Sunday, January 31, 2021

Aku Rindu Kamu

Sayang just nak cakap, sayang rindu sangat kat abang. Tanpa jemu, tanpa pernah terhenti dengan izin Allah. 



Friday, January 22, 2021

Kita Yang Kena Berubah

Kalau aku sedih, terasa hati dengan dia, jauh di sudut hati yang dalam, aku selalu merenung pada diri. Apa yang aku buat sampai keadaan jadi macam ni?


Tangan aku ringan je menaip di keyboard mencari tentang perangai orang lelaki. Cari macam mana nak eratkan semula kasih sayang, cari apa kesilapan perempuan yang lelaki jadi macam tu. 

Kalau tak jumpa di google, aku buka Youtube. Cari ceramah agama. Sebab apa? Sebab aku sayang dia. Dia yang aku kenal tak macam masa aku bermasalah. Jadi, mesti ada sebab kenapa dia jadi macam tu. 

Aku suka dengar ceramah Ustaz Hanan Attaki dari seberang. Ceramahnya sering buat aku menangis keinsafan. Menangis mengenangkan diri yang jahil sampai melukai hati insan yang amat aku sayangi.

Antara banyak-banyak ceramah yang aku dengar, termasuk juga ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam kelakar, membuatkan aku sentap. 

Betapa banyaknya salah aku. 

Betapa kesabaran itu perlu dalam hidup berpasangan lebih-lebih lagi aku sebagai seorang wanita. Mungkin sebab tulah Allah hantar dia kepadaku. Untuk mengajar erti kesabaran.

Paling aku ingat, Ustaz Hanan Attaki cakap, kalau kita nak pasangan kita berubah, kita kena berubah dulu. Memang sukar untuk kita berubah kalau kita mahu mempertahankan ego kita. Tapi tak susah untuk berubah kalau kita sayangkan pasangan kita dan kita tahu, kita sedar diri yang kita ini hamba Allah yang lemah. Tak ada apa yang perlu kita pertahankan tentang ego kita. 

Semuanya perlukan kesabaran. Dan, aku cuba untuk baiki diri. 

Ya Allah, bantu aku Ya Allah untuk jadi yang lebih baik buat dia. Permudahkan Ya Allah niat suci kami dan satukan kami hingga ke Jannah.

Amin. 

Wednesday, January 20, 2021

Conversation Lama

Aku membelek-belek message lama antara aku dan dia. Perbualan kami sentiasa baik. Sentiasa nampak berkasih sayang dan saling memanjakan antara satu sama lain. Saling manja. Sopan dan sejuk hati bila membacanya. Kalau membaca pun dah rasa bahagia, apatah lagi kalau ianya berlaku. 


Sekali lagi aku mencari salah diri. Mencari di mana silapnya aku sehingga situasi begini sudah lama tidak berlaku. Aku cuba untuk cakap yang baik-baik, cuba untuk memaniskan ayat. Tapi kenapa abang macam tak boleh? Adakah kerana aku yang kurang di mana-mana? Adakah kerana tekanan yang diterimanya atau kerana kesibukan kerja? Kalau dulu, dia lambat balas text aku pun, dia mesti cakap “Sorry sayang. Abang...” diikuti dengan keterangan apa yang sedang dia lakukan sehingga lewat membalas text ku. Aku juga begitu. 

Pernah seharian dia tak text aku kerana urusannya di sana. Aku sedih sangat. Then malam tu, dia text aku. Cakap sorry sebab sepanjang hari tu dia sibuk buat itu dan ini. Dia bercerita kepadaku. Tahu tak bagaimana leganya aku rasa? Hati yang bermuram durja terubat. 

Kenapa ye sekarang tak boleh? Kat mana salah aku? Aku cuba bercakap baik, cakap benda-benda yang selalu aku cakap dulu, tapi tak ada respon macam dulu. Kenapa? 

Sunday, January 17, 2021

Maghrib Yang Syahdu

Aku rindu, rindukan dia Ya Allah. Selagi aku boleh tahan, aku akan tahan. Biar menjadi rahsia hatiku. Tapi kalau aku tak tertahan nanti, aku akan jadi macam hari tu.


Rindu ini sangat menyiksakan. Kadang-kadang aku tertanya sendiri, adakah aku dirindui? Kenapa aku tak rasa macam dirindui? 

Ya Allah, aku berserah kalau sekali lagi aku dipermainkan. 

Ya Allah, hanya Engkau Maha Mengetahui hatiku. Setiap kali aku mencintai, tak pernah terlintas sekelumit pun untuk mempermain atau menganiaya orang meskipun dalam keadaan kali ni. Tapi orang, orang selalu mempermainkan aku. Cuma kali ni, aku tak pasti. Adakah hati orang masih lagi padaku? 

Tunggu keputusan mahkamah? Itu aku pun tahu. Tapi yang aku ingin tahu, hati orang terhadapku. Adakah menunggu keputusan mahkamah tu dengan rasa kasih, sayang, cinta dan rindu seperti dulu? Atau sekadar menunggu keputusan mahkamah semata-mata?


Wednesday, January 13, 2021

Hari Yang Tenang

Hari ni, aku rasa tenang. Bila text ku dibalas dengan baik, aku akan senang hati dan tak adalah nak text orang sentiasa. Siap bagi emoji lagi. Then aku rasa balasan tu balasan yang baik. So, aku OK dan aku boleh buat kerja dengan tenang walaupun banyak. Cinta itu ajaib, boleh memusnahkan dan boleh membangkitkan. 


Thanks abang sebab layan sayang dengan baik. Setiap kali layanan baik yang sayang terima, pastinya bercurahan kasih sayang sayang buat abang walaupun sayang tak sering text abang.


Monday, January 11, 2021

Di Mana Kekasih Yang Manja?

Pagi yang hening ini, membuatkan aku teringat pada dua tahun lalu. Saat kami mula-mula berhubungan. Saat tu, aku rasakan semuanya indah. 


Aku rindukan saat-saat itu. Saat dia yang sangat manja. Saat kami masing-masing memerlukan perhatian dan kasih sayang. Masih segar dalam ingatanku bagaimana kami saling merajuk, saling memujuk dan saling takut ditinggalkan.

Masa tu, dia tidak seego sekarang. Marahnya, dapat aku rasakan marah rajuk yang perlukan perhatian. Kami saling memujuk dan merindu. 

Atau mungkinkah orang lelaki ni tak boleh kita terlalu lembut? Masa tu, aku taklah selembut sekarang. Masa tu, aku pun selalu marah jugak. Aku sering pertikaikan kemahuanku yang tidak dipenuhi. Tapi egonya tak seperti sekarang. Tapi kini, saat aku mula berubah menjadi lembut, mula mengorbankan kemahuanku, mula menurut kemahuannya, aku rasa hati dan perasaanku tidak lagi dijaga seperti dulu. Sedangkan, dia pernah kata, kalau aku jaga hatinya, dia akan jaga hatiku. Tapi yang berlaku sekarang sebaliknya. Aku lafazkan rindu pun dimarahinya. Mungkin kerana dia tak mahu aku rindu sampai merosakkan pengajianku. Tapi itulah hakikatnya. Bila aku rindu, aku akan rasa sedih dan aku tak dapat melakukan kerjaku seperti biasa. Bukan semua orang mampu melawan perasaan. Aku takkan jadi macam ni kalau aku rasa semuanya baik-baik saja. Sudah masuk empat bulan kami tidak bertemu. Bukan aku mahu bertemu seharian atau setengah hari. Cukuplah bertemu untuk bertanya khabar dan bercerita. Kalau itu pun tak boleh, mestilah aku rasa risau. Aku rasa seperti ada yang tak kena. Sedangkan sebelum ni dia tak macam tu. Pasti dia mencari masa untuk bertemuku walaupun sekadar menghantar aku dan menemaniku tunggu LRT. Lepas aku naik LRT, dia akan balik. Itu pertemuan paling sekejap pernah berlaku. Tak pun, dia datang ke pejabat bertemuku sekejap. Bukan ke dalam ilmu munakahat juga menganjurkan bakal suami-isteri itu perlu bersua muka dan bertemu dalam suasana yang ditetapkan? 

Sebenarnya rindu itu bukan satu masalah bagiku. Yang membuatkan aku jadi rindu dan sedih adalah keadaan semasa kami. Tambahan pula, kami jarang berkomunikasi. Kalau dulu, tak bertemu pun aku still rasa OK sebab kami selalu bercerita, bertanya khabar. Tapi sekarang, aku je yang bertanya khabar. Kadang-kadang disambut baik. Kadang-kadang, dingin. Kalau dulu, setiap hari kami akan bercakap menerusi telefon. Jadi aku dapat dengar suara dia. Dan aku dapat baca sikap dan perasaannya melalui suara. Aku bukan tak mahu berbincang atau berkomunikasi. Aku cuba, cuba untuk berkomunikasi. Tapi ianya akan membawa kepada perbalahan. Sedangkan aku mahu jernihkan suasana. Tapi bila aku tak cakap, makin lama, keadaan makin teruk. Bila keadaan jadi macam ni, aku, aku yang rasa sedih. Aku yang tak boleh buat kerja, tak boleh study, tak boleh makan dan tak boleh tidur. Tapi dia tak pernah tahu akan hal ni. Aku pun malas nak bagi tahu. Pertama mungkin dia sibuk. Kedua, mungkin dia stress. Ketiga, kalau bagi tahu pun, aku akan dimarahi. Aku cuba mempamerkan yang OK-OK je pada dia. Tapi bila aku terasa hati, aku tak mampu untuk sembunyikan keadaanku sebenar. Itu pun dimarahi juga. Aku harus bagaimana sebenarnya?

Sunday, January 10, 2021

Bersambutkah Rinduku?

Beberapa hari ke belakangan ni, aku diserang rindu. Rindu yang amat sangat. Yang membuatkan aku menangis tatkala dipanah rindu ini. Mata pun mula sakit. Aku tak tahu sama ada rindu ini berbalas atau tidak. Mungkin rindu ini disebabkan sudah lama aku tak bercakap dengannya. Mungkin rindu ini, kerana sudah lama tidak bertemu. 


Aku tak tahu, masih adakah cinta untukku yang tersisa? Aku merasakan kelainan dalam layanannya, dalam textnya. Seolah hambar, tak seperti dulu. Dulu, biarpun sekadar melalui text, aku dapat rasakan yang dia juga merinduiku. Atau, dia cuba untuk melupakan aku dan seterusnya meninggalkanku? Tapi apa salah aku? 

Ya Allah, jangan Kau sia-siakan rindu ini. Aku hanya bergantung kepadaMu untuk mengeratkan kasih sayang ini, mengukuhkan cinta ini. Aku hanya mampu berdoa, mampu berusaha dari jauh, mampu berusaha dari dalam text. Aku tak ada bersamanya. Aku tak ada di hadapannya untuk berusaha lebih gigih menambat hatinya.

Tolonglah Ya Allah, berikan petanda jika aku masih diperlukan.