Tuesday, November 18, 2008
Gagal Lagi
Beberapa minggu lalu, ku buka laman web SPA. Setelah sekian lama ku tunggu keputusan peperiksaan 15 Skim Jawatan Dalam Perkhidmatan Awam, akhirnya keputusan tersebut diumumkan. Aku hampa lagi. Aku gagal bagi keempat-empat jawatan yang ku pohon. Ya Allah, Kau masih mahu mengujiku dengan kegagalan ini meskipun sudah lima kali ku duduki peperiksaan yang diadakan oleh SPA. Apakah ini memberi petanda bahawa rezekiku bukan dalam sektor kerajaan? Oh, tidak! Aku tidak boleh berputus-asa. Aku akan terus mencuba dan mencuba. Insya-Allah, akan ada rezeki buatku yang telah Allah tentukan. Mungkin belum masanya untuk Dia perkenankan doaku. Jangan sedih, bukankah setiap yang berlaku itu ada seribu hikmah di sebaliknya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment