Ya Allah, kuatkan aku untuk menghadapi semua ini andai takdirMu, jodohku bersama suami orang. Aku tak pernah meminta untuk berkahwin dengan suami orang. Apatah lagi berdoa. Pastinya doa-doaku yang baik dan indah menurut pemikiranku. Tapi Allah merencanakan yang sebaliknya sesuai dengan pengetahuanNya yang Maha Luas. Tanyalah pada sesiapapun, majoriti takkan mahu menjadi isteri kedua atau tiga atau empat. Tapi kita lemah. Kita tak mampu mencorak masa depan sendiri. Kita hanya mampu berusaha. Penentunya adalah Allah.
Saturday, May 30, 2020
Kenapa Hati Cepat Terusik?
Membelek-belek status orang di Facebook menemukan aku dengan satu status. Status yang mengatakan suami kahwin lagi adalah lelaki yang tidak mengenang jasa isteri yang melahirkan anaknya. Bukankah poligami itu dibenarkan? Orang yang dah berkahwin memang memandang poligami sebagai suatu yang negatif dan menyiksakan. Mereka lupa kepada orang yang belum kahwin macam aku. Yang sangat memerlukan seseorang untuk berkongsi susah dan senang. Bukan semua orang bernasib baik macam dia orang. Dapat kahwin dengan lelaki bujang atau duda.mereka lupa yang jodoh itu milik Allah. Maka Allah akan pertemukan jodoh hambaNya dengan sesiapa sahaja tak kira bujang, duda atau suami orang. Mereka lupa yang suami itu pinjaman Allah. Bukan milik mereka yang mutlak.
Monday, May 18, 2020
Isteri Pertama Je Yang Baik
Sejak akhir-akhir ni, aku sering terbaca di Facebook yang kononnya isteri kedua ni jahat, tak pandai layan suami, nak bersenang-senang je. Last sekali suami kalau susah, akan cari isteri pertama jugak.
Lepas tu ramailah yang komen, isteri pertama teraniaya. Isteri kedua ni jahat. Isteri kedua nak harta je. Bila suami susah cabut lari. Isteri pertama selalu digambarkan baik sangat-sangat, suci murni, teraniaya. Sebaliknya isteri kedua sering dikatakan jahat, tak ada belas kasihan, gila harta.
Korang tahu tak sebenarnya, jahat baik seseorang itu terletak atas individu tu sendiri. Bukan atas title yang dipegang. Kalau dah dia jahat, tak kiralah jadi isteri pertama ke, kedua ke, tetap jahat. Ramai je isteri pertama tu jahat. Yang tak berpoligami pun ramai je isteri jahat. Tapi kalau perempuan tu baik, tak kiralah dia isteri pertama ke, kedua ke, tetap baik. Ramai je isteri kedua tu baik. Tapi korang tak pandang pun kebaikan dia sebab dia isteri kedua. Ramai je isteri kedua yang berkorban itu ini semata-mata nak puaskan hati isteri pertama dan suami. Tapi korang tak nampak pun.
Kalau korang dapat isteri kedua tu jahat, atau madu jahat, bukan salah title. Salah individu tu. Korang tak check latarbelakang dia, tak perhatikan dia sebelum kahwin kenapa? Bila dapat yang jahat, korang main pukul rata semua isteri kedua tu jahat. Lepas tu macam mana korang didik dia?
Poligami tu Allah yang benarkan. Allah nak aniaya hambaNya ke? Tak! Hamba sendiri yang menzalimi diri sendiri. Setiap yang Allah syariatkan tu pasti ada sebab dan ada hikmah.
