Saturday, May 30, 2020

Kenapa Hati Cepat Terusik?

Membelek-belek status orang di Facebook menemukan aku dengan satu status. Status yang mengatakan suami kahwin lagi adalah lelaki yang tidak mengenang jasa isteri yang melahirkan anaknya. Bukankah poligami itu dibenarkan? Orang yang dah berkahwin memang memandang poligami sebagai suatu yang negatif dan menyiksakan. Mereka lupa kepada orang yang belum kahwin macam aku. Yang sangat memerlukan seseorang untuk berkongsi susah dan senang. Bukan semua orang bernasib baik macam dia orang. Dapat kahwin dengan lelaki bujang atau duda.mereka lupa yang jodoh itu milik Allah. Maka Allah akan pertemukan jodoh hambaNya dengan sesiapa sahaja tak kira bujang, duda atau suami orang. Mereka lupa yang suami itu pinjaman Allah. Bukan milik mereka yang mutlak. 



Ya Allah, kuatkan aku untuk menghadapi semua ini andai takdirMu, jodohku bersama suami orang. Aku tak pernah meminta untuk berkahwin dengan suami orang. Apatah lagi berdoa. Pastinya doa-doaku yang baik dan indah menurut pemikiranku. Tapi Allah merencanakan yang sebaliknya sesuai dengan pengetahuanNya yang Maha Luas. Tanyalah pada sesiapapun, majoriti takkan mahu menjadi isteri kedua atau tiga atau empat. Tapi kita lemah. Kita tak mampu mencorak masa depan sendiri. Kita hanya mampu berusaha. Penentunya adalah Allah. 

No comments: