Monday, November 24, 2008

Biarkan Aku Terbang Bebas

Andai kata dapat ku pinjam sepasang sayap si penguasa udara, pasti aku terbang tinggi di awan biru. Menyaksikan keindahan alam dari atas. Lalu akupun menyanyi:

"Jika dunia aku yang punya
Akanku hiaskan
Sepasang sayap putih nan berseri,"

Oh, tentunya panorama indah alam ini akan ku bongkar dengan penglihatan tajam yang cukup bermakna. Pasti aku akan terus kembara dan kembara sambil terpesona dengan pelbagai pemandangan indah dari pelbagai negeri yang dibuka manusia. Hidupku pastinya tidak sebosan sekarang.

No comments: