Friday, January 22, 2021

Kita Yang Kena Berubah

Kalau aku sedih, terasa hati dengan dia, jauh di sudut hati yang dalam, aku selalu merenung pada diri. Apa yang aku buat sampai keadaan jadi macam ni?


Tangan aku ringan je menaip di keyboard mencari tentang perangai orang lelaki. Cari macam mana nak eratkan semula kasih sayang, cari apa kesilapan perempuan yang lelaki jadi macam tu. 

Kalau tak jumpa di google, aku buka Youtube. Cari ceramah agama. Sebab apa? Sebab aku sayang dia. Dia yang aku kenal tak macam masa aku bermasalah. Jadi, mesti ada sebab kenapa dia jadi macam tu. 

Aku suka dengar ceramah Ustaz Hanan Attaki dari seberang. Ceramahnya sering buat aku menangis keinsafan. Menangis mengenangkan diri yang jahil sampai melukai hati insan yang amat aku sayangi.

Antara banyak-banyak ceramah yang aku dengar, termasuk juga ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam kelakar, membuatkan aku sentap. 

Betapa banyaknya salah aku. 

Betapa kesabaran itu perlu dalam hidup berpasangan lebih-lebih lagi aku sebagai seorang wanita. Mungkin sebab tulah Allah hantar dia kepadaku. Untuk mengajar erti kesabaran.

Paling aku ingat, Ustaz Hanan Attaki cakap, kalau kita nak pasangan kita berubah, kita kena berubah dulu. Memang sukar untuk kita berubah kalau kita mahu mempertahankan ego kita. Tapi tak susah untuk berubah kalau kita sayangkan pasangan kita dan kita tahu, kita sedar diri yang kita ini hamba Allah yang lemah. Tak ada apa yang perlu kita pertahankan tentang ego kita. 

Semuanya perlukan kesabaran. Dan, aku cuba untuk baiki diri. 

Ya Allah, bantu aku Ya Allah untuk jadi yang lebih baik buat dia. Permudahkan Ya Allah niat suci kami dan satukan kami hingga ke Jannah.

Amin. 

No comments: