Sunday, February 21, 2016
Terima Kasih, Allah
Seperti kebiasaannya, kelmarin aku menghubungi dia lagi. Dia memberitahuku yang dia ingin pulang ke rumah ibunya. Aku memintanya memberitahuku menerusi whatsapp jika ingin bertolak pulang seperti kelazimannya sejak dulu.
Lama kemudian, whatsappnya ku terima memberitahu yang dia ingin bertolak pulang. Setelah membalas, aku tertidur. Jam 2.35 pagi, aku terjaga. Satu whatsapp darinya telah masuk ke handsetku "Dah sampai. Lupa bawa beg baju dengan charger HP dengan berus gigi,"
Terima kasih Allah. Biarpun ringkas begitu pesanannya, ia mampu membuat aku bahagia.
Siangnya pula tiba-tiba saya terima whatsapp daripadanya lagi: "Saya off HP sebab nak safe bateri," Sekali lagi syukur Allah, ianya membuatkan aku bahagia.
Belah malamnya, "Kejap lagi nak balik ke Perlis," begitu bunyi whatsapp sebelum dia bertolak balik ke rumah sewanya. Alhamdulillah ya Allah. Ia sangat membahagiakan aku. Terima kasih, Allah. Kekalkanlah dan tambahkanlah kebahagiaan ini. Aku mohon padaMu yang Maha Mengasihani. Bahagiakanlah kami dalam kasih sayangMu.
Friday, February 19, 2016
Tak Ingin Saat Ini Berlalu
Saat aku menghubunginya lewat telefon petang tadi.
Ya Allah, syukurnya aku rasakan. Lapang sungguh dada ini. Alhamdulillah, terima kasih, Allah. Mohon Engkau kekalkan dan tambah baikkan keadaan ini.
Teja: Awak, kat mana tu?
(Suaraku ceriakan cuba menutup gementar di hati. Yelah, orang tengah marah. Kadang-kadang dia cakap, dia tak nak cakap panjang-panjang dan aku akan kehampaan. Hati mengingatkan, jangan cakap lama-lama, Teja nanti kena sound kau yang sedih.)
Awak: Kat rumah.
(OK, terus kepada point utama, sebelum dia marah. Tujuan, tanya fasal gambar yang aku whatsapp petang tadi)
Teja: Awak, muka saya tu OK ke? Tak ada biji-biji?
Awak: OK, licin. Cuma gelap sikit, Dayang Senandung.
(Masya-Allah, mendengarkan gurauan itu, aku rasa terharu dan sebak. Tapi biar aku sembunyikan)
Teja: Jahat awak ni, kata saya.
(Jawapan yang biasa aku beri bila dia mengataku. Terdengar tawa kecilnya di hujung talian sana)
Awak: Cuma ada Eye back je. Tak cukup tidur kot.
Dalam hati: Memanglah tak cukup tidur, sebab fikir fasal awak. Tambah dengan nangis lagi.
Awak: Tak cukup tidur ke?
Teja: Entah.
(Takkanlah nak cakap fikirkan dia? Nanti tak ada mood pulak dia nak bercakap macam mana? Aku cepat-cepat tukar topik)
Teja: Nasib baik tak ada apa-apa. Saya beli foundation online sebab sayang nak pakai foundation saya tu, mahal. Ingat nak jimat so hari kerja pakai foundation murah. Tapi saya rasa kulit saya ni lain je bila pakai yang tu.
Awak: Tak adalah, OK je.
(Kami sama-sama diam)
Awak: Malam ni, saya nak keluar makan, lepas Maghrib. Tapi kalau malas, tak keluarlah. Saya makan apa yang ada je. Tapi saya rasa lapar sebab dah berapa hari tak makan nasi. Ingat nak makan kue tiow goreng. Kalau malas taklah. Bukan malas, boring nak keluar.
Teja: OK, awak. Buah yang awak beli hari tu dah habis?
Awak: Ada sikit lagi. Nanti saya nak habiskan, tak nak membazir.
Teja: Awak tak suka maggi? Maksud saya kalau dah tak ada benda nak makan, at least ada maggi spare.
Awak: Saya ingat nak beli biskut dengan roti jelah.
Teja: OK juga tu. Tapi kalau lapar, awak makanlah. Jangan tak makan pulak.
(Masya-Allah, sekali lagi aku rasa syukur. Aku menasihatinya tentang makan. Habis topik makan...)
Awak: Saya dah bawa basikal balik rumah. Nanti saya kayuh jelah kat kawasan perumahan ni. Rasanya lebih selamat. Kalau kat ladang tu banyak ular kan.
Teja: Eloklah tu, awak kan balik awal sekarang. Lagipun kat kawasan perumahan, kalau jadi apa-apa orang nampak. Boleh kayuh jauh sikit.
Awak: Tulah, saya balik awal, saya kayuh. Tapi kalau hari yang ada kerja tu, terpaksalah juga balik malam.
Teja: Yelah. Tapi saya lebih suka awak balik awal. Ada masa nak rehat lepas tu tidur.
(Masya-Allah, aku suka mendengar ceritanya. Terima kasih Allah, sesungguhnya aku tak mahu waktu ini berlalu.)
Kemudian saya tamatkan panggilan kerana mahu bersihkan diri. Ikut hati saya nak berbual lagi dengan dia. Tapi hari ni biarlah saya dulu yang tamatkan panggilan.
Awak, awak tahu tak, satu mesej atau perbualan secara baik awak boleh mengubah 360 darjah mood saya untuk sepanjang hari?
Saya sayang awak sangat-sangat.
Friday, February 5, 2016
Buat Awak Yang Saya Sayang
Assalammualaikum awak...
Biarlah saya coretkan semua isi hati saya buat awak di sini walaupun saya tahu awak takkan baca blog ni sebab awak tak pernah tahupun kewujudan blog ni. Waktu-waktu sekarang ni, saya rasa awak takkan baca coretan saya meskipun saya hantar pada awak. Jadi, blog ini sebagai ganti untuk saya melahirkan rasa yang terpendam. Semoga sampai satu saat, awak akan baca blog ni dan masa tu awak akan tahu isi hati saya yang sebenar-benarnya terhadap awak.
Awak,
Biarpun jarak usia kita jauh berbeza, biar siapapun awak, biar apapun sejarah lampau awak, saya terima awak dengan hati yang tulus tanpa ragu dan curiga.
Awak,
Sayang saya pada awak, bukanlah sekadar teman dikala bosan menjengah, tidak juga untuk menumpang senang awak. Sayang saya pada awak, adalah dari rasa cinta yang amat dalam. Bila dalam konflik begini, baru saya sedar betapa saya cintakan awak. Betapa saya rindukan awak.
Awak,
Cinta saya pada awak, bukan main-main. Sejak saya mengambil keputusan untuk menerima awak dalam hidup saya meskipun masa tu masih ada sisa cinta saya pada dia, saya terima awak dengan ikhlas dan niat saya, untuk jadikan awak suami saya dunia dan akhirat.
Awak,
Sayang saya pada awak, bukan sekadar suka-suka. Tapi saya nak kita sama-sama cuba untuk dekatkan diri kita dengan pencipta. Masa yang ada ini, saya nak awak cuba cukupkan solat awak, belajar Al-quran dan apa-apa berkaitan agama. Saya bukan baik sangat awak. Tapi sekurang-kurangnya, kita buat yang wajib. Sebab apa? Sebab saya sayangkan awak dan saya nak Allah juga sayang pada awak.
Awak,
Maafkan saya kerana kurang tunjukkan rasa cinta saya pada awak sebelum ni. Semuanya salah saya kerana terlalu dihantui sejarah silam dan ternyata, ianya merosakkan. Saya mohon pada Allah agar saya diberi peluang untuk tunjukkan rasa sayang saya pada awak dan hubungan ini kekal ke Jannah. Sebenarnya saya takut, takut untuk tunjukkan sayang saya pada awak. Takut kalau awak juga sama seperti dia yang memperlakukan saya sewenang-wenangnya bila mengetahui saya amat cintakan dia. Ternyata, saya salah. Dan kini, saya menerima akibatnya.
Awak,
Cubalah awak pejamkan mata awak dan carilah saya dalam hati awak. Masih adakah saya di situ? Masih adakah sisa cinta awak buat saya, perempuan yang pernah awak cinta?
Pedih...
Baiklah, dah lama tak update blog ni. Sebab apa? Entah... Malas.
Sebenarnya, ada kisah yang tak pernah aku ceritakan di sini kerana asyik bercerita tentang dia si cinta pertama. Entahlah... Terlalu lama hidup dengan kenangan semalam, hingga masa-masa bahagia tidakku rakamkan di sini. Dan kini, mendung berarak lagi, harapnya tidaklah sampai badai seperti cinta pertamaku dulu. Ya Allah, jauhkanlah. Mohon doakan buatku wahai para pembaca yang budiman.
Sunday, May 10, 2015
Masih Cintakah Aku?
Salam semua,
Dah lama saya tak update. Yelah, sibuk sikit kebelakangan ni. Blogpun dah berhabuk. Tak nak buang masa. Terus nak buat luahan.
Beberapa hari yang lalu, dia ke luar negara atas urusan. Meskipun hubungan ini sudah lama berakhir, tapi masih ada sebak di hati untuk melepaskan dia pergi. Secara zahirnya, kami tiada apa-apa hubungan dan akupun tak tahu status dirinya sekarang. Tapi, sesekali ada juga kami bertemu dan makan bersama. Dia masih lagi seperti dia yang aku kenal dulu. Aku tak mengharapkan apa-apa, bimbang kecewa lagi. Namun perasaan ni, masih lagi terasa sedih tatkala ingin berpisah seperti dulu setelah bertemu. Masih lagi sebak bila mahu melepaskan dia pergi jauh. Tuhan, akupun tak faham dengan perasaan sendiri.
Wednesday, September 10, 2014
Masihkah?
Kalau lapan bulan lalu aku post tentang dia yang sama-sama menghadiri latihan Gunung Kinabalu, sekarang lain pulak ceritanya. Selama lapan bulan ni pelbagai peristiwa berlaku antara aku dan dia.
Sebelum puasa hari tu, dia cedera disebabkan suatu pertandingan. Dan ini bermakna dia tidak akan mengikuti ekspedisi ini. Terima kasih, Tuhan, mungkin Kau tahu aku tidak kuat untuk berhadapan dengannya. Jiwaku sakit. Hatiku pedih. Apa yang menyakitkan tu, rasa malas nak cerita hari ni.
Memandangkan latihan baru bermula dua minggu selepas hari raya dan kemudiannya cuti merdeka, dua kali latihan aku jalani dengan tenang dan ceria. Bukan bersyukur kerana dia cedera tidak sekali. Siapa nak orang yang pernah kita sayang sakitkan? Tapi sikap dia dan perempuan-perempuan gedik yang menyebabkan aku rasa lega bila dia tak ikut ekspedisi ni. Tapi hari ni, hati aku berkocak lagi. Khabarnya, latihan kami di Nuang, FRIM dan Brincang akan disertainya. Apa lagilah yang dia nak? Tak cukup lagikah mahu menyakiti hatiku? Tolonglah, kalau nak mengorat atau menggedikpun, janganlah buat di hadapan aku. Tak perlulah tunjukkan pada aku. Sekali lagi Tuhan, aku mohon perlindunganMu dari dia.
Amin...
Thursday, January 9, 2014
Puncak Kinabalu, Impian Yang Menyakitkan
Impian yang menyakitkan? Bukan pendakian yang menyakitkan tapi semuanya tentang pendakian yang bakal ku tempuhi andainya terpilih.
Tuhan! Apa lagi rencanaMu buatku? Aku tidak tahu. Lalu aku pasrahkan segalanya padaMu. Kenapa hidup aku tidak lepas dari dia???
Jika kami dipertemukan kerana latihan pendakian untuk Gunung Tahan, puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia dan akhirnya terpisah, kini kami dipertemukan sekali lagi dalam latihan menakluk Puncak Kinabalu, puncak tertinggi di Malaysia.
Dari bisik-bisik khabar angin yang ku dengar, dia tidak akan menyertai ekspedisi kali ini atas komitmen lain pada tarikh pendakian kelak. Baru sekali dua aku menarik nafas lega, jantung seakan terhenti tatkala kawan yang sama-sama menghadiri taklimat pendakian mengkhabarkan bahawa dia ada dalam taklimat tersebut.
Lebih menyakitkan, latihan pertama yang ku hadiri turut membariskan dia sebagai peserta. Tambah melukakan, pada akhir sesi latihan, dia beratur selang seorang di belakangku iaitu di belakang perempuan yang khabarnya baru dikenali dan semakin intim yang juga merupakan kawanku yang tidak begitu rapat.
Cemburukah aku? Tidak! Kisah aku dan dia telah lama berakhir. Tapi, sebagai pencinta yang mencinta setulusnya dari dasar hati yang dalam, perasaanku terusik yang menjalar rasa ngilu pedih ke segenap jiwa. Dah elok aku bersama geng aku beratur di hadapan, boleh pula dia datang beratur berdekatan aku. Dahlah tu, siap dengan perempuan tu lagi. Tak tahulah kalau kebetulan mereka beratur berdekatan. Kenapa dia tidak mencari tempat lain saja untuk beratur? Akupun tergamam masa tu. Sepatutnya, aku terus berpindah tempat ke belakang biar mereka tahu aku tidak suka keadaan itu. Tidak puas lagikah dia menyakiti hatiku dulu? Tidakkah berbekas rasa bersalah dan sesal di hatinya atas apa yang berlaku? Tolonglah! Aku merayu, jangan lagi kau sakiti hatiku. Ya, hak engkau untuk berpasangan dengan siapapun yang kau suka, tapi tidakkah kau faham bagaimana rasanya cinta pertama? Atau mungkin kerana dia tidak pernah mencintai aku setulusnya namun dia tidak dapat merasakan cinta itu? Kalau nak mengayat atau apa sajalah, silalah duduk jauh daripadaku. Jangan tunjukkan pada aku yang kau sedang ingin memikat dan aku telah lama lenyap dari hatimu. Aku mohon pengertianmu kerana latihan ini masih jauh perjalanannya. Takkanlah hampir setahun ini hampir setiap minggu aku perlu merasa sebal dan ngilu? Selama kami berpisah, tidak pernah ada satu aktivitipun yang kami sertai serentak. Tapi tak tahulah kenapa kali ini boleh jadi macam ni.
Apa pulaklah yang akan berlaku minggu ni?
Subscribe to:
Posts (Atom)