Hanya Tuhan saja tahu apa yang sedang aku rasa. Aku perlu tahankan rasa ini. Merasainya sendiri bersama teman terdekat. Dua orang je yang tahu tentang hal ini. Inginku khabarkan pada dunia apa yang sedang aku rasa. Tapi tak boleh. Aku tak boleh walaupun aku bisa melakukannya.
Thursday, March 31, 2022
Thursday, December 30, 2021
Saturday, February 20, 2021
Aku Masih Seperti Hari-hari Yang Lalu
Aku masih seperti hari-hari yang lalu. Masih hangat cintaku membara. Masih merah kasihku menyala. Meskipun sejak akhir-akhir ni... entahlah. Susah nak cakap. Apa yang pasti, bila aku cakap dengan baik dan positif pasal dia tak balas text aku, aku nampak perubahan tu. Dia balas setiap text aku dengan cepat. Tak seperti sebelum ni. Kadang-kadang, aku tak sedar dia balas. Mungkin sebab text dia masuk masa aku tutup whatsapp so, aku tak dengar bunyi text masuk.
Apa yang pasti, aku masih mencintainya sampai saat ini seperti dulu. Sentiasa rindukan dia. Aku tak tahu hatinya, perasaannya terhadapku.
Aku berdoa supaya dia tak buat aku macam orang-orang sebelum ni buat aku. Mungkin ada salah silap aku yang buatkan dia marah. Biarlah dia bertenang. Atau, mungkin dia tertekan dengan situasi sekarang. Biarlah dia bertenang. Aku ingin hatinya damai dan sejuk.
Hari ni, hari cuti. So, aku tak bolehlah kerap text dengan dia. Kena jaga hati orang lain jugak. Ini adalah persediaan untuk hidup berpoligami. Kita harus saling menjaga hati dan menghormati.
Abang, sayang sayang abang.
Sunday, January 31, 2021
Aku Rindu Kamu
Sayang just nak cakap, sayang rindu sangat kat abang. Tanpa jemu, tanpa pernah terhenti dengan izin Allah.
Friday, January 22, 2021
Kita Yang Kena Berubah
Kalau aku sedih, terasa hati dengan dia, jauh di sudut hati yang dalam, aku selalu merenung pada diri. Apa yang aku buat sampai keadaan jadi macam ni?
Tangan aku ringan je menaip di keyboard mencari tentang perangai orang lelaki. Cari macam mana nak eratkan semula kasih sayang, cari apa kesilapan perempuan yang lelaki jadi macam tu.
Kalau tak jumpa di google, aku buka Youtube. Cari ceramah agama. Sebab apa? Sebab aku sayang dia. Dia yang aku kenal tak macam masa aku bermasalah. Jadi, mesti ada sebab kenapa dia jadi macam tu.
Aku suka dengar ceramah Ustaz Hanan Attaki dari seberang. Ceramahnya sering buat aku menangis keinsafan. Menangis mengenangkan diri yang jahil sampai melukai hati insan yang amat aku sayangi.
Antara banyak-banyak ceramah yang aku dengar, termasuk juga ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam kelakar, membuatkan aku sentap.
Betapa banyaknya salah aku.
Betapa kesabaran itu perlu dalam hidup berpasangan lebih-lebih lagi aku sebagai seorang wanita. Mungkin sebab tulah Allah hantar dia kepadaku. Untuk mengajar erti kesabaran.
Paling aku ingat, Ustaz Hanan Attaki cakap, kalau kita nak pasangan kita berubah, kita kena berubah dulu. Memang sukar untuk kita berubah kalau kita mahu mempertahankan ego kita. Tapi tak susah untuk berubah kalau kita sayangkan pasangan kita dan kita tahu, kita sedar diri yang kita ini hamba Allah yang lemah. Tak ada apa yang perlu kita pertahankan tentang ego kita.
Semuanya perlukan kesabaran. Dan, aku cuba untuk baiki diri.
Ya Allah, bantu aku Ya Allah untuk jadi yang lebih baik buat dia. Permudahkan Ya Allah niat suci kami dan satukan kami hingga ke Jannah.
Amin.
Wednesday, January 20, 2021
Conversation Lama
Aku membelek-belek message lama antara aku dan dia. Perbualan kami sentiasa baik. Sentiasa nampak berkasih sayang dan saling memanjakan antara satu sama lain. Saling manja. Sopan dan sejuk hati bila membacanya. Kalau membaca pun dah rasa bahagia, apatah lagi kalau ianya berlaku.
Sekali lagi aku mencari salah diri. Mencari di mana silapnya aku sehingga situasi begini sudah lama tidak berlaku. Aku cuba untuk cakap yang baik-baik, cuba untuk memaniskan ayat. Tapi kenapa abang macam tak boleh? Adakah kerana aku yang kurang di mana-mana? Adakah kerana tekanan yang diterimanya atau kerana kesibukan kerja? Kalau dulu, dia lambat balas text aku pun, dia mesti cakap “Sorry sayang. Abang...” diikuti dengan keterangan apa yang sedang dia lakukan sehingga lewat membalas text ku. Aku juga begitu.
Pernah seharian dia tak text aku kerana urusannya di sana. Aku sedih sangat. Then malam tu, dia text aku. Cakap sorry sebab sepanjang hari tu dia sibuk buat itu dan ini. Dia bercerita kepadaku. Tahu tak bagaimana leganya aku rasa? Hati yang bermuram durja terubat.
Kenapa ye sekarang tak boleh? Kat mana salah aku? Aku cuba bercakap baik, cakap benda-benda yang selalu aku cakap dulu, tapi tak ada respon macam dulu. Kenapa?
Sunday, January 17, 2021
Maghrib Yang Syahdu
Aku rindu, rindukan dia Ya Allah. Selagi aku boleh tahan, aku akan tahan. Biar menjadi rahsia hatiku. Tapi kalau aku tak tertahan nanti, aku akan jadi macam hari tu.
Rindu ini sangat menyiksakan. Kadang-kadang aku tertanya sendiri, adakah aku dirindui? Kenapa aku tak rasa macam dirindui?
Ya Allah, aku berserah kalau sekali lagi aku dipermainkan.
Ya Allah, hanya Engkau Maha Mengetahui hatiku. Setiap kali aku mencintai, tak pernah terlintas sekelumit pun untuk mempermain atau menganiaya orang meskipun dalam keadaan kali ni. Tapi orang, orang selalu mempermainkan aku. Cuma kali ni, aku tak pasti. Adakah hati orang masih lagi padaku?
Tunggu keputusan mahkamah? Itu aku pun tahu. Tapi yang aku ingin tahu, hati orang terhadapku. Adakah menunggu keputusan mahkamah tu dengan rasa kasih, sayang, cinta dan rindu seperti dulu? Atau sekadar menunggu keputusan mahkamah semata-mata?
Subscribe to:
Posts (Atom)