Showing posts with label PANDUAN PERIBADI. Show all posts
Showing posts with label PANDUAN PERIBADI. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

Bercakap Dengan Diri Sendiri

Apabila anda tertekan, bercakaplah dengan diri sendiri kerana bercakap dengan diri sendiri merupakan satu terapi pemulih semangat bagi manusia. Mulakan dengan:

1. Aku harus siap menghadapi hidup ini. Apa pun yang terjadi hidup di dunia ini hanya sekali. Aku tidak boleh gagal dan sia-sia tanpa berguna. Tugasku adalah menyempurnakan niat dan ikhtiar. Segala yang terjadi aku serahkan kepada Allah Yang Maha Tahu, yang terbaik bagiku. Aku harus sedar yang terbaik bagiku menurutku belum tentu yang terbaik menurut Allah s.w.t. Bahkan, mungkin aku menuruti keinginan dan harapanku sendiri. Pengetahuanku mengenai diriku atau apa pun amat terbatas sedangkan pengetahuan Allah menyelimuti segalanya. Dia tahu awal, akhir dan segalanya. Sekali lagi betapa pun aku amat menginginkan sesuatu, tetapi hatiku harus ku persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tidak sesuai dengan harapanku. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagiku.

2. Aku mesti reda dengan kenyataan yang terjadi. Bila sesuatu terjadi, inilah kenyataan dan episod hidup yang harus aku jalani. Aku harus menikmatinya dan aku tidak boleh larut dalam kekecewaan berterusan. Kecewa dan sakit hati tidak akan merubah segalanya selain membuatkan diriku sengsara. Hatiku mesti menerima kenyataan, namun tubuh serta fikiranku harus tetap bekerja keras mengatasi dan menyelesaikan masalah ini. Apabila nasi sudah menjadi bubur, aku harus mencari ayam, kacang, bawang goreng dan sambal, agar bubur ayam istimewa tetap dapat aku nikmati.

3. Aku tidak boleh menyusahkan diri. Aku harus yakin hidup ini bagai siang dan malam pasti silih berganti. Tidak mungkin siang terus-menerus dan tidak mungkin juga malam terus-menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya. Begitupun masalah yang menimpa pasti ada akhirnya. Aku sepatutnya sabar. Aku harus yakin setiap musibah terjadi dengan izin Allah Yang Maha Adil, pasti sudah diukur dengan sangat cermat oleh-Nya dan tidak mungkin melampaui batas kemampuanku, kerana Dia tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Aku tidak boleh menzalimi diriku, dengan fikiran buruk yang menyusahkan diri. Fikiranku haruslah jernih, terkawal, tenang dan profesional. Aku harus berani menghadapi persoalan demi persoalan, tidak boleh lari dari kenyataan, kerana lari sama sekali tidak menyelesaikan masalah, bahkan sebaliknya hanya akan menambah masalah. Semua harus aku hadapi dengan baik. Aku tak boleh menyerah kalah. Mesti segala sesuatu ada akhirnya, walaupun persoalan yang aku hadapi seberat mana sekalipun, seperti yang dijanjikan Allah:

"Sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan."

Janji yang tak pernah dimungkiri Allah.

4. Evaluasi (menilai) diri. Segala yang terjadi mutlak adalah izin Allah dan Allah tidak berbuat sesuatu yang sia-sia. Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Sepahit apa pun pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya, apabila disingkap dengan sabar dan benar. Harus aku renungkan mengapa Allah mentakdirkan semua ini menimpaku. Boleh jadi peringatan atas dosaku, kelalaianku atau mungkin detik kenaikan kedudukanku di sisi Allah. Mungkin aku harus berfikir untuk mencari kesalahan yang harus aku perbaiki. Setiap kejadian bagai cermin pribadiku. Aku tidak boleh gentar dengan kekurangan dan kesalahan yang terjadi. Cuma yang penting kini aku mengetahui diriku sebenarnya dan aku bertekad sekuat tenaga untuk memperbaikinya. Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.

5. Allahlah satu-satunya penolongku. Aku harus yakin, walaupun bergabung seluruh manusia dan jin untuk menolongku, tidak mungkin terjadi apa pun tanpa izin-Nya. Hatiku harus bulat dan yakin hanya Allahlah yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik dari setiap urusan. Tidak ada yang mustahil bagi-Nya, kerana segalanya adalah milik-Nya dan sepenuhnya dalam kekuasaan-Nya. Tidak ada yang dapat menghalangku jika Dia akan menolong hamba-Nya. Dialah yang mengatur segala sebab datangnya pertolongan-Nya. Oleh kerana itu, aku harus berjuang dan berikhtiar untuk mendekati-Nya dengan mengamalkan segala yang disukai-Nya dan

melepaskan hati dari kebergantungan kepada selain-Nya, kerana selain Dia hanyalah sekadar makhluk yang tidak berdaya tanpa kekuatan dari-Nya. Ingatlah selalu janji-Nya: "Sesiapa yang bertaqwa kepada-Ku, nescaya Ku beri jalan keluar dari setiap urusannya dan Ku beri rezeki (pertolongan) dari tempat yang tak terduga. Dan sesiapa yang bertawakal kepada-Ku, nescaya akan Ku cukupi segala keperluannya."
(QS. 65 (At-Thalaq) : 2-3)

Kredit kepada sahabat, pengirim artikal ini.

Hargai Ia Selagi Ada

Jika kamu memancing ikan....

Setelah ikan itu terlekat di mata kail,

Hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia

Semula ke dalam air begitu saja....

Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya

Ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia

Masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN

Kepada seseorang...

Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu

Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,

Jangan terlalu mengharap pada takungannya

Dan janganlah menganggap ia begitu teguh....

Cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..

Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya

Semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat

Dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,

TERIMALAH seadanya....

Janganlah kamu terlalu mengaguminya

Dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa.

Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...

Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan

Jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...

Yang kamu pasti baik untuk dirimu.

Mengenyangkan. Berkhasiat.

Mengapa kamu berlengah,

Cuba mencari makanan yang lain..

Terlalu ingin mengejar kelazatan.

Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.

Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....

Yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.

MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..

Mengapa kamu berlengah,

Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.

Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..

Kamu juga yang akan MENYESAL...

Terima kasih kepada sahabat yang mengirimkan email ini.

Kepada pembaca, bersama-samalah kita belajar menghargai orang yang benar-benar tulus mencintai kita.

Monday, July 27, 2009

Kanak-kanak Mempelajari Sesuatu Dari Apa Yang Dialaminya

Pengaruh Suasana
(Dipetik daripada Tiori Dorothy Nolte)

1. Andainya kanak-kanak hidup dalam kritikan, mereka akan belajar mengutuk.

2. Andainya kanak-kanak hidup dalam permusuhan, mereka akan belajar melawan.

3. Andainya kanak-kanak hidup dalam perolokan, mereka akan belajar menjadi pemalu.

4. Andainya kanak-kanak hidup dalam keaiban, mereka akan belajar rasa bersalah.

5. Andainya kanak-kanak hidup dalam toleransi, mereka akan belajar bersabar.

6. Andainya kanak-kanak hidup dalam galakan, mereka akan belajar tentang keyakinan diri.

7. Andainya kanak-kanak hidup dalam kepujian, mereka akan belajar untuk menghargai.

8. Andainya kanak-kanak hidup dalam saksama, mereka akan belajar tentang keadilan.

9. Andainya kanak-kanak hidup dalam keselamatan, mereka akan belajar untuk mempercayai.

10. Andainya kanak-kanak hidup dalam keizinan, mereka akan belajar mengasihi diri mereka.

11. Andainya kanak-kanak hidup dalam penerimaan dan persahabatan, mereka akan belajar mencari perpaduan dan kedamaian di dunia.