Aku rindukan saat-saat itu. Saat dia yang sangat manja. Saat kami masing-masing memerlukan perhatian dan kasih sayang. Masih segar dalam ingatanku bagaimana kami saling merajuk, saling memujuk dan saling takut ditinggalkan.
Masa tu, dia tidak seego sekarang. Marahnya, dapat aku rasakan marah rajuk yang perlukan perhatian. Kami saling memujuk dan merindu.
Atau mungkinkah orang lelaki ni tak boleh kita terlalu lembut? Masa tu, aku taklah selembut sekarang. Masa tu, aku pun selalu marah jugak. Aku sering pertikaikan kemahuanku yang tidak dipenuhi. Tapi egonya tak seperti sekarang. Tapi kini, saat aku mula berubah menjadi lembut, mula mengorbankan kemahuanku, mula menurut kemahuannya, aku rasa hati dan perasaanku tidak lagi dijaga seperti dulu. Sedangkan, dia pernah kata, kalau aku jaga hatinya, dia akan jaga hatiku. Tapi yang berlaku sekarang sebaliknya. Aku lafazkan rindu pun dimarahinya. Mungkin kerana dia tak mahu aku rindu sampai merosakkan pengajianku. Tapi itulah hakikatnya. Bila aku rindu, aku akan rasa sedih dan aku tak dapat melakukan kerjaku seperti biasa. Bukan semua orang mampu melawan perasaan. Aku takkan jadi macam ni kalau aku rasa semuanya baik-baik saja. Sudah masuk empat bulan kami tidak bertemu. Bukan aku mahu bertemu seharian atau setengah hari. Cukuplah bertemu untuk bertanya khabar dan bercerita. Kalau itu pun tak boleh, mestilah aku rasa risau. Aku rasa seperti ada yang tak kena. Sedangkan sebelum ni dia tak macam tu. Pasti dia mencari masa untuk bertemuku walaupun sekadar menghantar aku dan menemaniku tunggu LRT. Lepas aku naik LRT, dia akan balik. Itu pertemuan paling sekejap pernah berlaku. Tak pun, dia datang ke pejabat bertemuku sekejap. Bukan ke dalam ilmu munakahat juga menganjurkan bakal suami-isteri itu perlu bersua muka dan bertemu dalam suasana yang ditetapkan?
Sebenarnya rindu itu bukan satu masalah bagiku. Yang membuatkan aku jadi rindu dan sedih adalah keadaan semasa kami. Tambahan pula, kami jarang berkomunikasi. Kalau dulu, tak bertemu pun aku still rasa OK sebab kami selalu bercerita, bertanya khabar. Tapi sekarang, aku je yang bertanya khabar. Kadang-kadang disambut baik. Kadang-kadang, dingin. Kalau dulu, setiap hari kami akan bercakap menerusi telefon. Jadi aku dapat dengar suara dia. Dan aku dapat baca sikap dan perasaannya melalui suara. Aku bukan tak mahu berbincang atau berkomunikasi. Aku cuba, cuba untuk berkomunikasi. Tapi ianya akan membawa kepada perbalahan. Sedangkan aku mahu jernihkan suasana. Tapi bila aku tak cakap, makin lama, keadaan makin teruk. Bila keadaan jadi macam ni, aku, aku yang rasa sedih. Aku yang tak boleh buat kerja, tak boleh study, tak boleh makan dan tak boleh tidur. Tapi dia tak pernah tahu akan hal ni. Aku pun malas nak bagi tahu. Pertama mungkin dia sibuk. Kedua, mungkin dia stress. Ketiga, kalau bagi tahu pun, aku akan dimarahi. Aku cuba mempamerkan yang OK-OK je pada dia. Tapi bila aku terasa hati, aku tak mampu untuk sembunyikan keadaanku sebenar. Itu pun dimarahi juga. Aku harus bagaimana sebenarnya?
No comments:
Post a Comment