Abang jangan risau, Kak Su takkan kalah punya. Dia mesti jadi perempuan yang paling cantik pada hari tu nanti. Saya takkan lawan dialah,” Gurauku lagi.
“La, abang tahu awak macam mana. Nanti lepak lama-lama sikit kat rumah tu nanti ek?”
“Nak buat apa? Tak naklah. Dahlah saya tak kenal siapa-siapapun,”
“Abang kan ada.” Dia tidak mahu kalah.
“Yalah, tapi… Abang kan pengantin, mestilah sibuk hari tu. Mesti ramai orang nak jumpa abang. Lagipun, apa pula kata Kak Su nanti?” Aku cuba membawa dia berfikir.
“Ya tak ya juga. Mesti abang sibuk. Tapi tak apalah, kenal-kenallah dengan kakak-kakak abang. Nanti abang kenalkan dengan dia orang,” Oh ya, Abang Zakri sudah tidak punya ibu bapa. Kedua-duanya sudah lama kembali ke Rahmatullah. Jadi, urusan perkahwinannya diuruskan oleh kakak-kakak dan abang-abangnya. (Lupalah, dia ada abang ke tak ek?) Eh, kenapa pula nak kenal-kenal dengan kakak dia?
“Ish, malulah saya. Saya bukan siapa-siapa pun,” Aku memberikan alasan yang ku kira logic. Aku tak nak dikatakan hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
“Dia orang tahulah fasal awak,”
“Tahu? Abang cerita dengan dia orang ke tentang saya?” Aku kaget.
“Mestilah abang cerita,” Jawabnya selamba.
“Habis, apa dia orang cakap?” Aku ingin tahu.
“Tak ada cakap apa,”
“Dia orang tahu tak yang kahwin dengan abang ni orang lain, bukan orang yang abang ceritakan tu?” Aku berminat untuk tahu lebih dalam.
“Tahu, dia orang pernah tengok awaklah,”
“Kat mana?”
“Dulu kan awak pernah masuk surat khabar masa konvo. Ada beberapa surat khabar yang siarkan cerita fasal awak. Tapi, dia orang tengok awak kat Kosmo. Kat muka depan lagi. Gambar pun besar,” Sekilas, kenangan sewaktu menerima ijazah dua tahun lalu menjelma di ingatan. Ya, masa tu, wartawan dari beberapa akhbar tempatan menemuramahku. Ada yang tunggu hingga majlis konvokesyen tamat untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang aku dan keluarga.
“Kenal-kenallah dengan dia orang. Mana tahu kalau dia orang berkenan? Entah-entah, awak ada jodoh dengan sepupu abang ke. Tak dapat bersama, dapat jadi sepupu pun jadilah. Tak adalah awak hilang macam tu je,”
“Mengarut jelah, abang ni,” Keadaan sunyi seketika.
“Nanti, kita ambil gambar ya?”
“Okay, boleh. Kita ambil gambar kenangan. Kita bergambar ramai-ramai, ek?” Aku menerima pelawaannya.
“Awak duduk kat belah pengantin perempuan, abang duduk kat belah pengantin lelaki,” Usulnya.
“Okay, saya duduk sebelah Kak Su, macam pengapit… Eh, apa pula abang duduk kat sebelah pengantin lelaki? Abang kan pengantin, duduk jelah atas kerusi tu, sebelah Kak Su. Nanti, mesti ada orang lelaki yang duduk sebelah abang,”
“Bukan, awak duduk dekat kerusi pengantin perempuan, abang duduk kat sebelah awak, kat kerusi pengantin lelaki. Macam bersandinglah,” Eh, macam pelik je bunyinya. Jap, jap, biar otak aku kisar betul-betul apa yang dia cakap ni. Telinga telah menghantar maklumat ke otak dan otak telah memproses maklumat tersebut. Beberapa detik kemudian, data siap diproses. Ya! Aku faham. Ya Allah, Abang Zakri, kenapa cakap macam tu? Aku sedih. Sebak yang mula mengasak dada ku tahan agar tidak pecah tangisku.
“Tak naklah. Apa kata Kak Su nanti?” Aku tidak puas hati.
“Apa salahnya? Bergambar je. Bolehlah ek?” Dia cuba berdiplomasi denganku.
“Tak naklah,” Aku berkeras.
“Awak, bukannya selalu. Awak pun tak pernah bergambar dengan abang.” Memanglah tak pernah bergambar dengan dia. Tapi dah berapa banyak dah gambar aku yang dia simpan. Tak cukup lagikah?
“Tengoklah,” Aku malas untuk membincangkan hal itu.
Perbualan menjadi semakin sedih apabila Abang Zakri mengungkit kembali kisah lama.
“Abang selalu ikuti perkembangan awak. Walaupun dah lama kita tak berbual, abang tahu tentang awak. Apa yang awak buat? Awak kat mana? Bila ingat-ingat balik, kelakar pun ada. Awak marah abang, pas tu abang terasa hati. Pada hal abang tahu kenapa awak buat macam tu,”
“Tahu pun, kalau saya tak buat macam tu, abang tak kan buka pintu hati abang untuk Kak Su. Tengok, kerana saya buat macam tu, abang dah nak kahwin pun. Itulah hikmahnya,” Ayat itu ku tuturkan perlahan dan lembut. Biar meresap di jiwanya.
“Betul kata awak. Kalau awak tak buat macam tu, sampai sekarang abang tunggu awak. Abang akan setia kat awak. Tak kisahlah kalau awak ada dia pun. Mana tahu kalau kita akan bersama. Tapi abang rasa bersalah sangat kat awak,” Suaranya kedengaran kesal di telingaku.
“Kenapa?” Soalku tidak faham.
“Yalah, masa abang baru-baru jumpa Kak Su dulu, abang hilang macam tu je,”
“Saya tak salahkan abanglah. Saya faham kenapa abang buat macam tu. Saya gembira bila dapat tahu abang dengan Kak Su,” Gelora hatinya ku redakan.
“Tapi, abang tak patut buat awak macam tu. Abang kan tahu awak macam mana. Awak selalu luahkan kesedihan awak kat abang. Awak ceritakan pada abang tentang cerita gembira awak, masa tu, awak kan banyak masalah. Mesti awak tak ada siapa-siapa bila abang tak ada,” Ya, memang benar apa yang dikatakannya. Tapi, aku tidak pernah menyalahkan dirinya.
“Abang, itu pilihan saya. Jangan salahkan diri abang. Saya tak nak abang tunggu saya lama-lama. Buang masa abang je. Kalau takdir memihak pada abang tak apalah. Tapi kalau tak? Sia-sia je abang setia. Abang baik, saya nak abang bahagia. Abang selalu bahagiakan saya. Jadi, saya nak abang bahagia. Abang bahagiakan saya walaupun hakikatnya hati abang pedih. Biarlah abang bahagia yang sebenar-benarnya pula. Saya pun selalu fikir, kenapa hati saya tak terbuka untuk abang? Kenapa saya masih mahu mempertahankan hubungan saya dengan dia yang belum pasti sedangkan, saya rasa, kalau saya dengan abang, abang pasti akan membahagiakan saya, selalu menghargai saya,”
“Yalah, cinta tu kan tak boleh dipaksa. Abang tahu. Abang cuba buat yang terbaik. Tapi, abang redha bila Tuhan tentukan kita tak bersama. Abang doakan awak bahagia. Kalau tidak dengan dia pun, dengan orang yang lebih baik, yang benar-benar dapat menghargai dan menyayangi awak sepenuh hati. Abang tahu, perempuan perlukan perhatian, kasih sayang dan belaian. Begitu juga dengan awak. Abang selalu fikirkan awak, abang tahu, sekarang, awak tak ada siapa untuk awak luahkan perasaan awak. Kalau boleh, abang nak jadi macam dulu. Selalu ada dengan awak,”
“Tak adalah, sekarang saya gembira. Selalu saya buat lawak kat rumah ni,” Aku berusaha untuk menceriakan suasana. Kerisauan hatinya cuba ku lontarkan jauh.
“Abang kenal awak. Awak selalu macam tu. Awak pendam. Bahaya tau, nanti lama-lama makan diri sendiri. Dengar cakap abang. Kalau setahun, dua tahun, awak boleh tunggu,”
“Abang, tak apalah, dah ini pilihan saya. Saya akan sabar…”
Tapi sampai bila? Bila masuk tiga tahun, empat tahun? Awak baik, abang tak nak awak sedih, derita. Kalau ada orang yang mampu bahagiakan awak, dan awak rasa gembira bersamanya, bagilah peluang untuk diri awak bahagia. Kita memang sayangkan orang. Tapi jodoh pertemuan tu Allah yang tentukan. Kadang-kadang apa yang kita nak, kita tak dapat. Macam abang dengan awak sekarang ni,” Nasihat Abang Zakri ku dengar penuh perhatian.
“Saya tahu. Tapi saya pun tak faham dengan diri saya. Kadang-kadang, saya pun tertanya-tanya, apa hikmah di sebalik semua ni. Abang dah nak kahwin. Norman pula dah pergi untuk selama-lamanya. Dua-dua orang yang sering beri kekuatan pada saya dan selalu hargai saya dah tak ada dengan saya. Habis tu, saya dengan siapa sebenarnya? Mungkin Allah memang nak jodohkan saya dengan dia. Sebab itulah Allah buat macam ni. Allah nak uji saya agaknya. Sekurang-kurangnya, kalau abang tak ada, Norman ada, saya masih punya kekuatan. Saya pun selalu ingat kata-kata abang, nasihat abang, dorongan abang dan kata-kata perangsang yang abang bagi. Masa saya sedih, abang tenangkan saya. Kalau saya lemah, abang bagi kekuatan pada saya. Saya tak pernah lupa semua tu. Saya pun kalau boleh nakkan semangat dari seorang abang,” Tangisan mula terurai.
“Itulah abang kata, abang nak jadi macam dulu. Sentiasa ada untuk awak. Abang kesiankan awak bila kenangkan apa yang awak alami dan abang pun dah jauh dari awak. Tapi masa tak boleh diundur. Lagipun, abang tak kuat. Kalau sekali abang telefon awak, mesti abang nak telefon selalu. Kalau sekali jumpa, mesti selalu nak jumpa. Abang sayangkan awak. Sampai sekarang pun abang masih sayangkan awak,” Akunya jujur tanpa selindung.
“Ya, saya pun sayangkan abang. Saya anggap abang macam abang saya sendiri. Say akan tak ada abang,”
“Ya, abang tahu. Awak kan selalu cakap macam tu. Abang tahu awak sayangkan abang macam abang awak sendiri. Abang ingat tu,”
“Abang, saya minta maaf ya, sebab lukakan hati abang. Sepatutnya saya tak…”
“Dahlah, kan awak dah selalu minta maaf dengan abang. Dari dulu, itulah yang awak ulang. Bukan salah awak pun. Hati kan tak boleh dipaksa. Macam tu juga abang. Abang tak boleh tipu perasaan abang terhadap awak. Tapia bang cuba kawal sebab abang tahu awak ada dia. Awak dengar cakap abang ya?”
“Abang tolong doakan saya, ya? Doakan supaya kami pun akan jadi macam abang dengan Kak Su. Dia pun ada perubahan sekarang. Tapi tak tahulah. Harap-harap, biarlah berkekalan dan semakin baik,” Suaraku penuh harapan.
“Baguslah, kalau macam tu. Abang doakan awak bahagia. Abang tahu awak sayangkan dia. Kalau dia dah berubah, abang pun gembira. Mesti awak akan bahagia nanti. Tapi ingat pesan abang. Abang tak nak awak sedih-sedih lagi. Awak jangan sedih lagi tau. Abang tak sedap hati bila dengar yang bukan-bukan fasal awak. Abang risaukan awak. Abang happy, happy, nak kahwin, tapi awak?”
“Dahlah, abang jangan risaukan saya. Saya okay. Tadi kan saya ceria,”
“Abang tahu, ada masanya, awak tipu diri awak untuk kelihatan gembira. Abang selalu fikirkan awak,”
“Itu kadang-kadang je. Sekarang ni, saya tawakal pada Allah. Abang jangan fikirkan fasal saya lagi. Saya pun nak abang bahagia. Tak salah kalau abang happy dengan apa yang abang lalui sekarang. Ini semua kan takdir. Kalau abang gembira, saya pun gembira,”
Ya Allah, bahagiakanlah kehidupan Abang Zakri dan Kak Su sampai bila-bila. Cucurilah perkahwinan mereka dengan rahmat dan rezekiMu yang melimpah ruah.
Abang Zakri, simpanlah kenangan kita dalam satu ruang terpencil di hati abang. Semuanya telah jadi sejarah untuk kita tatap di muzium hati. Arca-arca memori itu, abadikanlah di sana, di ruang pameran hati. Bukan untuk kita ratapi. Dan, kunjungilah ia jika ada terselit lohong dari balik waktu yang bersilih ganti. Pergilah, majulah ke depan. Jangan sesekali menoleh ke belakang kerana aku adalah masa silammu yang tak mungkin menemuimu pada masa hadapan.

Subscribe to:
Posts (Atom)