Wahai para isteri, korang jangan sibuk mengecam orang yang kahwin dengan suami orang. Sebab halal dan tak salah. Korang sedar tak yang suami korang tu pinjaman je. Bukan hak milik kekal. Dia milik Allah, Allah berhak untuk bagi pada sesiapapun walau pun korang dah jadi isteri dia. Memang pedih tapi itulah kenyataannya. Korang fikir orang rampas suami korang. Itu semua jodoh. Tanyalah mana-mana isteri kedua, tiga dan empat. Ada ke dia orang memang nak kahwin dengan suami orang? Majoriti tak nak. Semua orang nak suami tu dia punya sorang. Tapi hati dan cinta manusia ni milik Allah. Allah akan buat apa yang dia rasa sesuai bukan apa yang kita rasa sesuai. Korang asyik cakap, suruh kita orang ni fikir kalau kita orang ada di tempat korang. Tapi korang pernah tak fikir kita orang yang duduk kat tempat ni? Hidup sorang-sorang, tak ada pasangan sedangkan manusia diciptakan dengan fitrah berpasangan dan berkasih sayang. Korang suka ke kalau suami korang buat benda bukan-bukan kat belakang? Aku tahu ramai yang suka janji dia pegang title dialah satu-satunya isteri kepada sang suami. Fikir tak tentang perempuan lain? Lantaklah hidup orang lain. Yang penting aku dah ada suami dan suami tu milik aku sorang. Memang betul ada isteri kedua yang jahat. Tapi bukan semua. Bila suami kahwin lain, suamilah yang jahat, isteri kedualah yang jahat. Korang baik dan teraniaya. Mesti ada sebab kenapa suami kahwin lagi. Kalau suami yang jahat tu yelah, korang teraniaya. Tapi suami yang baik, dia akan cakap, korang tak ada cacat-cela. Korang baik. Dia je yang nak kahwin lagi sebab suka kat orang lain. Kenapa suami cakap macam tu? Sebab suami korang tu sayangkan korang sebenarnya. Dia tahu, dengan kahwin lagi tu dah cukup buat korang terluka. So, dia tak nak tambah kelukaan korang dengan cakap benda macam-macam, complain itu ini. Dia simpan semua kelemahan korang dalam hati sendiri cuma dia kahwin lagi sebab nak melengkapi apa yang selama ni dia orang rasa kurang dan tak lengkap. Selalunya, suami ni akan utamakan isteri pertama walaupun dah kahwin lain. Ni semua ujian. Ujian buat korang, buat suami dan buat isteri kedua sebab syurga Allah itu mahal.
Monday, May 4, 2020
Soalan Diabaikan
Entri ni ditulis, bukan sebab marah, merajuk atau nak bergaduh. Sayang tahu, sayang tak boleh cakap dengan abang terus. Jadi, bila abang baca entri ni, sayang nak abang tahu, sayang tak marah abang. Sayang just share isi hati sayang.
Kadang-kadang sayang pelik. Bila sayang tak tanya abang buat apa sebab sayang dapat agak apa abang buat dan bila abang cakap, sayang akan rasa tak best. Tapi itulah yang abang cakap. Contohnya, macam benda yang berlaku tahun lepas. Tahun ni berulang. Tanpa sayang tanya, abang text sayang “Alhamdulillah, selesai berbuka, Terawih dan tadarus.” Sedangkan, tahun lepas, sayang rasa tak sedap. Lepas tu, abang paksa sayang suruh bagi tahu kenapa. Sayang terpaksa bagi tahu kalau tak abang marah. Sayang pernah cakap, kalau boleh, tak payahlah cerita kat sayang abang bertadarus bagai. Bukan sebab tak suka abang buat kebaikan. Tapi sayang ni tak dapat buat semua tu lagi dengan abang. Mestilah sayang rasa tak sedap. Masa tu, abang OK. Abang minta maaf dan abang cakap, abang takkan ulang lagi benda tu. Tapi beberapa hari lepas or seminggu yang lepas, tiba-tiba, abang text sayang cakap benda yang sama macam tahun lepas. Sayang diam je. Sebab sayang tak nak gaduh. Tapi mungkin abang tak perasan yang sayang diam. Kalau sayang diam, maknanya, sayang tak OK.
Tapi malam ni, bila sayang tanya abang buat apa hari ni? Abang abaikan soalan sayang. Sepatutnya, bila sayang tanya, abang bagi tahu je busy kat rumah. So, sayang faham, abang busy dengan dia orang. Sayang pun takkan tanya lebih. Sayang tak nak tahu pun apa abang buat in detail. Cukuplah sekadar sayang tahu abang busy hal rumah atau hal kerja. Kalau sayang tanya, maknanya, sayang dah sedia untuk terima jawapan abang. Tak kisahlah apapun. Kalau abang abaikan soalan sayang macam tu, lagi buat sayang rasa tertanya-tanya dan fikir bukan-bukan. Dulu-dulu ingat tak? Abang cakap je abang buat apa. Tak ada nak berahsia macam sekarang. Kenapa ye, semakin lama kita berhubungan makin abang nak rahsiakan dari sayang apa yang abang buat.
Bila soalan kita tak diabaikan, kita akan rasa kita ni, something dalam hidup seseorang. Bila orang abaikan soalan kita, kita rasa kita macam bukan siapa-siapa.
Subscribe to:
Posts (Atom)