Thursday, March 28, 2013

Jangan Berangan Mengubah Dunia

Tujuan aku menulis, bukan untuk mengaibkan sesiapa. Aku sekadar meluahkan rasa apabila kisah silam terimbau. Suatu hari, ketika aku duduk-duduk dengan MF: MF: Ayang, Ayang tahu tak? Ayang ada semua ciri wanita idaman abang. (Hatiku mula berbunga-bunga demi mendengarkan ayat itu. Aku senyum.) Tapi... Satu je... Teja: Apa dia? MF: Sayang, ayang tak nampak. (Demi mendengarkan itu, senyuman yang tadinya menghiasi bibir, mati serta-merta.) Teja: Abang, nilai kebahagiaan bukan letak pada kesempurnaan lahiriah. Tapi pada hati. MF: Tapi sebab tulah kita banyak masalah. Famili abang tak suka. Hidup kitapun susah, nak pergi mana-manapun kena naik public transport. Abang tak biasa ayang, tak biasa nak susah-susah naik public transport. Nak beli barangpun susah. Nak tahu harga kena tanya orang, Nak pilih barangpun kadang-kadang kena minta tolong orang. Kalau pergi majlis, orang kena sendukkan makan. Kalau ayang nampakkan senang, ayang boleh buatkan untuk abang. Ya Allah! Belati apakah ini? Begitu tajam menghiris hatiku. Aku mula sebak. Ini seakan penghinaan. Aku bukan selemah yang disangkakan cuma dia yang sering memandang rendah pada aku. Kenapa lelaki pulak yang nak kena bergantung pada perempuan? Dunia dah terbalik agaknya. Teja: Ya Allah! abang, salah ayang ke semua ni? Ayang tak pernah minta jadi macam ni. Tapi Tuhan yang nak uji ayang dengan benda ni. Sepatutnya kita pasrah pada ketentuan Dia. Sekurang-kurangnya ayang nampak juga warna, abang pun rabun, bukan tak nampak langsung. Kalau nak cakap fasal public transport, ayang pun tak biasa. Dulu, ke mana-mana naik kereta, abah yang hantar ayang. Tapi sampai bila nak bergantung pada orang? Ayang terima suratan Tuhan, jadi ayang harus bangkit, belajar hidup sendiri walaupun susah. Akhirnya, ayang tak rasa semua ni susah. Ayang rasa biasa je. Ramai je orang nampak naik public transport. Kita tak bolehlah negatif sangat. Kita kena positif. Aku mula menangis. MF: Ayang bercakap senanglah. Abang yang tanggung. Teja: Apa pulak ayang bercakap senang? Ayang cakap, sebab ayang yang lebih dulu rasa. Ayangpun normal juga dulu. Sebab tulah, abang kena bergaul dengan orang macam kita. Tapi abang tak nak. Abang selalu pandang negatif pada orang senasib. Kalau abang nak kebahagiaan yang lahir dari hati, insya-Allah ayang boleh bagi. Tapi kalau abang nak kesenangan luaran, ayang minta maaf, ayang tak mampu. MF: Tapi ayang baik. Baik sangat. Abang takut, kalau abang lepaskan ayang, abang takkan dapat orang yang sebaik ayang. Teja: Kalau masih ada secebis rasa sayang abang pada ayang, bagilah ayang peluang untuk buktikan pada abang yang kita boleh bahagia. Tapi, kalau sebab ayang tak nampak isunya, terserahlah pada abang. Mana tahukan, kalau abang dapat pengganti yang sama macam ayang, tambah normal. Mesti abang bahagia. MF: Tak mungkin abang akan jumpa dengan orang macam ayang lagi. Maaf ye ayang, sebab buat ayang sedih. Teja: kalau abang tak nak ayang, abang kena cakap terus-terang. Abang jangan aniaya ayang. Jangan main-mainkan ayang. MF: Kenapa? Supaya senang ayang cari orang lain? Abang tahulah, ada orang suka kat ayang kan? Teja: Kalau abang tinggalkan ayang tak salahkan? Biarlah ayang bagi kasih sayang ayang pada yang memerlukan. Kerana sayang, aku tempuh segalanya demi dia. Sepatutnya, masa tu aku terus pergi je dari dia. Sebab memang sah dia tidak mampu menerima seadanya aku. Bukankah cinta itu bermaksud, menerima pasangan seadanya? Aku ingtkan aku boleh ubah dunia, ubah hati orang, tapi aku silap!!! Aku gagal!!! Tapi aku tak menyesal. Sekurang-kurangnya, aku dah cuba yang terbaik. Aku dah bagi banyak peluang. Jadi aku tak terkilan kalau aku tidak mampu lagi untuk berpaling.

Tuesday, March 19, 2013

Kronologi Cinta Pertama

Jun, 2007: Pertemuan kali pertama - sama-sama menjalani sesi latihan bagi menyertai aktiviti lasak. Aku dah mula suka padanya. Mungkin cinta pandang pertama kot :) 21 Julai, 2007: Pertemuan kali kedua - Sama-sama menjalani sesi latihan seterusnya. Mula berhubung menerusi telefon :) oh ya, mula pandai keluar berdua juga. Duniaku serasa indah, penuh dengan bunga-bunga cinta. :) 6 Ogos, 2007: Declare - menjalinkan hubungan istimewa. 24 Ogos, 2007: Sama-sama bertolak ke lokasi aktiviti lasak bagi memulakan aktiviti. September, 2007: Hubungan mula berkocak dengan soalan yang cukup menghiris hati, "Awak rasa... Betul ke apa yang kita buat ni?" "Buat apa?" Tanyaku kehairanan. "Jalinkan hubungan ni?" Aku terkejut. Sepatutnya, masa ni lagi aku dah undur diri. Sayang punya fasal, ku harungi jua meskipun jalannya berduri. Habis aku yang calar-balar. Akhir September, 2007: MF menyepikan diri. Hari lahirku pun tidak diucapkan doa selamat. Tapi dia ada mengirimkan hadiah kepada kawanku, untuk aku. Hati rasa tersiksa merindukannya. Tertanya-tanya, adakah aku ini masih kekasihnya? Oktober, 2007: Dia datang beraya di rumah sewaku atas jemputan kakak tuan rumah yang aku tumpangi. Hubungan dingin. Kami tidak banyak bercakap. November, 2007: Sama-sama ke "open house" raya di rumah kawan. Mula berbaik kembali. Sepanjang November, 2007-Oktober, 2008: Banyak kejadian yang menghiris hati. Hubungan kami berjalan mengikut moodnya. Ada beberapa khabar yang kurang enak yang aku dengar. "MF berkenalan dengan perempuan lain", "MF keluar dengan perempuan lain", "Saya nampak dia keluar dengan sipulan" dan macam-macam lagi. Cuba bayangkan, tengah bercakap dengan aku lewat malampun, masih ada lagi perempuan yang miss call dan call. Penting atau tidak aku ini sampai dia boleh stop berbual dengan aku kejap sebab nak call perempuan tu. Perempuan tu pulak, orang yang aku kenal. Siap boleh hantar balik rumah lagi. Kalau hantar sebagai kawan, bolehlah aku terima, tapi kalau dah dalam mesej ada tulis rindu, sayang dan sebagainya, apa yang nak aku kategorikan tu? Sampai aku dapat berita, mak budak perempuan tu, nasihatkan perempuan tu supaya jangan rapat sangat dengan MF, sebab MF ada aku. Mak budak perempuan tu memang baik dengan aku. Terima kasih makcik kerana kasihankan saya. Akupun tak tahu, macam mana aku masih boleh bertahan. Bukan tak ada lelaki lain yang menghulurkan cinta padaku. Ish, tak faham dengan diri sendiri. 16 Oktober, 2008: Hari lahirku yang kedua sepanjang bersamanya. Kira OK sikitlah, ada ucap selamat daripadanya buatku meskipun seakan tidak ikhlas. Tapi tetap ada hadiah. Pelikkan? Kalau tak suka, tak payahlah buang duit beli hadiah dan buang masa. Kan bagus kalau dari awal tinggalkan aku agar aku tidak banyak membuang masa bersamanya yang ibarat mengejar bayang-bayang. Tapi... Dia masih juga menyakiti hatiku di hari lahirku seperti yang aku coretkan dalam entri 16 Oktober, 2008 dulu. Akhir tahun 2008: MF kerap kali meminta aku top-upkan dia. Aku memang tak berkira sebab, dia selalu top-upkan aku dan selalu juga bagi duit belanja pada aku. Masa tu, gaji aku terlalu rendah. Inilah kebaikan MF tapi tak tahulah, bagi sebab sayang atau sebab kesian. Yang peliknya, dia asyik minta top-up je tapi tak telefon atau mesej akupun. Aku tak sedap hati. Aku berpeluang cek handset dia masa kami jumpa. Waktu tu, dia pergi toilet. Oh, sebelum tu, ada someone call dia. Banyak kali call masuk tapi dia tak nak jawab. Katanya, kawan dia dan dia tak nak diganggu ketika bersama aku. Kan asalnya, aku ni bukan bodoh. So, ingat aku nak percaya macam tu je? Last sekali dia jawab call tu. Tapi dia suruh aku diam. Jangan bersuara. Lagilah bertambah syak wasangka aku. Bila aku tanya siapa, dia kata Syafiq. Bila aku cek, Syafiqah. Akupun apa lagi, dia balik dari toilet, aku desaklah dia. Amat mengecewakan, dia mengaku yang dia menjalinkan hubungan dengan perempuan tu. Tambah menyedihkan, siap bincang fasal pertunangan lagi dalam mesej. Tapi aku yang bodoh ni, masih bagi peluang pada dia untuk berubah bila dia memilih untuk terus bersamaku. Aku selalu mengharapkan dia berubah. Aku amat yakin yang dia adalah jodohku dan suatu hari nanti, dia akan mencintai aku setulusnya. Mei, 2009: Aku mendapat tahu bahawa Syafiqah kembali menghubungi MF. Bila aku tanya dia, katanya sayangnya tetap padaku. Tapi aku tak yakin dengan kata-katanya. Aku tak mahu ditipu lagi dan aku tak mahu dia bersamaku sebab kesiankan aku. Aku SMS Syafiqah, bertanyakan tentang hubungannya dan MF. Jawapannya amat menyakitkan hati walaupun dia menafikan hubungan mereka. Penafian juga dibuat untuk hubungan sebelum ni. Julai, 2009: Dia mula menjauhkan diri daripadaku. Bila aku menghubunginya, dia pasti akan memarahiku dan meminta aku menunggu dia menghubungiku. Keadaan ini berterusan sehingga hari raya. September, 2009: Dia menghubungiku dan kami berbual seketika. 7 Oktober, 2009: MF memutuskan hubungan kami sepertimana yang pernah ku coretkan dalam entri Oktober, 2009. Aku amat menderita dengan pemergiannya. Tapi, aku bukanlah jenis orang yang suka merayu lebih-lebih lagi dengan orang yang telah membuang aku dari hidupnya. Aku cuba untuk melupakannya. 2 Ogos, 2010: Dia kembali menghubungiku dan mahu kembali kepadaku. Aku berbelah bagi kerana E mula dekat denganku. Tapi... Sikap E yang seakan tidak serius dan tidak mahu bertemu denganku, membuatkan aku dibayangi kenangan silam bersama MF. Raya, 2010: Kami bertemu di suatu tempat yang dijanjikan. MF menyampaikan berita bahawa ibunya telah meminangkan SN buatnya. Dunia menjadi kelabu. Aku akan kehilangan MF selama-lamanya. Tapi sekurang-kurangnya, Allah memecahkan kebuntuanku sama ada mahu bersama MF atau E. Dah takdir, aku dipertemukan dengan dua lelaki yang tidak serius denganku. 16 Oktober, 2010: Plan untuk menyambut hari lahirku MF batal kerana dia bekerja. Namun, dia memberikan aku hadiah yang amat bermakna. 28 Oktober, 2010: MF mengatakan, dia malas nak balik kampung. Dia mencadangkan agar kami berkahwin tanpa pengetahuan keluarganya. Katanya, dia masih punya wang simpanan. Tapi aku tak mahu dia jadi derhaka kerana aku. Aku menasihatinya agar pulang, kerana segalanya sudah terlewat. Aku tidak akan merosakkan majlis orang. 29 Oktober, 2010: Pertemuan terakhir yang diiringi air mata kami. Aku membawa diri ke Perak. 30 Oktober, 2010: MF sah menjadi suami orang dengan ijab yang dia sendiri lafazkan. SN! kemenangan berpihak kepadamu. Dan aku kalah! Gagal memiliki insan yang aku cintai. 2 November, 2010: Aku menerima SMS daripada MF mengatakan, dia rindukan aku dan dia tak bahagia bersama isterinya. 6 November, 2010: Majlis resepsi di rumah MF. Ada kawan-kawan yang menghadiri majlis tersebut. Ada yang tidak menghadiri kerana kasihankan aku. November-Disember, 2010: MF masih ingin menjalinkan hubungan denganku. Aku tidak tahu bagaimana lagi harusku nasihati dia dan ingatkan dia bahawa dia kini suami orang. Aku tidak mahu jadi perosak rumahtangga orang. Itupun dah mula kengaran suara-suara sumbang yang mengatakan, aku kacau suami orang. Ya Allah, tolong selamatkan aku daripada fitnah ini. Cuba korang bayangkan, macam mana nak buat, kalau dia datang office dan rumah meskipun dah berkali dihalang? Januari, 2011: MF memarahi aku setelah membaca mesej E dalam handsetku. Dari hari itu, kami tidak pernah berhubung lagi sehingga hari ini.

Monday, March 18, 2013

Cukuplah Dengan Apa Yang Pernah Ku Lalui

Entri kali ni, bukanlah untuk menonjolkan kesilapan atau kekurangan sesiapa, jauh sekali untuk mengaibkan orang. Idea kali ni timbul dari soalan seorang reader: "Betul ke dah tak ada rasa apa-apa pada MF?" Hahaha... Cinta pertama! Tidak ada sorangpun manusia akan melupakan cinta pertamanya. Begitu juga aku yang tulus mencintai dia sehinggakan, aku dibutakan cinta. Masa tengah asyik-masyuk dilamun cinta, semuanya indah. Aku seolah-olah hidup dalam sebuah taman yang penuh dengan bunga-bunga yang sedang berkmebang mekar dengan semerbak harumnya. Sehinggakan aku merasa terlalu bahagia meskipun amat menyakitkan. Aku merasakan, dialah lelaki paling sempurna, paling hebat, paling bagus dan rugi sekiranya aku tidak bersama dia. Lantas, aku merelakan hati ini disakiti, ditipu dan diperbodohkan. Aku membiarkan saja diri ini diperlakukan sesuka hati meskipun keadaan ini amat berbeza dengan perwatakanku. Aku berubah menjadi orang lain seratus pratus. Berpusing 360 darjah! Sampai aku sendiripun tidak mengenali diriku ketika itu. Jadi, kehancuran cintaku yang lalu, adalah berpunca daripada aku sendiri: a. Mencintai dia sepenuh hati sehingga tidak nampak kelemahan dan kekurangannya. b. Dari seorang yang punya prinsip dan pendirian sendiri menjadi seorang yang terlalu lembut dan mendengar kata. c. Dari seorang yang bijak menjadi seorang yang bodoh. d. Dari seorang yang berhati-hati dan tidak mudah percaya kepada orang, menjadi seorang yang mudah percaya dan sering memaafkan dan memberi peluang meskipun kesilapan yang dilakukan sering berulang. e. Sering membiarkan diri dipersendakan walhal aku seorang yang tidak suka memberi peluang untuk orang mempermainkan aku. f. Sering kalah dalam perdebatan meskipun mempunyai ruang untuk berhujah dan menangkap kesilapan orang. g. Terlalu takut kehilangan si dia sehingga merelakan diri dipermainkan meskipun aku sebenarnya seorang yang boleh berdiri atas kaki sendiri tanpa perlu bergantung pada orang - sebab tulah orang boleh buat aku macam-macam. h. Sering lemah dan menangis sedangkan aku sebenarnya seorang yang kuat. i. Menjadi takut kepada orang walhal aku sebenarnya seorang yang berani kerana benar, takut kerana salah. j. Berlakon seolah-olah tidak tahu, sedangkan aku tahu aku dicurangi. Walhal, aku pantang orang berbuat demikian kepadaku. k. Aku jadi penurut kata yang setia meskipun arahan atau permintaan yang dibuat tidak aku sukai sedangkan aku sebenarnya seorang yang berdikari dan pandai membuat keputusan. l. Aku berubah seratus pratus menjadi orang lain mengikut acuan si dia sehingga aku bukan lagi aku. Bodohkan??? Bak kata orang, lelaki ni, tidak boleh terlalu lembut dengan mereka, kelak nanti, mereka akan naik lemak dan pijak kepala kita. Begitulah yang terjadi pada aku. Kesan daripada kebodohan aku di atas: 1. Aku yang sememangnya suka berkawan dan mesra dengan kawan, menjadi jauh daripada kawan-kawan kerana si dia tidak sukakan sesetengah daripada kawan aku walaupun kawan aku baik terhadapku. Sungguh! Aku bencikan hal ini, kerana aku sayangkan kawan-kawan. Oleh sebab itu, aku berkawan secara sembunyi. 2. Aku yang peramah, perlu menjadi seorang yang bukan peramah sebab dia tidak mahu aku berkenalan dengan ramai orang. 3. Aku yang aktif terpaksa menjadi pasif. Maknanya, segala aktiviti lasakku perlu dihentikan sebab dia tak mahu aku terlibat dalam aktiviti lasak kerana risau kalau apa-apa berlaku pada diriku. 4. Aku yang dikurniakan dengan bakat seni seperti menyanyi dan mengacara, tidak boleh melakukan apa yang aku suka atau menonjol dengan bakat kurniaan tersebut sebab dia tidak mahu aku dikenali ramai. Alasannya, biarlah segala keindahan atau kesenianku eksklusif hanya untuknya. Bukanlah nak sangat buat maksiat, kalau tak bagi nyanyipun, bagilah jadi pengacara. 5. Aku tidak dibenarkan terlibat dalam mana-mana kelab dan persatuan, jauh sekali diizinkan memegang jawatan sedangkan aku seorang perempuan yang punya kebolehan untuk jadi pemimpin. Aku sungguh rimas dengan keadaan ini. Aku diperlakukan seperti perempuan bodoh, lemah. Sedangkan aku seorang perempuan yang ada cita-cita dan wawasan. Mungkin padanya, perempuan hanya layak jadi penurut perintah. Sedangkan dia, bebas menyertai aktiviti kesukaannya, berpersatuan dan sebagainya. 