Thursday, November 28, 2019

Apa Yang Orang Lain Tak Buat

Aku sering terpegun dengan apa yang dia lakukan. Rasa syukur pada Allah kerana dikurniakan lelaki yang aku idamkan selama ini. Bukan seratus pratus tapi apa yang dia lakukan, buat aku terharu. Benda-benda remeh je tapi itulah yang menyemarakkan rasa cinta dan kasih sayang. 



Dulu, kawan pernah cakap, “Kalau nak kahwin, cari orang Melaka sebab orang Melaka romantik.”. 

“Ye ke?” Tanyaku kepadanya.

“Betul kak. Contohnya abang ipar saya. Romantik kak. Dari zaman bercinta, sampailah dah ada anak ni, macam tu je dia,”

“Contoh romantik tu?” Tanya saya lagi. 

“Abang ipar saya, dari zaman bercinta sampai sekarang, selalu bawakan beg tangan akak saya.”

“Ye ke?” Aku teruja. 

“Betul kak,” Jawabnya.

“Walaupun di tempat ramai?” Tanya saya ingin tahu. Ada ke lelaki macam tu? Macam dalam novel pulak.

“Betul. Kat shopping complex pun dia yang bawakan,” 

Wow! Amazing! Bukanlah kita nak memperhambakan lelaki. Tapi bila dia buat sesuatu yang sweet, itulah yang akan kita ingat sentiasa walaupun benda yang simple.

Selama aku bercinta, tak pernah ada pasanganku yang bawakan beg tanganku. Mungkin dia orang malu kot. 

Tapi... aku terkejut bila kali pertama keluar dengan abang sebagai pasangan kekasih, abang mengambil beg tanganku dari peganganku lantas membawanya sepanjang kami berjalan-jalan. Kalau aku bawa dua beg iaitu beg tangan dan recycle bag, abang akan bawa mana yang berat. Kalau dia bawa beg laptop, dia akan bawakan beg recycle aku yang sering dipanggilnya beg doraemon. Tapi kalau aku bawa satu beg tangan je, dia akan ambil dan bawa beg tangan aku. Dialah juga yang akan memasukkan begku ke tempat duduk belakang setiap kali nak masuk kereta walaupun dia sekadar menjemputku. 

Perkara-perkara macam ni, sering diambil remeh oleh kaum lelaki, tapi, kalau diamalkan, perkara yang kecil ni, menjadi pengikat kasih sayang. Perempuan akan rasa betapa untungnya dapat pasangan macam ni. Kita akan rasa, bertuah sangat. Lebih-lebih lagi kalau benda tu tak semua orang nak buat. 

Jadi, bukanlah kena tunggu kahwin dengan orang Melaka kalau nak lelaki romantik. Orang Pahang pun romantik jugak. Ia bergantung kepada individu. Kalau yang sebelum ni, pegang beg tangan sekejappun tak nak. Malu katanya. Kalau terpaksa pegang, cepat-cepat nak bagi balik kat aku walaupun masa tu, aku tengah kelam-kabut. So, aku ingat spesis lelaki ni semua sama. Kalau kita nak buat something, terpaksa minta dipegangkan beg tangan, barulah ambil dan pegang.

Thursday, November 21, 2019

Masa Diluangkan Bersama 2

Jalan santai diteruskan lagi dan kali ni, kami melintasi Brand Outlet. Sekali lagi aku bertawakal dan minta singgah sebab nak beli seluar slack. Memang seluar slack ada. Murah pulak tu. Tapi... Aku ni nak kena try lepas tu nak pendapat orang OK ke tak. Kalau tak OK, kena try yang lain. Tengoklah. Kalau mood dia tak OK, nanti aku ajak Amjad la datang sini beli. Dia kata, slack tu OK. Then aku cakap, aku nak beli dan nak try. Tanpa banyak cerita, dia tengokkan saiz slack dan bawa aku ke fitting room. Alamak, seluar ni, kenapa rasa macam tak best. So, aku kena minta tolong dia lagi untuk ambilkan saiz lain. Harap abang tak marah. Abang, sayang bukan nak susahkan abang. Tapi sayang terpaksa. Sayang tak boleh cari sendiri. Sebab tu sayang terpaksa susahkan abang. Aku bagi tahu dia yang aku nak try saiz L. Then dia pergi carikan saiz L. Salah cutting la pulak. Kena susahkan dia lagi. Aku cakap kat dia, salah jenis seluar. Then dia pergi ambil yang lain. Bila dah try, aku minta pendapat dia. Senang je nak suruh dia tengok sebab dia ada je kat luar fitting room tu. Dia kata besar sangat. Lagi elok yang M sebab terletak pada aku. Lepas tu aku nak try balik yang M tadi. Akhir sekali, aku pilih slim fit saiz M. Kami pun meneruskan perjalanan santai kami. Sebenarnya, aku rasa lapar sangat masa jalan-jalan tu. Tapi, rasa sayang nak ganggu waktu ini. Takut jugak kalau dia tak nak makan. Tak apalah. Balik nanti aku masak maggie. Sampai kat stesen Ara Damansara, "Eh, sayang ni tak nak makan ke?" Tanya dia padaku. Mungkin dia baru teringat. "Sebenarnya, sayang lapar," Jawabku perlahan. "Laaa... Kenapa tak cakap?" Tanyanya kalut. "Abang tak tanya pun. Sayang diamlah," Jawabku perlahan bercampur mengantuk sebab pagi semalam aku bangun jam 3.25 pagi then tak boleh tidur. Jadi aku rasa mengantuk sangat. "Laaa... Perut sayang, sayang yang rasa lapar, sayang kenalah bagi tahu. Abang mana tahu perut sayang." Aku diam. "Nak makan kat mana ni? Kalau cakap tadi kan senang nak makan," Aku diam lagi. Bimbang dimarahi. Sudahnya, bungkus makanan kat kedai mamak. Begitulah kisah pertemuan kami semalam. Abang tahu tak, masa bersama abang tu cukup bermakna bagi sayang? Sayang faham, abang tak boleh jumpa sayang selalu. Tapi, sayang suka sangat bila abang ada satu masa at least sekali seminggu untuk sayang. Masa macam malam tadi. Masa yang abang relax bersama sayang. Tak terkejar-kejar. Masa yang sayang rasa memang abang peruntukan untuk sayang. Sayang tak rasa yang sayang berkongsi masa abang.

Masa Diluangkan Bersama

Malam tadi, kami meluangkan masa bersama. Bersiar-siar di Sunway Piramit. Hari tu abang kata, Selasa nak park kat Subang. Tapi tak jadi. So, postpone ke hari Khamis. Aku tak mengharapkan yang lebih-lebih. Bimbang kecewa untuk ke sekian kalinya. Jadi, aku beranggapan, dia sekadar ingin bertemu, hantar aku balik dan dia pun pulang. Ya. Kalau aku harap dia nak luangkan masa bersama aku, kalau tak berlaku, bila dia balik, aku yang nangis sorang-sorang seperti dua minggu lepas. Oleh itu, biarlah aku jaga hati aku sendiri sebab tak akan ada orang yang nak jaga hati aku. Aku pun merancang nak buat itu dan ini. Petang semalam, dia teks aku, tanya apa plan untuk hari ni? Plan? Plan apa? Memang aku tak ada jawapanlah sebab plan aku kat rumah. Aku tanya dia, dia suka buat apa? Dia kata, dia suka lepak-lepak. Hmmm... Sebenarnya kesukaan kami berbeza. Kalau aku, aku suka keluar jalan-jalan kat shopping complex, tengok-tengok barang, window shopping, main bowling. Tapi dia tak suka semua tu. Fikir punya fikir, aku buntu. So, aku diam. Aku dah bersedia untuk dimarahi sebab tak ada plan. So, balik tu, aku mandi siap-siap. Sebab kalau dia marah, dia akan jumpa aku kejap je. Jadi kalau aku dah mandi, bolehlah aku duduk melepek atas katil dan bersedih sorang-sorang, nangis. Dah banyak kali kena marah. Apa yang aku buat, ada je salah. Apa yang aku minta, ada je yang tak kena. Mungkin aku yang tak faham cara orang. Tak apalah. Makanya, bersedia jelah untuk dimarahi atau permintaan yang tidak ditunaikan. Aku perlu lebih berhati-hati. Maka hasilnya, bila bertemu, aku terlalu berhati-hati sampai aku rasa, aku tidak lagi menjadi diriku sendiri. Tak apalah. Asalkan pertemuan ini tenang dan dia happy. Aku? Aku tak penting. Seperti yang dia mahu, aku perlu jaga hatinya, pentingkan dia dulu. Aku ni, tak apalah. Dah biasa sedih, dah biasa terasa dan makan hati. Bila dia tanya apa plan? Aku dah tunggu dah, dah bersedia untuk dimarahi. Aku cakap tak ada plan. Kalau ada pun, mesti dia tak suka. Dia kata, cakap dulu. Sebenarnya aku hanya ada, tengok wayang, pergi Ikea tengok perabot tak pun jalan-jalan kat mall. Alhamdulillah, dia setuju untuk tengok wayang. Memandangkan jam, kami pun naik LRT dan tukar BRT untuk ke Sunway Piramit. Sampai kat sana, tak ada pulak cerita yang dia suka. Sebenarnya, aku sekadar nak habiskan masa dengan dia. Cerita apapun aku tak kisah. Janji, dia nak tengok. Bila semua cerita dia kata tak best, Aku fikir, kejap lagi mesti dia ajak balik. Tapi tidak, dia mahu bersiar-siar sambil cuci mata. Itu pun memadai bagi aku. Janji, aku dapat luangkan masa dengan yang tersayang. Tapi, memang tak dapat dinafikan, sikap berhati-hati aku tinggi. Hingga aku rasa, aku tak bebas bercakap dan perlakuanku terbatas. Rasa rimas pun ada. Tak apalah. Janji tak bergaduh. Aku dah penat. Dia nak jalan-jalan dengan aku habiskan masa pun dah syukur alhamdulillah. Kalau birthday aku dia buat semua ni, pasti senyum tak lekang di bibir aku masa tu. Dahlah, jangan ingat pasal birthday. Sebab, setiap kali aku ingat pasal birthday aku, aku pasti rasa sedih, rasa nak nangis. Sampai ke saat ni. Aku tak minta lebih-lebih. Aku nak masa bersama di hari bermaknaku. Tu je. Masa jalan-jalan tu, dia bacakan aku setiap kedai yang kami lalui. Ada satu kedai baju ni, dia cakap, baju tu comel-comel semuanya. Semua saiz aku je. Tak ada yang besar. Dengan teragak-agak, aku minta nak masuk tengok kedai baju tu. Tanpa banyak cakap, dia menurut. Kami melihat-lihat baju yang dipamerkan. Dalam aku berhati-hati tu, jatuh pulak baju yang bergantung. Ingatkan dah nak kena marah dah. Tapi dia cakap, kalau nak apa-apa cakap, biar dia yang ambilkan.

Tuesday, November 12, 2019

Pakaikan Tali Pinggang Keledar

Post kedua untuk hari ni. Suka hatilah nak post berapa kalipun. Kan blog aku. Apabila seorang perempuan meminta lelaki yang dicintainya melakukan sesuatu, bukanlah bermaksud dia mahu memperhambakan lelaki tersebut. Jauh sekali tidak hormat kepadanya. Apabila permintaan kita ditunaikan, Rasa kasih sayang tu segera je mengalir sejuk ke dasar hati. Salah satu daripada permintaanku adalah dipakaikan serta dibukakan tali pinggang keledar. Bukan niat mahu memperhambakannya. Sebenarnya, aku cuba melupakan masa silamku. Cuba untuk meletakkan orang yang aku cintai lebih istimewa dari yang sebelumnya. Kenapa? Apabila diperlakukan begitu, aku rasa sungguh istimewa. Perlakuan ini sering aku ingat tatkala menaiki kenderaan sebab tak ada orang pernah buat benda ni melainkan dia. Setelah kami berpisah, aku selalu berharap agar aku tidak lagi mengingatinya. Selalu mengharapkan kebaikan orang yang ada bersamaku mampu membuat aku lupa segala-galanya tentang dia. Aku ingin lupakan segala-galanya tentang dia. Tentang apa yang pernah dilakukan padaku sama ada baik atau buruk. Kerana apa? Orang yang ada denganku sekarang adalah rialitiku, masa depanku. Dan aku mahu merasakan orang yang ada denganku sekarang adalah yang terbaik. Yang paling istimewa.

Down

Hari ni, aku rasa down. Rasa down sangat. Masalah kat tempat kerja. Susah kalau berurusan dengan orang yang tak professional ni. Rasa tak ada mood nak buat event hujung minggu ni. Aku rasa sedih sangat. Benda yang tak ada isu, jadi isu. Semata-mata kerana dia tak boleh jadi secretariat aku. Sebenarnya bukan sebab tak dapat jadi secretariat. Semua berebut nak jadi secretariat aku sebab ada elaun. Tu je. Dan aku takkan pilih orang yang tak buat kerja dan akan menyusahkan aku, yang duduk saja datang nak mengarah. Bukan nak buat kerja. Tapi, dengan peristiwa yang berlaku, buat aku jadi lemah. Jadi down. Tapi aku tak boleh tunjuk depan staff aku, depan secretariat bawah aku. Nanti dia orang pun jadi down. Sedangkan, para peserta dari Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, semuanya call aku dengan ceria, nak datang event, nak jumpa aku. Ada yang dah siap cakap nak belanja aku sarapan pagi. Ada yang dah siap beli barang untuk aku tanda penghargaan, ada yang dah cakap nak belikan aku buah tangan. Semua tu buat aku rasa bersemangat untuk buat yang terbaik untuk dia orang. Memang excited nak jumpa. Maklumlah, jauhkan, so sesekali dapat jumpa, seronok. Event macam nilah nak beramah-mesra. Tiba-tiba jadi macam ni hanya kerana tak puas hati. Dengan siapa aku nak share ni? I need someone to talk. I need someone untuk dengar luahan ni. Someone untuk bagi semangat kat aku yang tengah down ni. Event tiga hari je lagi. Abang? Baru je nak baik. Karang aku cerita-cerita, dia salahkan aku. Lepas tu aku terasa. Pas tu aku marah, dia pun marah. Then gaduh lagi. Aku penatlah. Sudahnya, kena simpan ke??? Stress!!!!!!!!!!

Wednesday, November 6, 2019

Dugaan Allah Datang Lagi

Mungkin betul kot orang cakap, kalau kita niat nak kahwin, memang Allah tu akan uji hubungan kita. Bukan setakat ujian melalui pasangan tu sendiri tapi termasuk ujian dari luar. Aku rasa, aku diuji dari kedua-duanya. Makin lama, sikap dia makin lain. Apa yang lain? Tu kena buat entri lainlah. Yang keduanya, Allah datangkan seseorang untuk menguji sekuat manakah rasa cintaku pada si dia dalam situasi begini. Situasi sikap dia pun menguji kesabaranku. Adalah sorang mamat ni, baru-baru ni, dia call aku atas urusan rasmi. So, macam biasalah. Aku mestilah layan orang dengan baik kalau dah berurusankan? Dia tu sebenarnya kawan aku. Tapi bukan selalu contact macam mamat puaka office aku ni. Then, mulai dari hari tu, rajin pulak dia text aku. Aku cuma jawab apa yang dia Tanya. Kalau lebih-lebih, aku stop. Prinsip aku, aku tak suka mainkan hati orang. Aku pernah rasa macam mana sakitnya dipermainkan. So, insya-Allah, aku takkan buat orang macam tu. Aku tak nak bagi harapan palsu kat orang. Then semalam, dia text cakap pasal program. Aku sampai rumahpun dah lewat sebab masa nak balik tu terjumpa Yaya, operator office aku dan kami bersembang. Leka-leka, lewatlah gerak pergi stesen. Aku memang nak cepat sebab nak Maghrib dan ada kelas mengaji. Si Aishah pun sama. Masa aku nak cepatlah baru nak Tanya itu dan ini. Nampak macam panjang je dia orang ni, aku cakaplah, "OKlah. saya nak Maghrib lepas tu nak pergi mengaji." Dengan harapan, dia orang termasuk mamat tu tak text aku dah. "OK. Malam ni calling ek," Text dari mamat tu. Aku diam. Malas nak layan. Takkan nak bersembang malam-malam dengan dia? Kalau sebelum ni memang selalu call dan sembang, OK la. Tapi tiba-tiba je. Masa tu, aku teringat. Aku suka sangat bila abang call aku. Tapi abang tak nak call aku. Mungkin ni Allah uji. Allah datangkan lelaki lain untuk memenuhi kemahuanku untuk melihat kekuatanku melawan semua ni. Balik mengaji, aku baca text yang masuk. Ada text dari mamat tu, "hati-hati sayang." Hah? Salah send kot. "Salah send ke?" Tanyaku kepadanya. "Nope. for you la," Gila! Jangan layan! Entah-entah saja nak mainkan aku. Pada hal aku pernah cakap yang aku ada seseorang. Kalau dari dulu dia ada hati kat aku tu, aku fahamlah susah nak lupa. Ni, saja nak cari penyakit ni. Dan malam tadi, aku sibuk membaca group whatsapp Tupperware aku. Then aku up status Whatsapp dan Facebook tentang barang kesukaan aku tu. Then, ramailah kawan-kawan text aku pasal benda tu. Termasuklah si puaka office aku ni. Kalau dah dua-dua riuh, lamalah kami duk buat review pasal Tupperware ni. Ni belum masuk memasing mempuakakan masing-masing. Pagi ni, seawall pukul 6.00 pagi dia dah text aku, "Assalammualaikum, morning...." Entah apa-apa dia komen status western food aku semalam. "Malam tadi, tidur awal ke?" Tanyanya. "Tak adalah. chatting dengan kawan-kawan."Dengan harapan dia faham, yang aku tak nak berbual dengan dia. "Saya tunggu awak. Kalau tahu, saya call malam tadi," Aku diam. Malas nak komen. "Dah bersiap nak pergi kerja?" Diam jelah. Sengaja baca lewat text tu. "Hati-hati dan semoga dipermudahkan semua urusan hari ni." Tak jawab, dia tu kawan. Jawab nanti kata melayan. Tak jawab kata sombong. "TQ". Aku terus offline. Hadoi, serba salah kalau kawan sendiri yang buat macam ni. "My pleasure," Lantak kaulah. Dah, jangan text aku. Malas aku nak layan. Boleh tak kalau text aku tu, macam kau text kawan kau? Macam selalu bila ada urusan? Demi membacakan text itu, aku terus text abang. Dengan harapan, abang akan lebih romantic dari dia. Supaya ia lebih menguatkan hati aku untuk melawan semua dugaan Allah ini. Tapi hampa, layanan abang hambar mungkin masih marah atau merajuk. Tapi kan dah banyak hari. Cukuplah tu. Tak ada kata-kata hati-hati sayang, semoga selamat di perjalanan, atau yang sama waktu dengannya untuk bekalan aku ke pejabat. Malah bila aku tiba di pejabat, aku beritahu abang "sampai," kalau ikut nada percakapan, sampai tu dengan girang aku beritahu untuk memadankan rasa sedih abang tak cakap apa-apa masa aku nak pergi kerja tadi. Tapi, sekali lagi, aku hampa. Abang tak balas apa-apa meskipun dia membaca text aku. Tak apalah. Allah uji. Fikirku dalam hati. Aku berdoa supaya hatiku kuat melawan semua dugaan. Abang tahu tak, sayang sayang sangat kat abang. Sambutlah cinta kasih sayang ni, abang. Jangan dibiarkan ia tidak bersambut. Sayang hulurkan pada abang. Bukan pada orang lain.

