Thursday, March 28, 2013

Jangan Berangan Mengubah Dunia

Tujuan aku menulis, bukan untuk mengaibkan sesiapa. Aku sekadar meluahkan rasa apabila kisah silam terimbau. Suatu hari, ketika aku duduk-duduk dengan MF: MF: Ayang, Ayang tahu tak? Ayang ada semua ciri wanita idaman abang. (Hatiku mula berbunga-bunga demi mendengarkan ayat itu. Aku senyum.) Tapi... Satu je... Teja: Apa dia? MF: Sayang, ayang tak nampak. (Demi mendengarkan itu, senyuman yang tadinya menghiasi bibir, mati serta-merta.) Teja: Abang, nilai kebahagiaan bukan letak pada kesempurnaan lahiriah. Tapi pada hati. MF: Tapi sebab tulah kita banyak masalah. Famili abang tak suka. Hidup kitapun susah, nak pergi mana-manapun kena naik public transport. Abang tak biasa ayang, tak biasa nak susah-susah naik public transport. Nak beli barangpun susah. Nak tahu harga kena tanya orang, Nak pilih barangpun kadang-kadang kena minta tolong orang. Kalau pergi majlis, orang kena sendukkan makan. Kalau ayang nampakkan senang, ayang boleh buatkan untuk abang. Ya Allah! Belati apakah ini? Begitu tajam menghiris hatiku. Aku mula sebak. Ini seakan penghinaan. Aku bukan selemah yang disangkakan cuma dia yang sering memandang rendah pada aku. Kenapa lelaki pulak yang nak kena bergantung pada perempuan? Dunia dah terbalik agaknya. Teja: Ya Allah! abang, salah ayang ke semua ni? Ayang tak pernah minta jadi macam ni. Tapi Tuhan yang nak uji ayang dengan benda ni. Sepatutnya kita pasrah pada ketentuan Dia. Sekurang-kurangnya ayang nampak juga warna, abang pun rabun, bukan tak nampak langsung. Kalau nak cakap fasal public transport, ayang pun tak biasa. Dulu, ke mana-mana naik kereta, abah yang hantar ayang. Tapi sampai bila nak bergantung pada orang? Ayang terima suratan Tuhan, jadi ayang harus bangkit, belajar hidup sendiri walaupun susah. Akhirnya, ayang tak rasa semua ni susah. Ayang rasa biasa je. Ramai je orang nampak naik public transport. Kita tak bolehlah negatif sangat. Kita kena positif. Aku mula menangis. MF: Ayang bercakap senanglah. Abang yang tanggung. Teja: Apa pulak ayang bercakap senang? Ayang cakap, sebab ayang yang lebih dulu rasa. Ayangpun normal juga dulu. Sebab tulah, abang kena bergaul dengan orang macam kita. Tapi abang tak nak. Abang selalu pandang negatif pada orang senasib. Kalau abang nak kebahagiaan yang lahir dari hati, insya-Allah ayang boleh bagi. Tapi kalau abang nak kesenangan luaran, ayang minta maaf, ayang tak mampu. MF: Tapi ayang baik. Baik sangat. Abang takut, kalau abang lepaskan ayang, abang takkan dapat orang yang sebaik ayang. Teja: Kalau masih ada secebis rasa sayang abang pada ayang, bagilah ayang peluang untuk buktikan pada abang yang kita boleh bahagia. Tapi, kalau sebab ayang tak nampak isunya, terserahlah pada abang. Mana tahukan, kalau abang dapat pengganti yang sama macam ayang, tambah normal. Mesti abang bahagia. MF: Tak mungkin abang akan jumpa dengan orang macam ayang lagi. Maaf ye ayang, sebab buat ayang sedih. Teja: kalau abang tak nak ayang, abang kena cakap terus-terang. Abang jangan aniaya ayang. Jangan main-mainkan ayang. MF: Kenapa? Supaya senang ayang cari orang lain? Abang tahulah, ada orang suka kat ayang kan? Teja: Kalau abang tinggalkan ayang tak salahkan? Biarlah ayang bagi kasih sayang ayang pada yang memerlukan. Kerana sayang, aku tempuh segalanya demi dia. Sepatutnya, masa tu aku terus pergi je dari dia. Sebab memang sah dia tidak mampu menerima seadanya aku. Bukankah cinta itu bermaksud, menerima pasangan seadanya? Aku ingtkan aku boleh ubah dunia, ubah hati orang, tapi aku silap!!! Aku gagal!!! Tapi aku tak menyesal. Sekurang-kurangnya, aku dah cuba yang terbaik. Aku dah bagi banyak peluang. Jadi aku tak terkilan kalau aku tidak mampu lagi untuk berpaling.

4 comments:

Anonymous said...

lumrah dunia.Org mcm tu mmg x pndi menilai.Sometimes dia rasa yg diri dia tu sempurna sgt walhal org yg kurang sempurna nie lbh baik dr dia.Hati sapa tak sakit bila org yg kita syg rendahkn diri kita mcm tu kan.Bagi saya org mcm dia tu x layak utk awk.Klu dia depan sy, da lama selipar jamban sy nie kt mulut dia.huhuhu

Tun Teja said...

Hahahaha... Garangnya awak ni. Tapi awak dah lambat, diapun dah tak ada dengan saya. Tapi bukan salah dia seratus pratus, saya pun salah juga. Saya lemah dan bodoh. Saya yang memberi ruang kepada dia untuk buat saya macam tu. Kalau saya tegas dari awal perkenalan mungkin semua ni tak berlaku. Sekurang-kurangnya, saya ada pengalaman :)

Anonymous said...

yerpp...u rite..pengalaman tu buat kita matang dalam sesuatu perkara kan..jgn persalahkn diri awak tuk org mcm tu..lepas nie kita kena tegas la nie..supaya xda orang nak pandang rendah dgn kita lg..:)

Tun Teja said...

Ye. Semoga kita sama-sama dijauhkan dari situasi ni. Amin...