6. Aku tidak boleh bercakap baik, melayan apatah lagi berbual dengan lelaki lain. Eh! Dia ingat semua orang nak ambil makwa dia ni ke? Ingat aku ni hebat sangat? Cantik sangat? Bagus sangat? Tak salah berkawankan? Aku mahu baik dengan semua orang. Takkan nak bermusuh? Ingat aku macam dia? Asal berkenalan dengan perempuan je, nak mengorat, mengayat. 7. Aku hanya boleh menerima segala apa yang dilakukan terhadapku. Aku tidak bebas untuk menasihatinya walaupun dalam soal agama, aku tidak boleh menyatakan pendapatku, menegur dan mengkritik. Sebaliknya, aku perlu terima semua kritikan, teguran dan apa saja daripadanya biarpun sebenarnya aku benar dan dia silap dan adakalanya, kritikannya berbaur penghinaan, cacian dan mempersendakanku. Ya Allah! Betapa lemahnya aku ketika itu. Aku perlu mengikut semua katanya sedangkan dia, boleh berbuat sesuka hati dan banyak daripada masanya bukan untukku. Bagaimana aku perlu hidup tanpa kawan, tanpa kegiatan yang aku suka sedangkan dia sendiri tidak mengendahkan aku? Kini, aku sendiri tertanya-tanya, macam mana aku boleh lalui masa itu dahulu? Kesimpulan yang dapat aku buat, Aku ketika itu gila! Benarlah kata orang, orang yang bercinta itu gila! Aku tidak waras seperti sekarang. Semuanya kerana kekurangan, kelemahan dan kebodohanku. Jadi, perlukah aku mengulangi saat itu kembali setelah aku kembali kepada diriku yang sebenarnya? Manusia mungkin berubah, tidak terkecuali dia. Tapi hati yang telah disakiti tidak mudah pulih. Perlukah memberi peluang yang entah keberapa kali kepada orang yang sama jika peluang itu diminta sekali oleh orang lain? Kini, aku adalah aku, mengikut acuanku, berpandukan akal waras dan bimbingan daripada mereka yang sering menyokong aku. Mendorong aku untuk bangkit, cuba menolak aku ke puncak dengan galakan dan nasihat mereka. Aku tenang begini. Menjadi diri sendiri, punya pendirian dan prinsip, bebas melakukan apa yang aku suka mengikut batasan tertentu. Dan aku sedar, betapa aku memerlukan seorang lelaki yang mendorong kepada kejayaanku bukan menghalang peluangku. Aku perlukan seseorang yang menghormati dan memahami aku. Paling penting, menerima apa adanya aku, kelemahan dan kekuatanku, kekurangan dan kelebihanku. Melainkan Allah tetapkan jodohku adalah MF.

Tuesday, March 5, 2013

Usah Sembunyi Dalam Terang

Azi: ... Entahlah, Kak. Dia orang berdua tu, macam ada hati je dengan MF tu. Masing-masing macam memendam perasaan. Yang tu jealous dengan yang ni, yang ni jealous dengan yang tu. Teja: Ye ke? Azi: Betul, kak. Kak Ila, suka keluar minum atau makan dengan MF diam-diam. Macamlah kita tak tahu. Yang Kak Ana pulak, selalu mengadu apa-apa kat MF. Kita orang usik sikitpun mengadu. Lepas tu apa-apa, seolah-olah dia yang lebih tahu fasal MF. Teja: Mana kau tahu Kak Ila keluar dengan MF? Entah-entah kebetulan tak dia orang keluar serentak. Azi: Ala kak, dia cakap nak pergi toilet, takkan toilet lama sangat kot. MF pulak, cakap nak balik. Lepas tu, bila saya pergi toilet tak adapun. Lama lepas tu baru balik. Teja: Mana tahu kalau dia pergi makan lepas tu, terserempak ke. Azi: Eleh, Kak Ila tu takkan pergi makan sorang. Mesti ajak saya punya bawa dia. Lantas aku teringat cerita Azi beberapa bulan lalu yang dia terserempak Ila dan MF makan bersama. Teja: Habis mana kau tahu Kak Ana suka mengadu dengan dia? Azi: Mana taknya, MF tanya kita orang, apa yang kita orang buat sampai Kak Ana nangis? Teja: Habis tu, MF lebih cenderung kepada siapa? Azi: Entah, sama je. Saya rasa MF tu biasa je dengan semua orang. Biasalah, dia kan suka mengusik, kadang-kadang carrying dia tu boleh buat kita rasa dia suka kat kita. Dia orang tu, kalau betul keluar ke, apa ke dengan MF cakap jelah, tak payahlah nak sembunyi-sembunyi. Dahlah orang tu suami orang. Aku hanya ketawa. Teja: Mungkin... Dia orang tak nak akak tahu kot. Azi: Akak marah ke? Teja: Tak adalah. Tukan benda dah lepas. Diapun suami orang. Suka hati dia oranglah, nak suka dia ke apa. Kalau jodoh dia orang dengan MF tak apalah, dah takdir. Selalu ke MF pergi kerja kat sana? Azi: Kan customer dia selalu ada kat tempat saya kerja. Suatu hari, aku menghubungi Ila. Setelah bersembang agak lama: Teja: Kau ada jumpa MF, La? Ila: Tak ada. Aku dah lama tak jumpa dia. Teja: Telefon? Ila: Tak ada. (Jawapan yang amat confident) Teja: Bukan dia selalu pergi kerja kat sana ke? Ila: Ha'ah, ada juga. Teja: Habis tu, takkan kau tak jumpa dia? Ila: Adalah juga. (See, statement yang bercanggah) Teja: Aku dengar... Kau keluar minum dengan dia? Ila: Hei, mana ada. Siapa cakap? Teja: Dengar-dengar je. Ila: Siapa cakap? Teja: Kenapa? Kalau ye pun, tak apalah. Dulu... Masa kami berpisah sebelum MF kahwin dan MF datang balik pada aku, dia pernah cakap pada aku, yang dia selalu tanya fasal aku dengan Ila. Tapi Ila kata, dia dah lama tak contact aku sedangkan, dia selalu contact aku. Kenapa Ila macam tu? Kalau Ila jujur pada MF, mesti kami lebih awal akan berbaik dan mungkin semua ni tak berlaku. Si Ana pulak, bila MF tanya fasal aku, dia kata, pasti aku susah untuk maafkan MF, sebab, aku ni pendendam. Kenapa mereka macam tu? Aku pendendam? Apa buktinya? Sedangkan, aku boleh berbaik seperti tak pernah berlaku apa-apa dengan sesiapa saja yang pernah mengkhianatiku. Dan Ilalah juga orangnya yang mencanangkan pada kawannya tentang kisah aku dan MF padahal, aku sering mengatakan, segala kisah ku ceritakan padanya adalah rahsia. Ila, Ana, Apa motif korang buat aku macam tu? Sedangkan korang tahu, dulu, betapa aku menyayangi MF dan tak sanggup kehilangannya. Ila, Kau orang yang paling aku percaya. Ku ceritakan semua isi hatiku terhadap MF. Tapi kenapa kau buat aku macam tu? Ikhlaskah kau mendengar dan menasihati aku selama ni? Sekarang, khabar angin yang ku dengar, MF telahpun tahu bahawa ada seseorang yang cuba menghampiriku. Apakah Ila menyampaikan berita tersebut? Apakah perasaannya ketika menyampaikan berita itu KALAU benar ia yang menyampaikan. Ila seakan ingin tahu sangat tentang Hamba Allah yang cuba merapatiku. Ana, Ila, Sekarang, antara aku dan dia, telah tiada ikatan lagi. Jadi, tak perlulah kau orang takut atau segan untuk mendekatinya. Aku takkan marahkan kau orang kalau kau orang berjaya mendampinginya. Cuma... Kau orang harus ingat, dia masih suami orang.

Saturday, March 2, 2013

Majlis Batang Buruk

Kenapa aku namakan majlis ni majlis batang buruk? Sebab ianya berterabur macam kita makan Kuih Batang Buruk tu. Sebenarnya majlis ni adalah majlis perasmian pembukaan X. Aku telah diundang sebagai pengacara. Perasminya adalah isteri orang kenamaan negara kita. So, aku kira, majlis ni pasti berjalan dengan lancar dan didahului dengan rehearsal penuh. Jadi, dapatlah aku meminimumkan kesilapan sepanjang majlis berlangsung. Korang pun tahukan, pengacara atau MC memainkan peranan penting dalam sesebuah majlis. Malah, di bahu MC lah terletaknya hala tuju majlis sama ada jaya atau tidak, membosankan atau sebaliknya. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku bakat untuk menjadi MC majlis rasmi dan hiburan. Alangkah majlis hiburanpun ada rehearsal apa lagi majlis rasmi. Sebelum-sebelum ni, setiap majlis yang aku acarakan tak kira rasmi atau santai pasti ada rehearsal kecuali majlis kecil. "Ala, Teja tolonglah. Nanti Kak Sal (bukan nama sebenar) hulurlah sikit-sikit." Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang ni, jadi aku tak berapa kisah sangat tentang bayaran, lebih-lebih lagi dengan orang yang aku kenal. Tapi bila orang cakap macam tu, mestilah aku ingatkan. At least, untuk minum airpun jadilah kalau tak adapun tak apalah sebab aku faham, aku bukanlah pengacara profesional seperti Aznil atau Raja Azura. Tibalah pada hari yang dijanjikan untuk rehearsal iaitu, sehari sebelum majlis. Demi kerana minat dan komitmen, berehat di hujung minggu aku ketepikan. Kerja rumah aku siapkan tergesa-gesa mana yang sempat. Yang tak sempat tu, belakang cerita. Aku kena jaga reputasi aku sebagai MC. Nama baik nak kena jaga tuuu... 4.00 Petang, aku tiba di lokasi yang dijanjikan. Khemah baru hendak didirikan. Salah seorang pekerja ku temui bertanya tempat untuk rehearsal. "Rehearsal kat mana ni?" "Tak tahu lagilah, Teja. Khemah belum siap. Pukul 5.00 lebih kot," "OK, kalau macam tu, saya pergi minum kejap. Kalau dah nak mula, call ye," "OK," Minum dengan cepat, bimbang kalau rehearsal nak bermula. Lepas solat Asar: Berada di lokasi yang sama. Kak Sal ku temui untuk bincang skrip. Dia seperti menurut semua apa yang aku tulis. Aku bimbang, takkanlah tak ada perubahan langsung? Setiap majlis yang aku acarakan, pasti ada perubahan. "Rehearsal bila ni, Kak Sal?" "Kena tanya Puan Sha (bukan nama sebenar)," Aik, siapa yang tuan rumah ni? Kenapa kena tanya orang lain pulak ni? Pelik betullah. "Puan Sha, rehearsal pukul berapa?" Masa tu pukul 5.00 lebih. "Malam sikit kot. Penari-penari sayapun belum sampai. Dia orang datang malam," Aku buat muka terkejut. "Malam? Kata pukul 4.00?" "Nanti kalau dah nak rehearsal, kita panggil. Teja ada kat sini je kan?" "Puan Sha, saya tinggal jauh. Saya tak duduk kat sini," Aku mula bengang. "Nanti kita panggil." Dia terus pergi mendapatkan orang pasang khemah. Bayangkan apa perasaan aku. Aku tunggu lagi. Siap boleh makan malam. Lepas tu cepat-cepat balik ke lokasi Solat Maghrib. Mungkin rehearsal pukul 8.00. Penarinya kan budak lagi. Takkan budak nak rehearsal pukul 10.00 kan? Jam 8.15 malam: Lokasi senyap-sunyi. Hanya ada beberapa orang sedang pasang khemah. Mana boleh tunggu khemah siap kalau macam ni. Majlis kan esok. Nak tak nak, rehearsal kena on untuk pastikan kelancaran majlis. Dia orang buat tak tahu je dengan aku. Call tidak, apa tidak. Sebaliknya, aku pulak yang kena selalu call dia orang. Ni dah terbalik ni. Melampau betullah! "Nor, rehearsal pukul berapa ni? Ada ke tidak?" Aku menghubungi pejabat Kak Sal, bercakap dengan staffnya. Malas aku nak berjalan masuk ke dalam. Mood dah mula hilang. Kalau kita marah, nanti dikatanya kita kurang ajar. Tapi sikap dia orang tu yang buat aku nak marah. Patutlah artis bergaduh dengan organizer, macam nilah halnya agaknya. "Tak tahu lagilah, Teja. Khemah belum siap," "Habis tu, bila nak tahunya? Ada ke tidak rehearsal ni? Saya tunggu dari pukul 4.00 petang tadi lagi. Ni dah pukul 8.15 malam. Takkan nak rehearsal pukul 10.00 kot? Saya tak boleh tunggulah lama-lama macam ni. Dah empat jam saya tunggu. Kalau tak ada, saya nak balik," Suara mula berubah, tegas tapi perlahan. "Kejap ye, Teja," "Kak Sal, Teja nak balik," Laungnya kepada Kak Sal. "Ha, baliklah, baliklah. Belum siap set up la. Rehearsal pagi esoklah sebelum majlis," Tanpa rasa bersalah, tanpa minta maaf. Kak Sal suruh aku balik macam tu je. Langsung tak ada rasa bersalah. Dahlah buang masa cuti aku. Lantak kaulah, majlis kau. Berterabur, aku tak tahu. Tapi, kalau berterabur, orang mesti salahkan MC. Orang takkan ambil tahu masalah MC. Keesokan harinya: Aku masuk office seperti biasa. Jangan harap aku nak terhegeh-hegeh pergi pejabat dia lagi macam semalam. Kalau dia rasa dia nakkan aku, dia panggil,. kalau takpun, tak apa. Majlis hari ni pasti akan kelam-kabut. Pukul 9.00 lebih, datang bagi tahu ada sedikit perubahan. Dengan tidak ada rasa bersalah dan tanpa minta maaf. Ada juga manusia macam ni, ye? Pukul 9.45: Aku dan tukang cue aku ke lokasi majlis. Ya Allah, rostrum untuk MC pun tak ada. "Mana tempat MC, Nor?" Tanya Kak Sida, tukang cue aku. "Tempat MC? Duduk sini dululah," Dengan blur, dia suruh kami duduk di suatu sudut. Tiba-tiba kedengaran paluan kompang. Eh, mana mic? Macam mana nak umum ketibaan? Terdengar satu suara menjerit. "Mana mic? Bagilah Teja, suruh dia umum datin dah sampai!" Suara itu adalah suara jemputan, bukan penganjur. Banyak lagilah keteraburan yang berlaku. Ha... Itulah, rehearsal tak nak. Pentingkan sangat khemah tu. Pendaftaranpun tak tahu siapa yang jaga. Paling aku sakit hati dengan Puan Sha. "Umumkan bla, bla, bla. Cepat!" Excuse me! Ingat aku ni siapa? Langsung tak tahu hormat orang. Macam lah aku ni student dia atau orang gaji dia. Bukan salah aku kalau tak cakap itu dan ini. Korang yang tak nak rehearsal, siapa suruh? Sabar Teja, sabar. Majlis ni. Maintain senyum, maintain bahasa, maintain suara. Bila salah umum, dah aku kena minta maaf. Memalukan! Dua tiga kalilah juga, benda yang pada asal nya bgini, tiba-tiba berubah tanpa pengetahuan aku. Macam mana majlis nak cantik? Menjatuhkan reputasi aku je. Lepas tu, aku ni dahlah tak ada tempat proper, bila aku bercakap, sibuk dia orang nak bercakap. Ada sekali tu, "Teja, Teja umumkan bla, bla, bla," Arah Kak Sal kepada aku. Aku dah hilang sabar. "Kak Sal jangan nak suruh saya cakap tu cakap ni eh. Confirmkan betul-betul dulu, baru suruh saya cakap. Nanti salah macam tadi, saya yang kena minta maaf. Malu tahu tak?" Terus dia terdiam. Lepas majlis: "Teja, minta maaflah, ada salah, kurang tadi," Lepas kena sound baru sedar ke? Aku tak kira! Aku dah bengang sangat ni. Aku nak basuh dia jugak! Peduli apa aku! Tak pernah pengacaraan aku seteruk ni! Ni lah majlis pling teruk dan pengacaraan paling teruk yang pernah aku buat. Kelancaran aku berbahasa memang dipuji oleh datin, tapi kesilapan dalam majlis tu, amat memalukan! Dahlah ada VIP. "Sebab itulah gunanya rehearsal. Sebab kita nak lancarkan majlis kita," "Yelah, nak rehearsalpun tak boleh, khemah tak siap, semalam," "Lain kali, kalau khemah tak siap, tak payah tunggu. Khemah tu tak penting. Yang penting, kelancaran majlis. Sepatutnya, kita rehearsal je dekat tempat lain. Kita cuma nak tahu perjalanan majlis je," "Tulah, Kak Sal pun first time buat majlis," "Patutnya, Kak Sal kena tanya orang, belajar." Dalam hati: Bukan pandai-pandai sendiri. Itu namanya bodoh sombong. Kenapa aku cata macam tu? Sebab orang yang berpengalaman dalam komuniti dia kompelen, semuanya dia pandai-pandai sendiri. Bila orang tanya, semuanya selesai, semuanya OK. "Tak apalah, Teja. Datin suka apa," "Bukan masalah datin suka atau tak, orang semua boleh cakap suka. Tapi kita tak tahu sebenarnya apa. Saya yang susah. Lain kali, kalau tak ada rehearsal, saya tak nak!" Tambah menyakitkan hati aku: Entah siapa namanya aku tak tahu makcik sorang ni. Tapi geng Kak Sallah. "Berapa umur dia?" Makcik tu tanya Kak Sida. "Kalau nak tanya, tanya sayalah. Buat apa tanya orang ketiga?" Kataku dengan sopan. Sebenarnya mengawal bengang aku. "Bla, bla, bla. Syukur alhamdulillah boleh bercakap depan orang ramai. Sayapun tak berani nak bercakap dalam majlis," "Saya dah biasa," Aku masih berlembut. "Itulah, boleh bercakap macam tupun dah syukur sangat," Astaghfirullahalazim! Dia ingat, aku ni tak nampak, aku bodoh sangat ke???!!! Orang buta yang tak ada gunanya, itu tanggapan orang dulu-dulu dan mungkin betul bagi orang buta yang tidak ada keyakinan diri. Pleaselah, tak semua orang buta tu bodoh! Jangan jumpa sorang yang tak berapa, dah pandang semua orang buta macam tu. Orang buta yang ambil PHD pun dah ramailah! Dan buat pengetahuan makcik nama siapa entah, saya ni ada ijazah dalam bidang ni, OK! Nak aje aku cakap macam tu. Bukan nak berlagak tapi nak buka pemikiran dia orang yang sempit tu. Dahlah kalau nak bercakap tu, bercakap dengan third party, ingat orang buta ni dungu sangat ke? Buta sahaja, bukan pekak. Tak nampak nak melihat, tapi boleh bercakap, so bercakap je dengan tuan punya badan, tak payah guna perantara. Teringat beberapa hari sebelum majlis, Masa tu, Nor ditugaskan untuk jadi cue aku. "Teja, dah buat ke teks MC? Nanti, masuk majlis tak tahu nak cakap apa. Malu kat orang," Biadabnya soalan! Dia ingat aku ni bodoh sangat ke? Kalau tak percayakan keupayaan aku, jangan invite aku jadi MC. "Teks apa?" Saja aku mainkan dia. Dia ingat, dia bagus sangat. Bercakap tu, bukan main berlagak dan sombong. Dia seolah-olah memandang rendah kepada aku. "Teks MC la. Nanti sampai masa, tak tahu apa nak cakap, malu je," "MC tak ada teks. skrip adalah," Selamba aku membalas. "Ha, skrip, siapa buatkan?" "Jangan risau K, kalau suruh saya jadi MC, A sampai Z, dari skrip sampai bercakap, semua saya buat," Nor ni memang sombong sikit. So, orang macam ni, kena ajar sikit. Kepada reader, maafkan aku kalau bahasa aku dalam entri kali ni agak keras dan kasar. Sebab aku geram sangat dengan orang yang sempit mentaliti ni.