Pesanan Buat Yang Merajuk

rajuk, marah, terasa dan cemburu pasti takkan boleh dielakkan bila kita berhubungan dengan seseorang. Sebab, perasaan kita tu dekat sangat dengan dia. So, kalau sikit yang dia buat, dia cakap, kita cepat je nak marah, nak merajuk, nak cemburu, nak terasa. Boleh, bukan tak boleh. Tapi, berpada-padalah. Kadang-kadang, apa yang dia buat tu, sebab kita jugak. Dan, kalau marah dan merajuk tu tak perlulah panjang-panjang sampai sehari dua, seminggu, sedangkan, pasangan kita tu sebenarnya terasa hati dengan sikap kita jugak. Tapi, dia tahankan je. Dia control perasaan dia supaya dia tak marah lama dan tak merajuk jugak. Dahlah pasangan kita merajuk kita buat tak layan. Kononnya, benda macam tu pun nak merajuk, salah sendiri. Pujuklah diri sendiri. Kalau pasangan kita nak bagi ayat macam ni kat kita, boleh sangat. Tapi sebab dia tu nak jaga hati korang, so, dia sabar je bila korang merajuk. Geram-geram pun, dia cakap dalam hati. Dahlah dia merajuk korang tak nak pujuk. Bila korang merajuk, korang tahu pulak nak dia pujuk. Bukan setakat pujuk, nak dia pujuk bermati-matian, sampai korang puas hati. Adilkah macam tu? Cuba korang letak diri korang kat tempat dia. Apa korang rasa. Dia pujuk, korang buat bodoh. Buat tak layan. Yang dia, fikir macam mana nak bagi elok hubungan. Macam mana nak baikkan korang. Kalau Korang, nak ke korang buat macam tu? Rasa macam tak dihargaikan? Rasa macam korang je yang terhegeh-hegeh. Tak sampai sehari, korang dah meradang. Dan buat lantakkan dia. Lama-lama korang mesti rasa bosankan? Korang fikirlah sendiri. Bila dia marah pulak, korang marah dia balik. Kononnya dia tu salah, korang je yang betul. Tapi bila korang marah, korang paksa dia suruh terima apa yang korang cakap, apa yang korang buat. Korang kata, itu yang terbaik. Tanpa bagi ruang pada dia untuk bersuara dan luahkan apa yang dia rasa, isi hati dia. Kalau dia cakap, korang kata, dia menjawab, melawan. Sekali lagi, cuba korang letak diri korang kat tempat dia. Apa korang rasa? Adil ke? Kesimpulannya, boleh je nak marah, merajuk, cemburu dan terasa. Cuma, biar berpada-pada. Hari pertama pasangan korang pujuk korang, dia pujuk dengan ikhlas. Dengan rasa penuh kasih sayang. Walaupun sebenarnya dia yang terasa dengan korang. Hari kedua, Dia dah mula rasa semacam. Tapi sebab sayangkan korang, dia ikutkan jugak. Hari ketiga, diapun dah mula nak marah. Sebab rasa tak dihargai apa yang dia buat. Lebih-lebih lagi kalau sebenarnya dia yang merajuk, lepas tu korang twis jadi korang yang merajuk. Jangan bangga dengan kebolehan korang yang pandai twis tu sebab itu adalah perosak hubungan sebenarnya. Maka, fikir-fikirkanlah.

Monday, November 4, 2019

Macam Yang Aku Pernah Cakap

Sekali lagi. Aku baru je dalam proses pemulihan hati. Dah bagi aku rasa yang tak sedap. Wahai kaum lelaki, korang ingat perempuan ni suka-suka ke nak cemburu? Sakit tau tak??? Tapi, itu lumrah manusia terutamanya perempuan. Tapi korang ni, bila perempuan cemburu marah. Habis tu kenapa korang buat perempuan cemburu??? Kalau korang nak berpoligami, belajarlah dari Rasulullah, baca sirah. Baca akhlak Rasulullah bagaimana menangani isteri-isterinya cemburu. Banyak riwayat bercerita tentang cemburu isteri Rasulullah terutamanya Aishah yang sering dilanda cemburu. Tapi Nabi tak pernah marahpun. Dengan kebijaksanaan, baginda menangani cemburu Aishah baik dan lemah-lembut sampai terubat hati Aishah. Tapi korang? Korang bila perempuan cemburu je marah tak tentu pasal. Rasulullah hanya marah apabila Aishah mencela madunya. Kalau cemburu, rasulullah tak pernah marah. Belajarlah bab tu. Cemburu tu sakit. Kalau tak diubati, sampai ke malamlah sakitnya. Malah, sampai bila-bilapun kita ingat. Aku nak lupakan semua yang aku terasa. Nak lupakan birthday yang orang tak ada dengan aku, nak lupakan orang marah aku sebab aku minta dia buat apa yang aku suka. So, janganlah tambah dengan rasa cemburu ni. Awak jugak yang tak suka saya cemburu. So, janganlah buat. Ni bukan kali pertama benda ni jadi. Kalau aku ulang kesilapan yang sama tahu nak marah. Tapi kalau dia ulang, tak apa ke? Dulu pernah gaduh pasal hal ni. Takkan tak ingat? Apapun alasannya, elakkan dari bagi ayat buat aku cemburu. Dahlah call pagi tak nak. Aku dah sampai office, tak ada pun dapat text bagi tahu yang dia nak gerak ke office. So, dengan rasa kasih sayang, nak tahu di mana keberadaan orang yang kita sayang, aku text dia, "Nak gerak tak cakap pun?" Ni aku bagi text Kalau aku cakap, aku Tanya ni dengan manja OK. Bukan marah atau tak puas hati. "Nak gerak ke stesen. Minta dihantarkan." Untuk orang yang tak alami apa yang aku alami, ayat tu biasa. Tak ada salahnya pun. Tapi bagi mereka yang ada di tempat aku? Sebenarnya nak cakap apa ni? Nak cakap sedang bermanja ke? Nak bagi tahu yang sedang berbahagia? Masa tengah berbunga-bunga? Tak salah nak rasa semua tu, dah suami-isteri kan. Tapi simpan sendiri jelah. Tak payah nak cerita kat aku. Aku pun selalu mendoakan yang baik-baik. Tak adapun nak suruh bergaduh memanjang. Sebab aku datang dengan niat yang ikhlas bukan nak runtuhkan rumahtangga orang. Cemburu tu lumrah. Saidatina Aishah yang dijamin syurga pun cemburu. Jadi siapa aku untuk terkecuali daripada perasaan tu??? Fikirlah sikit. Masa dah tak banyak dengan aku. Call pun tak, jumpapun strick ikut peraturan, seminggu sekali je. Tak boleh lebih. Kalau lebih tu jarang sangat. Tapi ada ke aku merungut? Tak adakan? Aku ikut je. Walaupun ada masa-masanya, aku nak sangat jumpa. Tapi aku faham kedudukan aku. Aku tak berhak. Nak jumpa bilapun aku tak pernah cakap kecuali ditanya. Nak pergi manapun aku tak cakap kecuali ditanya dan ada tempat yang aku terpaksa pergi. Lebih kurang 12 jam sehari kalau tak termasuk waktu tidur, lebih kurang 4 jam sehari masa diluangkan kat sana tak termasuk hari cuti 24 jam. Untuk aku? empat jam seminggu pun belum tentu. Dan again, aku faham siapa aku. Cuma, aku minta jaga hati aku seperti mana hatinya nak dijaga. Makin lama, masa untuk aku makin kurang. Dulu kata, masa banyak untuk aku. Sembang pagi dan petang dah berapa jam. Sekarang dah tak ada. Dah dipotong. Dan aku tak ada pilihan, aku kena terima semua tu. Takkanlah dalam bab ni pun tak boleh faham? Kan lebih baik kalau ayat tu diubah, "Nak gerak ke stesen. Abang tak drive hari ni." Automatik aku faham. Then kalau aku nak kepastian, aku sendiri akan Tanya. Karang kalau cakap, tak boleh, marah. Tapi suka buat orang terasa, cemburu. Simple je. jangan cakap benda-benda yang menimbulkan rasa cemburu dan buat aku terasa. Lagipun, aku tak boleh buat benda tu kalau dengan aku. Aku tak boleh hantar pergi stesen. So, jangan cerita apa yang orang lebih dari kita. Cemburu atau tidak seorang perempuan, bergantung kepada lelaki. Cemburu atau tidak seorang lelaki, bergantung kepada perempuannya. Sudah Teja, jangan nangis, kejap lagi ada staff meeting. Nanti ada yang bertanya.

Sunday, November 3, 2019

Rasa Sebak Dan Terharu

Rintitan rasa rindu padanya, aku text bagi tahu yang aku ingat kat dia. Nak cakap rindu, sayang tu belum lagi. Mungkin hati aku ni dalam proses pemulihan. 



Dia tanya aku buat apa hari ni? “Kemas rumah.” Jawabku ringkas. Bimbang hati dilukai jadi biarlah ringkas-ringkas je. At least, ada jugak aku text dia. Karang marah pulak.


Dia jawab, “Nanti abang nak pergi DIY, nak tengok flash sayang ye,” Sekonyong-konyong hati jadi sebak dan terharu. Dalam kesibukan dia melayan orang-orang di depan matanya, masih lagi ingat akan masalah aku. 


Thanks abang.

Cinta Itu Gila

Cinta itu memang gila. 



Ke aku yang gila?


Ke hati aku yang gila? 


Ke perasaan aku yang gila? 


Kalau dinihari semalam aku sedih kerana terasa perasaanku diketepikan, lewat pagi tadi mengejutkan aku lalu hati diterpa rasa rindu yang mendalam padanya. 


Benarlah kata ustaz masa kursus kahwin hari tu, tak susah manapun nak hidupkan rasa kasih sayang di hati perempuan, buat baik padanya, berlemah-lembut, cakap baik-baik, tunjukkan kasih sayang, lafazkan kasih, rindu dan sayang, insya-Allah, terubatlah hati perempuan kerana fitrah perempuan ingin disayangi, dibelai, dimanja dan perlukan perhatian.


Bukan susahpun nak buat aku sayang dan melayan orang dengan lemah-lembut terutamanya orang yang aku sayang. Kalau dia lemah-lembut, cakap baik-baik, tak adalah aku buat perangai walaupun bukan 24 jam ada depan mata aku. 


Semalam, dia text, tanya aku buat apa? Lepas tu gurau-gurau cakap dengan aku. Sejuk rasa hati. 


Sayang sayang abang. Abang tak perlu tunjukkan keegoan abang pada sayang, marah sayang berlebih-lebihan dan lama. Sebab itu akan menjauhkan sayang dari abang. Jika abang berlemah-lembut, tegur sayang dengan baik, itu akan membuatkan sayang jadi seorang yang taat tanpa melawan. Dengan lemah-lembut, tanpa keegoan, sayang tahu abang untuk dihormati dan dijaga hatinya. Tapi dengan kekerasan, ia akan menawarkan hati sayang buat abang. 


Mungkin, abang rasa, dengan kekerasan, ego dan paksaan, sayang ikut apa yang abang nak. Tapi sebenarnya, abang sedang menghalau sayang jauh dari abang. Kalau sayang ikut pun, bukan ikhlas dari hati. Tapi terpaksa. Bila terpaksa, ikhlas tiada. Itu yang akan buat sayang sering memberontak dan menjawab. 


Bila abang baik-baik dengan sayang, abang tak suruh pun sayang akan buat. Bukan sayang tak tahu apa yang abang suka. Tapi bila abang kasar-kasar dengan sayang, sayang malas nak buat. Sayang jadi tak ada mood. Buat ala kadar je supaya abang tak marah. 

Saturday, November 2, 2019

Tiba-tiba Rasa Sedih

Tiba-tiba teringat kepada peristiwa yang berlaku dua minggu lepas, semasa pulang dari JB. Rasa sedih segera menerpa. Tangis pun berguguran. Aku bukan seorang pemendam. Maka sebab itulah bila dipaksa jadi pemendam, maka hatiku memberontak dan aku akan ingat peristiwa tu. Aku tak boleh nak lupa macam selalu. Selalunya bila aku marah atau sedih, dan aku luahkan, perasaan itu akan pergi. Lepas tu, aku akan lupa semuanya seolah-olah perkara tu tak pernah berlaku. 



Dia nak aku buat semua yang dia suka. Tapi kebanyakan kesukaanku, dia enggan melakukannya. Adilkah? Bukan ke dalam sesebuah hubungan tu kita kena saling memahami dan memenuhi keperluan terutamanya keperluan emosi pasangan? Itu yang aku belajar minggu lepas dalam kursus kahwin.


Dia selalu cakap, kalau aku jaga hatinya, dia akan jaga hatiku. Tapi tak banyakpun yang berubah bila aku jaga hatinya. Malah, setiap kali aku cuba jaga hatinya, ada je benda yang melukakan hatiku atau yang buat aku cemburu atau terasa.


Aku cuba, cuba untuk buat apa yang dia suka. Sebab benda tu senang dan mudah. Dan aku selalu buat pun sebelum ni. Hari-hari. Contohnya, bagi tahu setiap kali nak keluar dan sampai kat tempat tu. Kalau sekali tak buat, mulalah lain macam, nak marah. Tapi sepanjang minggu ni, tak ada sekalipun dia call aku. Sedangkan dia tahu, aku suka bila dapat berbual. OK la, kalau tak boleh call hari-hari, nak menikmati pemanduan katanya. Tapi takkanlah sesekali tak boleh? Habis apa kesukaanku yang dia boleh buat?


Aku pun ada hati, ada perasaan yang sama macam dia. Ada benda yang aku suka bila pasangan buat. 


Bila aku sayangkan seseorang, aku akan cuba penuhi apa kemahuannya. Akan cuba menggembirakannya, menghiburkan hatinya. Tapi, bila tuntutan emosiku tak dipenuhi... 


Bukan bermakna aku diam, aku lupa semua tu.


Kita tengoklah. Kita penuhi apa yang dia nak. Jaga hati dia. Dan apa pulak yang akan dia buat yang katanya dia akan jaga hatiku bila aku menjaga hatinya.