Cinta Itu Milik Kita adalah sebuah novel yang lahir dari rialiti rekaan yang ku gabungkan bersama rasa hati, impian, harapan, pengalaman diri, pengalaman rakan, pembacaan dan persekitaran. Semuanya ku adun menjadi satu dalam kotak fikirku, lalu, ku tarikan jemariku di kekunci ini untuk menitipnya di layar kaca. Ku selitkan juga sedikit ilmu keagamaan dan keduniaan yang cetek ini, falsafah bijak pandai dan pepatah Melayu untuk direnungkan bersama. Ku rapikan jalinan kisah ini dengan rantaian kata-kata indah bersulam madah pujangga yang ku ciptakan dari mata fikir, ku halusi dengan lafaz puitis ilham dari Yang Esa untuk memperindahkannya. Kisah ini adalah imaginasi semata-mata dan tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah tiada. Segala bahannya telahku adaptasikan sedikit dari rialiti agar serinya terserlah. Semoga cerita cinta ini bukan sekadar kisah picisan buat hiburan tetapi, merupakan satu landasan untuk kita mempelajari sesuatu menerusi santai kisahnya.
Kepada pembaca yang sudi meluangkan waktu buat menatap segala kisah yang ku titipkan di sini, adakah kalian berminat untuk menjelajahi alam "Cinta Itu Milik Kita"? Maksudku, adakah kalian berminat untuk membaca novel ini?
Sila tinggalkan komen anda sama ada positif mahupun negatif di ruangan komen. Teja menanti dalam berkira-kira untuk menerbitkannya di sini atau tidak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment