Tuesday, August 18, 2009

Cinta Itu Milik Kita (Sedutan)

Hari ini sahaja dah berkali-kali telefon itu berdering. Bila diangkat, talian dimatikan. Mila geram. Nak buat assignment pun tak senang. Hantu manalah yang tak ada kerja ni. Kalau nak kacau, kacaulah orang lain. Entah-entah hantu kepala hitam. Aku baca bismillahpun tak hilang-hilang. Rungut Mila sendiri. Dia memuncungkan bibirnya tanda protes. Telefon berdering lagi. Mila malas mengangkatnya. Bagus! Dah diampun. Mila menghela nafas lega. Jemari runcingnya kembali mengetuk papan kekunci komputernya. Beberapa buah buku dibuka sebagai rujukan. Nota yang diedarkan dalam kelas turut dibuka.
Tut, tut. Telefon menjerit lagi. Mila mengetap bibir, geram. Mahu saja dia hempas telefon itu. Biar berkecai. Biar keluar isi perutnya. Biar terus tak berfungsi. Baru senang hidup aku. Nanti karang… Balik tuannya, aku yang susah pula. Apa aku nak jawab? Sejak akhir-akhir ini Mila sering diganggu dengan panggilan begitu. Telefon menjerit lagi. Kalau tak diangkat berdering sepanjang hari. Kalau diangkat semakin menjadi-jadi. Kesabaran aku dah tiba ke tahap maksimum ni. Iii geramnya! Mila mengacip gigi seakan menggigit mangsanya. Kalau dia tahu siapa yang punya angkara, pasti dia akan cekik-cekik makhluk tak bermoral tu. Dia akan patah-patahkan jari yang gatal tu. Darah Mila mendidih. Aku memang dah tak boleh sabar ni!

Mila bergegas ke ruang tamu. Gagang diangkat.
“Hello, hello,” Suara Mila keras. Senyap, tiada sahutan. Mila tahu, pemanggil masih di talian. “Iii awak tahu tak, saya ni dah hilang sabar tau dengan panggilan awak. Saya bukan operator tau kat sini. Saya ada banyak lagi kerja lain nak buat. Tolonglah jangan ganggu saya. Saya dah penatlah layan panggilan bodoh macam ni. Bisu ke tak dengar. Kalau ada salah satu atau kedua-duanya, hantar mesej je jangan telefon! Menyusahkan orang je!” Mila menghempaskan gagang. Puas hatinya dapat meluahkan kemarahannya. Gagang diangkat semula lalu diletakkan ke meja. Mila tidak mahu diganggu lagi.

*

Hakim menahan tawa dari pecah. Bila gagang diletak, Hakim ketawa berdekah-dekah. Azhar yang sama-sama mendengar melalui loud speaker turut ketawa. Geli hati mereka mendengar bebelan Mila.

“Boleh tahan juga garangnya,” Suara Hakim dalam tawa masih bersisa.
“Tak baiklah kau ni Kim, entah dia tengah buat apalah kat rumah tu. Janganlah ganggu. Kalau rindu… Baliklah tatap wajah dia puas-puas,” Kata Azhar menghabiskan tawanya.
Hakim mencuba lagi.
“Dapat?” Azhar senyum lucu.
“Engage. Aku tak tahu, kenapa aku nak sangat dengar suara dia. Bila aku dengar suara dia, aku jadi happy,”
“Kau dah mula sukakan dia ya?” Azhar mengusik. Hatinya gembira dengan perkembangan itu.
“Entahlah, Har. Kalau aku dengar suara Firapun… Taklah sehappy ni,” Perlahan suara Hakim menerjah telinga Azhar.
“Kau dah jatuh cinta, ya?” Duga Azhar lagi.
“mungkin. Selama ni aku cuba menafikan. Tapi… Makin aku menidakkan, makin menjadi-jadi rindu aku pada dia. Alangkah seronoknya kalau… Dia juga begini. Aku nak tahu perasaan dia padaku, »
« Mana kau nak tahu kalau kau tak selam hati dia, »
« Tapi aku tak tahu macam mana nak memulakannya, »
“Fira macam mana?”
“Entahlah, Har. Aku pun tak tahu nak cakap,” Suara Hakim dalam kepayahan.
Azhar ada mendengar khabar angin, Afira berhubung semula dengan kekasih lamanya. Tapi… Dia tidak berani memberitahu Hakim. Dia tidak mahu dikata perosak rumahtangga orang. Bercinta sakan kahwin baru lima bulan dah bergoyah.
“Kau ajar kelas Mila, kan semalam?” Azhar angguk. “Dia datang kelas tak?”
“Datang, kenapa?”

Apa pendapat anda tentang novel ini?

No comments: