Saturday, March 2, 2013
Majlis Batang Buruk
Kenapa aku namakan majlis ni majlis batang buruk? Sebab ianya berterabur macam kita makan Kuih Batang Buruk tu.
Sebenarnya majlis ni adalah majlis perasmian pembukaan X. Aku telah diundang sebagai pengacara. Perasminya adalah isteri orang kenamaan negara kita. So, aku kira, majlis ni pasti berjalan dengan lancar dan didahului dengan rehearsal penuh. Jadi, dapatlah aku meminimumkan kesilapan sepanjang majlis berlangsung. Korang pun tahukan, pengacara atau MC memainkan peranan penting dalam sesebuah majlis. Malah, di bahu MC lah terletaknya hala tuju majlis sama ada jaya atau tidak, membosankan atau sebaliknya. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku bakat untuk menjadi MC majlis rasmi dan hiburan. Alangkah majlis hiburanpun ada rehearsal apa lagi majlis rasmi. Sebelum-sebelum ni, setiap majlis yang aku acarakan tak kira rasmi atau santai pasti ada rehearsal kecuali majlis kecil.
"Ala, Teja tolonglah. Nanti Kak Sal (bukan nama sebenar) hulurlah sikit-sikit." Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang ni, jadi aku tak berapa kisah sangat tentang bayaran, lebih-lebih lagi dengan orang yang aku kenal. Tapi bila orang cakap macam tu, mestilah aku ingatkan. At least, untuk minum airpun jadilah kalau tak adapun tak apalah sebab aku faham, aku bukanlah pengacara profesional seperti Aznil atau Raja Azura.
Tibalah pada hari yang dijanjikan untuk rehearsal iaitu, sehari sebelum majlis. Demi kerana minat dan komitmen, berehat di hujung minggu aku ketepikan. Kerja rumah aku siapkan tergesa-gesa mana yang sempat. Yang tak sempat tu, belakang cerita. Aku kena jaga reputasi aku sebagai MC. Nama baik nak kena jaga tuuu...
4.00 Petang, aku tiba di lokasi yang dijanjikan. Khemah baru hendak didirikan. Salah seorang pekerja ku temui bertanya tempat untuk rehearsal.
"Rehearsal kat mana ni?"
"Tak tahu lagilah, Teja. Khemah belum siap. Pukul 5.00 lebih kot,"
"OK, kalau macam tu, saya pergi minum kejap. Kalau dah nak mula, call ye,"
"OK,"
Minum dengan cepat, bimbang kalau rehearsal nak bermula.
Lepas solat Asar:
Berada di lokasi yang sama. Kak Sal ku temui untuk bincang skrip. Dia seperti menurut semua apa yang aku tulis. Aku bimbang, takkanlah tak ada perubahan langsung? Setiap majlis yang aku acarakan, pasti ada perubahan.
"Rehearsal bila ni, Kak Sal?"
"Kena tanya Puan Sha (bukan nama sebenar),"
Aik, siapa yang tuan rumah ni? Kenapa kena tanya orang lain pulak ni? Pelik betullah.
"Puan Sha, rehearsal pukul berapa?" Masa tu pukul 5.00 lebih.
"Malam sikit kot. Penari-penari sayapun belum sampai. Dia orang datang malam," Aku buat muka terkejut.
"Malam? Kata pukul 4.00?"
"Nanti kalau dah nak rehearsal, kita panggil. Teja ada kat sini je kan?"
"Puan Sha, saya tinggal jauh. Saya tak duduk kat sini," Aku mula bengang.
"Nanti kita panggil." Dia terus pergi mendapatkan orang pasang khemah. Bayangkan apa perasaan aku.
Aku tunggu lagi. Siap boleh makan malam. Lepas tu cepat-cepat balik ke lokasi Solat Maghrib. Mungkin rehearsal pukul 8.00. Penarinya kan budak lagi. Takkan budak nak rehearsal pukul 10.00 kan?
Jam 8.15 malam:
Lokasi senyap-sunyi. Hanya ada beberapa orang sedang pasang khemah. Mana boleh tunggu khemah siap kalau macam ni. Majlis kan esok. Nak tak nak, rehearsal kena on untuk pastikan kelancaran majlis. Dia orang buat tak tahu je dengan aku. Call tidak, apa tidak. Sebaliknya, aku pulak yang kena selalu call dia orang. Ni dah terbalik ni. Melampau betullah!
"Nor, rehearsal pukul berapa ni? Ada ke tidak?" Aku menghubungi pejabat Kak Sal, bercakap dengan staffnya. Malas aku nak berjalan masuk ke dalam. Mood dah mula hilang. Kalau kita marah, nanti dikatanya kita kurang ajar. Tapi sikap dia orang tu yang buat aku nak marah. Patutlah artis bergaduh dengan organizer, macam nilah halnya agaknya.
"Tak tahu lagilah, Teja. Khemah belum siap,"
"Habis tu, bila nak tahunya? Ada ke tidak rehearsal ni? Saya tunggu dari pukul 4.00 petang tadi lagi. Ni dah pukul 8.15 malam. Takkan nak rehearsal pukul 10.00 kot? Saya tak boleh tunggulah lama-lama macam ni. Dah empat jam saya tunggu. Kalau tak ada, saya nak balik," Suara mula berubah, tegas tapi perlahan.
"Kejap ye, Teja," "Kak Sal, Teja nak balik," Laungnya kepada Kak Sal. "Ha, baliklah, baliklah. Belum siap set up la. Rehearsal pagi esoklah sebelum majlis," Tanpa rasa bersalah, tanpa minta maaf. Kak Sal suruh aku balik macam tu je. Langsung tak ada rasa bersalah. Dahlah buang masa cuti aku. Lantak kaulah, majlis kau. Berterabur, aku tak tahu. Tapi, kalau berterabur, orang mesti salahkan MC. Orang takkan ambil tahu masalah MC.
Keesokan harinya:
Aku masuk office seperti biasa. Jangan harap aku nak terhegeh-hegeh pergi pejabat dia lagi macam semalam. Kalau dia rasa dia nakkan aku, dia panggil,. kalau takpun, tak apa. Majlis hari ni pasti akan kelam-kabut. Pukul 9.00 lebih, datang bagi tahu ada sedikit perubahan. Dengan tidak ada rasa bersalah dan tanpa minta maaf. Ada juga manusia macam ni, ye?
Pukul 9.45:
Aku dan tukang cue aku ke lokasi majlis. Ya Allah, rostrum untuk MC pun tak ada.
"Mana tempat MC, Nor?" Tanya Kak Sida, tukang cue aku.
"Tempat MC? Duduk sini dululah," Dengan blur, dia suruh kami duduk di suatu sudut.
Tiba-tiba kedengaran paluan kompang. Eh, mana mic? Macam mana nak umum ketibaan? Terdengar satu suara menjerit. "Mana mic? Bagilah Teja, suruh dia umum datin dah sampai!" Suara itu adalah suara jemputan, bukan penganjur.
Banyak lagilah keteraburan yang berlaku. Ha... Itulah, rehearsal tak nak. Pentingkan sangat khemah tu. Pendaftaranpun tak tahu siapa yang jaga. Paling aku sakit hati dengan Puan Sha. "Umumkan bla, bla, bla. Cepat!" Excuse me! Ingat aku ni siapa? Langsung tak tahu hormat orang. Macam lah aku ni student dia atau orang gaji dia. Bukan salah aku kalau tak cakap itu dan ini. Korang yang tak nak rehearsal, siapa suruh? Sabar Teja, sabar. Majlis ni. Maintain senyum, maintain bahasa, maintain suara. Bila salah umum, dah aku kena minta maaf. Memalukan! Dua tiga kalilah juga, benda yang pada asal nya bgini, tiba-tiba berubah tanpa pengetahuan aku. Macam mana majlis nak cantik? Menjatuhkan reputasi aku je. Lepas tu, aku ni dahlah tak ada tempat proper, bila aku bercakap, sibuk dia orang nak bercakap. Ada sekali tu,
"Teja, Teja umumkan bla, bla, bla," Arah Kak Sal kepada aku. Aku dah hilang sabar.
"Kak Sal jangan nak suruh saya cakap tu cakap ni eh. Confirmkan betul-betul dulu, baru suruh saya cakap. Nanti salah macam tadi, saya yang kena minta maaf. Malu tahu tak?" Terus dia terdiam.
Lepas majlis:
"Teja, minta maaflah, ada salah, kurang tadi," Lepas kena sound baru sedar ke? Aku tak kira! Aku dah bengang sangat ni. Aku nak basuh dia jugak! Peduli apa aku! Tak pernah pengacaraan aku seteruk ni! Ni lah majlis pling teruk dan pengacaraan paling teruk yang pernah aku buat. Kelancaran aku berbahasa memang dipuji oleh datin, tapi kesilapan dalam majlis tu, amat memalukan! Dahlah ada VIP.
"Sebab itulah gunanya rehearsal. Sebab kita nak lancarkan majlis kita,"
"Yelah, nak rehearsalpun tak boleh, khemah tak siap, semalam,"
"Lain kali, kalau khemah tak siap, tak payah tunggu. Khemah tu tak penting. Yang penting, kelancaran majlis. Sepatutnya, kita rehearsal je dekat tempat lain. Kita cuma nak tahu perjalanan majlis je,"
"Tulah, Kak Sal pun first time buat majlis,"
"Patutnya, Kak Sal kena tanya orang, belajar." Dalam hati: Bukan pandai-pandai sendiri. Itu namanya bodoh sombong. Kenapa aku cata macam tu? Sebab orang yang berpengalaman dalam komuniti dia kompelen, semuanya dia pandai-pandai sendiri. Bila orang tanya, semuanya selesai, semuanya OK.
"Tak apalah, Teja. Datin suka apa,"
"Bukan masalah datin suka atau tak, orang semua boleh cakap suka. Tapi kita tak tahu sebenarnya apa. Saya yang susah. Lain kali, kalau tak ada rehearsal, saya tak nak!"
Tambah menyakitkan hati aku:
Entah siapa namanya aku tak tahu makcik sorang ni. Tapi geng Kak Sallah.
"Berapa umur dia?" Makcik tu tanya Kak Sida.
"Kalau nak tanya, tanya sayalah. Buat apa tanya orang ketiga?" Kataku dengan sopan. Sebenarnya mengawal bengang aku.
"Bla, bla, bla. Syukur alhamdulillah boleh bercakap depan orang ramai. Sayapun tak berani nak bercakap dalam majlis,"
"Saya dah biasa," Aku masih berlembut.
"Itulah, boleh bercakap macam tupun dah syukur sangat," Astaghfirullahalazim! Dia ingat, aku ni tak nampak, aku bodoh sangat ke???!!! Orang buta yang tak ada gunanya, itu tanggapan orang dulu-dulu dan mungkin betul bagi orang buta yang tidak ada keyakinan diri. Pleaselah, tak semua orang buta tu bodoh! Jangan jumpa sorang yang tak berapa, dah pandang semua orang buta macam tu. Orang buta yang ambil PHD pun dah ramailah! Dan buat pengetahuan makcik nama siapa entah, saya ni ada ijazah dalam bidang ni, OK! Nak aje aku cakap macam tu. Bukan nak berlagak tapi nak buka pemikiran dia orang yang sempit tu. Dahlah kalau nak bercakap tu, bercakap dengan third party, ingat orang buta ni dungu sangat ke? Buta sahaja, bukan pekak. Tak nampak nak melihat, tapi boleh bercakap, so bercakap je dengan tuan punya badan, tak payah guna perantara.
Teringat beberapa hari sebelum majlis, Masa tu, Nor ditugaskan untuk jadi cue aku.
"Teja, dah buat ke teks MC? Nanti, masuk majlis tak tahu nak cakap apa. Malu kat orang," Biadabnya soalan! Dia ingat aku ni bodoh sangat ke? Kalau tak percayakan keupayaan aku, jangan invite aku jadi MC.
"Teks apa?" Saja aku mainkan dia. Dia ingat, dia bagus sangat. Bercakap tu, bukan main berlagak dan sombong. Dia seolah-olah memandang rendah kepada aku.
"Teks MC la. Nanti sampai masa, tak tahu apa nak cakap, malu je,"
"MC tak ada teks. skrip adalah," Selamba aku membalas.
"Ha, skrip, siapa buatkan?"
"Jangan risau K, kalau suruh saya jadi MC, A sampai Z, dari skrip sampai bercakap, semua saya buat," Nor ni memang sombong sikit. So, orang macam ni, kena ajar sikit.
Kepada reader, maafkan aku kalau bahasa aku dalam entri kali ni agak keras dan kasar. Sebab aku geram sangat dengan orang yang sempit mentaliti ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
agak pjgn entri kali nie ya..tp sy sokong ayat awak..suppose ada rehearsal..lain kali bg lg ayat kaw2 kt org mcm tu.kena sedarkn diri dorang tu yg kita nie bukan senang d pijak2..
Hahaha panjanglah sebab tak puas membebel hari tu. saya tak suka nak marah orang. Tapi kadang-kadang terpaksa. Sayapun bukan bagus sangat. Cuma saya tak pandai pura-pura. Kalau tak suka, saya cakap terus-terang dan begitulah sebaliknya.
Post a Comment