Wednesday, November 6, 2019

Dugaan Allah Datang Lagi

Mungkin betul kot orang cakap, kalau kita niat nak kahwin, memang Allah tu akan uji hubungan kita. Bukan setakat ujian melalui pasangan tu sendiri tapi termasuk ujian dari luar. Aku rasa, aku diuji dari kedua-duanya. Makin lama, sikap dia makin lain. Apa yang lain? Tu kena buat entri lainlah. Yang keduanya, Allah datangkan seseorang untuk menguji sekuat manakah rasa cintaku pada si dia dalam situasi begini. Situasi sikap dia pun menguji kesabaranku. Adalah sorang mamat ni, baru-baru ni, dia call aku atas urusan rasmi. So, macam biasalah. Aku mestilah layan orang dengan baik kalau dah berurusankan? Dia tu sebenarnya kawan aku. Tapi bukan selalu contact macam mamat puaka office aku ni. Then, mulai dari hari tu, rajin pulak dia text aku. Aku cuma jawab apa yang dia Tanya. Kalau lebih-lebih, aku stop. Prinsip aku, aku tak suka mainkan hati orang. Aku pernah rasa macam mana sakitnya dipermainkan. So, insya-Allah, aku takkan buat orang macam tu. Aku tak nak bagi harapan palsu kat orang. Then semalam, dia text cakap pasal program. Aku sampai rumahpun dah lewat sebab masa nak balik tu terjumpa Yaya, operator office aku dan kami bersembang. Leka-leka, lewatlah gerak pergi stesen. Aku memang nak cepat sebab nak Maghrib dan ada kelas mengaji. Si Aishah pun sama. Masa aku nak cepatlah baru nak Tanya itu dan ini. Nampak macam panjang je dia orang ni, aku cakaplah, "OKlah. saya nak Maghrib lepas tu nak pergi mengaji." Dengan harapan, dia orang termasuk mamat tu tak text aku dah. "OK. Malam ni calling ek," Text dari mamat tu. Aku diam. Malas nak layan. Takkan nak bersembang malam-malam dengan dia? Kalau sebelum ni memang selalu call dan sembang, OK la. Tapi tiba-tiba je. Masa tu, aku teringat. Aku suka sangat bila abang call aku. Tapi abang tak nak call aku. Mungkin ni Allah uji. Allah datangkan lelaki lain untuk memenuhi kemahuanku untuk melihat kekuatanku melawan semua ni. Balik mengaji, aku baca text yang masuk. Ada text dari mamat tu, "hati-hati sayang." Hah? Salah send kot. "Salah send ke?" Tanyaku kepadanya. "Nope. for you la," Gila! Jangan layan! Entah-entah saja nak mainkan aku. Pada hal aku pernah cakap yang aku ada seseorang. Kalau dari dulu dia ada hati kat aku tu, aku fahamlah susah nak lupa. Ni, saja nak cari penyakit ni. Dan malam tadi, aku sibuk membaca group whatsapp Tupperware aku. Then aku up status Whatsapp dan Facebook tentang barang kesukaan aku tu. Then, ramailah kawan-kawan text aku pasal benda tu. Termasuklah si puaka office aku ni. Kalau dah dua-dua riuh, lamalah kami duk buat review pasal Tupperware ni. Ni belum masuk memasing mempuakakan masing-masing. Pagi ni, seawall pukul 6.00 pagi dia dah text aku, "Assalammualaikum, morning...." Entah apa-apa dia komen status western food aku semalam. "Malam tadi, tidur awal ke?" Tanyanya. "Tak adalah. chatting dengan kawan-kawan."Dengan harapan dia faham, yang aku tak nak berbual dengan dia. "Saya tunggu awak. Kalau tahu, saya call malam tadi," Aku diam. Malas nak komen. "Dah bersiap nak pergi kerja?" Diam jelah. Sengaja baca lewat text tu. "Hati-hati dan semoga dipermudahkan semua urusan hari ni." Tak jawab, dia tu kawan. Jawab nanti kata melayan. Tak jawab kata sombong. "TQ". Aku terus offline. Hadoi, serba salah kalau kawan sendiri yang buat macam ni. "My pleasure," Lantak kaulah. Dah, jangan text aku. Malas aku nak layan. Boleh tak kalau text aku tu, macam kau text kawan kau? Macam selalu bila ada urusan? Demi membacakan text itu, aku terus text abang. Dengan harapan, abang akan lebih romantic dari dia. Supaya ia lebih menguatkan hati aku untuk melawan semua dugaan Allah ini. Tapi hampa, layanan abang hambar mungkin masih marah atau merajuk. Tapi kan dah banyak hari. Cukuplah tu. Tak ada kata-kata hati-hati sayang, semoga selamat di perjalanan, atau yang sama waktu dengannya untuk bekalan aku ke pejabat. Malah bila aku tiba di pejabat, aku beritahu abang "sampai," kalau ikut nada percakapan, sampai tu dengan girang aku beritahu untuk memadankan rasa sedih abang tak cakap apa-apa masa aku nak pergi kerja tadi. Tapi, sekali lagi, aku hampa. Abang tak balas apa-apa meskipun dia membaca text aku. Tak apalah. Allah uji. Fikirku dalam hati. Aku berdoa supaya hatiku kuat melawan semua dugaan. Abang tahu tak, sayang sayang sangat kat abang. Sambutlah cinta kasih sayang ni, abang. Jangan dibiarkan ia tidak bersambut. Sayang hulurkan pada abang. Bukan pada orang lain.

No comments: