Sunday, July 23, 2023

Akukah Yang Bermasalah?

Menjadi isteri kedua, bukanlah semudah yang dituduh oleh sebahagian besar orang. Orang selalu cakap, isteri pertama teraniaya. Tapi, dia orang tak tahu, bagaimana isteri kedua diperlakukan. Aku kalau boleh dah tak nak gaduh-gaduh. Nak hidup aman bahagia. Tapi, bila rasa diri tak berharga di hadapan suami sendiri aku rasa sedih sangat. Rasa down. Dua minggu lepas, setelah lama bergaduh, aku minta maaf walaupun hati ni rasa terluka sebab semua kesalahan diletakkan pada aku. OK, tak apalah. Aku mengalah. Aku mengaku je semua aku salah. 

Minggu lepas, aku rasa bahagia sangat. Walaupun, sistem giliran masih belum dibuat. Kalau kita berkahwin, semestinya kita nak suami tu sentiasa ada depan mata. Tapi aku faham. Masanya belum tiba buatku. Dapat jumpa suami beberapa jam seminggu pun jadilah. Dapat jumpa dua kali seminggu biar pun tak lama dah cukup buat aku happy. 

Minggu ni, walaupun aku tak cakap dan aku tak tanya, setiap kali aku balik kerja, aku mengharapkan suami ada di rumah sebab pejabat dia dekat dengan rumah aku. So, dia akan sampai dulu kat rumah. Hari Ahad malam tu, aku dah masak daging goreng kicap. Nak makan dengan suami. Kalau masak lepas balik kerja hari Isnin nanti tak ada masa pulak nak duduk-duduk dan sembang-sembang dengan suami. Aku dapat mesej kata dia nak balik. Aku sedih. Tapi tak apalah. Esokkan ada. Aku pujuk hati sendiri. Hari Selasa, pun sama jugak. Dia mesej aku cakap nak balik. Aku sedih lagi. Daging goreng kicap yang aku masak masih banyak. Tak apalah. Hari Khamis dan Jumaat kan ada. Rabu tu cuti maulidir rasul, confirm dia tak balik. Hari Khamis, masa aku teks dia aku nak balik kerja, dia cakap, dia kat hospital Serdang, melawat staff dia kena strok. OK, hari Jumaat je lagi yang jadi harapan aku. Masa aku nak pergi kerja hari Jumaat, aku tanya dia masuk ofis ke tak. Dia cakap work from home. Maknanya, dia takkan baliklah rumah aku hari ni sekaligus minggu ni. Boleh tak bayangkan macam mana hancurnya hati aku? Kenapa aku yang selalu dikorbankan? Tak ada ke rasa kasih sayang, rasa rindu nak jumpa aku? Macam aku selalu rindukan dia? Dah tu, tak ada pun rasa bersalah. Minta maaf jauh sekali. Bila aku cakap aku penat, boleh tanya pulak penat kenapa. Sebenarnya aku penat nak bergaduh. Hari tu dia cakap aku yang salah. Yelah. Mungkin sebab masa tu aku luahkan semua apa yang aku rasa dekat whatsapp. So, kali ni, aku jugak ke yang salah? Bila dia tak balik rumah aku, aku terasa hati, maka, aku jugak ke yang salah? Bukan aku yang paksa dia kahwin dengan aku. Keputusan ni diambil bersama. Tapi kenapa aku selalu jadi mangsa? Kalau aku bersuara, kata aku salah. Tapi, aku takkan buat salah kalau dia tak mulakan. Aku tak ada nak bising-bising kalau dia tahu tanggungjawab dia. Takkanlah asyik nak gaduh je baru nak balik? Janganlah buat sesuka hati walaupun aku ni isteri kedua. Aku pun perlukan suami aku. Kalau asyik biarkan aku sorang-sorang, baik tak payah kahwin macam ni. Belum ada giliran dah buat aku macam ni. Esok kalau ada giliran, boleh ke patuh? Nak cakap tak boleh. So kita diam jelah. Ingat isteri sana je ke ada hati perasaan? Ingat isteri kedua ni patung? Tak ada rasa apa-apa? 

Sunday, April 23, 2023

Aidilfitri Pertama Sebagai Isteri

Raya kali ni, status aku dah berubah. Dah jadi isteri orang. Kalau isteri lain excited nak beraya dengan suami, happy di pagi raya sebab orang yang sangat dicintai beraya bersama, aku tidak. Sebaliknya, aku keseorangan kat sini. Kat rumah aku sendiri. Memang suami bagi izin untuk aku balik tapi, aku tak tahu nak jawab apa kalau orang tanya. Aku malas nak berhadapan dengan adik aku sorang tu yang memang tak setuju dengan perkahwinan ni. Lalu, aku ambik keputusan untuk beraya sorang kat sini. Sedih? Takkanlah tak sedih selagi kita bergelar wanita yang mempunyai hati yang rapuh. Lebih-lebih lagi bila membayangkan sang suami happy-happy beraya kat sana. Tak tahulah bila baru dapat beraya dengan suami. Balik kampung, jumpa keluarga dan beraya bersama mereka. Ada ke masa tu untuk aku? 

Hari ni, hari raya kedua. Aku tetap sendirian di sini bertemankan kucing kesayanganku. Tiada khabar dari suami. Mungkin sibuk beraya dan melayan yang kat sana kot. Tak tahulah bila dia akan balik ke sini. Tengok dalam group keluarga, dia orang beramai-ramai gerak dari Kelantan balik ke Negeri Sembilan hari ni. Masing-masing check in hotel malam ni. Tapi aku? Aku masih keseorangan kat sini. Tak jumpa sesiapa pun raya kali ni. Tiba-tiba hati rasa sedih. Rasa sayu. Orang lain, lepas kahwin raya tu meriah. Tapi aku? Makin kesepian. Agak-agaknya, dalam kesibukan suami aku tu beraya, dia ingat tak kat aku? Dia fikir tak yang aku sorang-sorang kat sini? Message pun tak ada hari ni. 

Friday, November 25, 2022

Coretan Buat Suami

Assalammualaikum abang,

Sayang tahu, abang masih marahkan sayang. Sayang minta maaf abang kalau cara sayang salah. Sayang tak bermaksud nak sakitkan hati abang. Sayang sekadar menyampaikan apa yang sayang tahu. Bukankah sebagai suami-isteri kita perlu saling mengingatkan dan berpesan-pesan ke arah kebenaran?yelah. Mungkin cara sayang yang tak kena. Sayang minta maaf ye abang.sayang tak sempurna. Sayang minta maaf. 

Impian Seorang Isteri

Impian seorang isteri adalah untuk sentiasa berada di sisi suaminya. Begitu juga aku. Aku sering mengimpikan untuk sentiasa bersama suami yang amat aku cintai di setiap masa yang aku lewati. Saat aku bahagia dan gembira. Apatah lagi di saat aku dalam kesusahan dan kesedihan. Aku mengimpikan suami sering menemaniku. Mengimpikan suami yang menghantarkan aku ke mana saja untuk aku pergi. Menjemput aku pulang, dan apa saja yang aku lakukan, aku mendambarkan suami untuk membantuku. 


Tapi… tak tahulah bila semua ni dapat aku nikmati. Aku hanya mampu berdoa, berharap dan berangan. Entah ada, entah tidak waktu itu untukku. 

Thursday, March 31, 2022

Rasa Dalam Dada

Ya Allah,

Hanya Tuhan saja tahu apa yang sedang aku rasa. Aku perlu tahankan rasa ini. Merasainya sendiri bersama teman terdekat. Dua orang je yang tahu tentang hal ini. Inginku khabarkan pada dunia apa yang sedang aku rasa. Tapi tak boleh. Aku tak boleh walaupun aku bisa melakukannya.


Thursday, December 30, 2021

Bila Hati Mula Terasa

Kita akan berjauh hati bila hati mula terasa.

Saturday, February 20, 2021

Aku Masih Seperti Hari-hari Yang Lalu

Aku masih seperti hari-hari yang lalu. Masih hangat cintaku membara. Masih merah kasihku menyala. Meskipun sejak akhir-akhir ni... entahlah. Susah nak cakap. Apa yang pasti, bila aku cakap dengan baik dan positif pasal dia tak balas text aku, aku nampak perubahan tu. Dia balas setiap text aku dengan cepat. Tak seperti sebelum ni. Kadang-kadang, aku tak sedar dia balas. Mungkin sebab text dia masuk masa aku tutup whatsapp so, aku tak dengar bunyi text masuk. 


Apa yang pasti, aku masih mencintainya sampai saat ini seperti dulu. Sentiasa rindukan dia. Aku tak tahu hatinya, perasaannya terhadapku.

Aku berdoa supaya dia tak buat aku macam orang-orang sebelum ni buat aku. Mungkin ada salah silap aku yang buatkan dia marah. Biarlah dia bertenang. Atau, mungkin dia tertekan dengan situasi sekarang. Biarlah dia bertenang. Aku ingin hatinya damai dan sejuk. 

Hari ni, hari cuti. So, aku tak bolehlah kerap text dengan dia. Kena jaga hati orang lain jugak. Ini adalah persediaan untuk hidup berpoligami. Kita harus saling menjaga hati dan menghormati.

Abang, sayang sayang abang.