Thursday, November 21, 2019

Masa Diluangkan Bersama

Malam tadi, kami meluangkan masa bersama. Bersiar-siar di Sunway Piramit. Hari tu abang kata, Selasa nak park kat Subang. Tapi tak jadi. So, postpone ke hari Khamis. Aku tak mengharapkan yang lebih-lebih. Bimbang kecewa untuk ke sekian kalinya. Jadi, aku beranggapan, dia sekadar ingin bertemu, hantar aku balik dan dia pun pulang. Ya. Kalau aku harap dia nak luangkan masa bersama aku, kalau tak berlaku, bila dia balik, aku yang nangis sorang-sorang seperti dua minggu lepas. Oleh itu, biarlah aku jaga hati aku sendiri sebab tak akan ada orang yang nak jaga hati aku. Aku pun merancang nak buat itu dan ini. Petang semalam, dia teks aku, tanya apa plan untuk hari ni? Plan? Plan apa? Memang aku tak ada jawapanlah sebab plan aku kat rumah. Aku tanya dia, dia suka buat apa? Dia kata, dia suka lepak-lepak. Hmmm... Sebenarnya kesukaan kami berbeza. Kalau aku, aku suka keluar jalan-jalan kat shopping complex, tengok-tengok barang, window shopping, main bowling. Tapi dia tak suka semua tu. Fikir punya fikir, aku buntu. So, aku diam. Aku dah bersedia untuk dimarahi sebab tak ada plan. So, balik tu, aku mandi siap-siap. Sebab kalau dia marah, dia akan jumpa aku kejap je. Jadi kalau aku dah mandi, bolehlah aku duduk melepek atas katil dan bersedih sorang-sorang, nangis. Dah banyak kali kena marah. Apa yang aku buat, ada je salah. Apa yang aku minta, ada je yang tak kena. Mungkin aku yang tak faham cara orang. Tak apalah. Makanya, bersedia jelah untuk dimarahi atau permintaan yang tidak ditunaikan. Aku perlu lebih berhati-hati. Maka hasilnya, bila bertemu, aku terlalu berhati-hati sampai aku rasa, aku tidak lagi menjadi diriku sendiri. Tak apalah. Asalkan pertemuan ini tenang dan dia happy. Aku? Aku tak penting. Seperti yang dia mahu, aku perlu jaga hatinya, pentingkan dia dulu. Aku ni, tak apalah. Dah biasa sedih, dah biasa terasa dan makan hati. Bila dia tanya apa plan? Aku dah tunggu dah, dah bersedia untuk dimarahi. Aku cakap tak ada plan. Kalau ada pun, mesti dia tak suka. Dia kata, cakap dulu. Sebenarnya aku hanya ada, tengok wayang, pergi Ikea tengok perabot tak pun jalan-jalan kat mall. Alhamdulillah, dia setuju untuk tengok wayang. Memandangkan jam, kami pun naik LRT dan tukar BRT untuk ke Sunway Piramit. Sampai kat sana, tak ada pulak cerita yang dia suka. Sebenarnya, aku sekadar nak habiskan masa dengan dia. Cerita apapun aku tak kisah. Janji, dia nak tengok. Bila semua cerita dia kata tak best, Aku fikir, kejap lagi mesti dia ajak balik. Tapi tidak, dia mahu bersiar-siar sambil cuci mata. Itu pun memadai bagi aku. Janji, aku dapat luangkan masa dengan yang tersayang. Tapi, memang tak dapat dinafikan, sikap berhati-hati aku tinggi. Hingga aku rasa, aku tak bebas bercakap dan perlakuanku terbatas. Rasa rimas pun ada. Tak apalah. Janji tak bergaduh. Aku dah penat. Dia nak jalan-jalan dengan aku habiskan masa pun dah syukur alhamdulillah. Kalau birthday aku dia buat semua ni, pasti senyum tak lekang di bibir aku masa tu. Dahlah, jangan ingat pasal birthday. Sebab, setiap kali aku ingat pasal birthday aku, aku pasti rasa sedih, rasa nak nangis. Sampai ke saat ni. Aku tak minta lebih-lebih. Aku nak masa bersama di hari bermaknaku. Tu je. Masa jalan-jalan tu, dia bacakan aku setiap kedai yang kami lalui. Ada satu kedai baju ni, dia cakap, baju tu comel-comel semuanya. Semua saiz aku je. Tak ada yang besar. Dengan teragak-agak, aku minta nak masuk tengok kedai baju tu. Tanpa banyak cakap, dia menurut. Kami melihat-lihat baju yang dipamerkan. Dalam aku berhati-hati tu, jatuh pulak baju yang bergantung. Ingatkan dah nak kena marah dah. Tapi dia cakap, kalau nak apa-apa cakap, biar dia yang ambilkan.

No comments: