Monday, March 18, 2013

Cukuplah Dengan Apa Yang Pernah Ku Lalui

Entri kali ni, bukanlah untuk menonjolkan kesilapan atau kekurangan sesiapa, jauh sekali untuk mengaibkan orang. Idea kali ni timbul dari soalan seorang reader: "Betul ke dah tak ada rasa apa-apa pada MF?" Hahaha... Cinta pertama! Tidak ada sorangpun manusia akan melupakan cinta pertamanya. Begitu juga aku yang tulus mencintai dia sehinggakan, aku dibutakan cinta. Masa tengah asyik-masyuk dilamun cinta, semuanya indah. Aku seolah-olah hidup dalam sebuah taman yang penuh dengan bunga-bunga yang sedang berkmebang mekar dengan semerbak harumnya. Sehinggakan aku merasa terlalu bahagia meskipun amat menyakitkan. Aku merasakan, dialah lelaki paling sempurna, paling hebat, paling bagus dan rugi sekiranya aku tidak bersama dia. Lantas, aku merelakan hati ini disakiti, ditipu dan diperbodohkan. Aku membiarkan saja diri ini diperlakukan sesuka hati meskipun keadaan ini amat berbeza dengan perwatakanku. Aku berubah menjadi orang lain seratus pratus. Berpusing 360 darjah! Sampai aku sendiripun tidak mengenali diriku ketika itu. Jadi, kehancuran cintaku yang lalu, adalah berpunca daripada aku sendiri: a. Mencintai dia sepenuh hati sehingga tidak nampak kelemahan dan kekurangannya. b. Dari seorang yang punya prinsip dan pendirian sendiri menjadi seorang yang terlalu lembut dan mendengar kata. c. Dari seorang yang bijak menjadi seorang yang bodoh. d. Dari seorang yang berhati-hati dan tidak mudah percaya kepada orang, menjadi seorang yang mudah percaya dan sering memaafkan dan memberi peluang meskipun kesilapan yang dilakukan sering berulang. e. Sering membiarkan diri dipersendakan walhal aku seorang yang tidak suka memberi peluang untuk orang mempermainkan aku. f. Sering kalah dalam perdebatan meskipun mempunyai ruang untuk berhujah dan menangkap kesilapan orang. g. Terlalu takut kehilangan si dia sehingga merelakan diri dipermainkan meskipun aku sebenarnya seorang yang boleh berdiri atas kaki sendiri tanpa perlu bergantung pada orang - sebab tulah orang boleh buat aku macam-macam. h. Sering lemah dan menangis sedangkan aku sebenarnya seorang yang kuat. i. Menjadi takut kepada orang walhal aku sebenarnya seorang yang berani kerana benar, takut kerana salah. j. Berlakon seolah-olah tidak tahu, sedangkan aku tahu aku dicurangi. Walhal, aku pantang orang berbuat demikian kepadaku. k. Aku jadi penurut kata yang setia meskipun arahan atau permintaan yang dibuat tidak aku sukai sedangkan aku sebenarnya seorang yang berdikari dan pandai membuat keputusan. l. Aku berubah seratus pratus menjadi orang lain mengikut acuan si dia sehingga aku bukan lagi aku. Bodohkan??? Bak kata orang, lelaki ni, tidak boleh terlalu lembut dengan mereka, kelak nanti, mereka akan naik lemak dan pijak kepala kita. Begitulah yang terjadi pada aku. Kesan daripada kebodohan aku di atas: 1. Aku yang sememangnya suka berkawan dan mesra dengan kawan, menjadi jauh daripada kawan-kawan kerana si dia tidak sukakan sesetengah daripada kawan aku walaupun kawan aku baik terhadapku. Sungguh! Aku bencikan hal ini, kerana aku sayangkan kawan-kawan. Oleh sebab itu, aku berkawan secara sembunyi. 2. Aku yang peramah, perlu menjadi seorang yang bukan peramah sebab dia tidak mahu aku berkenalan dengan ramai orang. 3. Aku yang aktif terpaksa menjadi pasif. Maknanya, segala aktiviti lasakku perlu dihentikan sebab dia tak mahu aku terlibat dalam aktiviti lasak kerana risau kalau apa-apa berlaku pada diriku. 4. Aku yang dikurniakan dengan bakat seni seperti menyanyi dan mengacara, tidak boleh melakukan apa yang aku suka atau menonjol dengan bakat kurniaan tersebut sebab dia tidak mahu aku dikenali ramai. Alasannya, biarlah segala keindahan atau kesenianku eksklusif hanya untuknya. Bukanlah nak sangat buat maksiat, kalau tak bagi nyanyipun, bagilah jadi pengacara. 5. Aku tidak dibenarkan terlibat dalam mana-mana kelab dan persatuan, jauh sekali diizinkan memegang jawatan sedangkan aku seorang perempuan yang punya kebolehan untuk jadi pemimpin. Aku sungguh rimas dengan keadaan ini. Aku diperlakukan seperti perempuan bodoh, lemah. Sedangkan aku seorang perempuan yang ada cita-cita dan wawasan. Mungkin padanya, perempuan hanya layak jadi penurut perintah. Sedangkan dia, bebas menyertai aktiviti kesukaannya, berpersatuan dan sebagainya. 6. Aku tidak boleh bercakap baik, melayan apatah lagi berbual dengan lelaki lain. Eh! Dia ingat semua orang nak ambil makwa dia ni ke? Ingat aku ni hebat sangat? Cantik sangat? Bagus sangat? Tak salah berkawankan? Aku mahu baik dengan semua orang. Takkan nak bermusuh? Ingat aku macam dia? Asal berkenalan dengan perempuan je, nak mengorat, mengayat. 7. Aku hanya boleh menerima segala apa yang dilakukan terhadapku. Aku tidak bebas untuk menasihatinya walaupun dalam soal agama, aku tidak boleh menyatakan pendapatku, menegur dan mengkritik. Sebaliknya, aku perlu terima semua kritikan, teguran dan apa saja daripadanya biarpun sebenarnya aku benar dan dia silap dan adakalanya, kritikannya berbaur penghinaan, cacian dan mempersendakanku. Ya Allah! Betapa lemahnya aku ketika itu. Aku perlu mengikut semua katanya sedangkan dia, boleh berbuat sesuka hati dan banyak daripada masanya bukan untukku. Bagaimana aku perlu hidup tanpa kawan, tanpa kegiatan yang aku suka sedangkan dia sendiri tidak mengendahkan aku? Kini, aku sendiri tertanya-tanya, macam mana aku boleh lalui masa itu dahulu? Kesimpulan yang dapat aku buat, Aku ketika itu gila! Benarlah kata orang, orang yang bercinta itu gila! Aku tidak waras seperti sekarang. Semuanya kerana kekurangan, kelemahan dan kebodohanku. Jadi, perlukah aku mengulangi saat itu kembali setelah aku kembali kepada diriku yang sebenarnya? Manusia mungkin berubah, tidak terkecuali dia. Tapi hati yang telah disakiti tidak mudah pulih. Perlukah memberi peluang yang entah keberapa kali kepada orang yang sama jika peluang itu diminta sekali oleh orang lain? Kini, aku adalah aku, mengikut acuanku, berpandukan akal waras dan bimbingan daripada mereka yang sering menyokong aku. Mendorong aku untuk bangkit, cuba menolak aku ke puncak dengan galakan dan nasihat mereka. Aku tenang begini. Menjadi diri sendiri, punya pendirian dan prinsip, bebas melakukan apa yang aku suka mengikut batasan tertentu. Dan aku sedar, betapa aku memerlukan seorang lelaki yang mendorong kepada kejayaanku bukan menghalang peluangku. Aku perlukan seseorang yang menghormati dan memahami aku. Paling penting, menerima apa adanya aku, kelemahan dan kekuatanku, kekurangan dan kelebihanku. Melainkan Allah tetapkan jodohku adalah MF.

4 comments:

Anonymous said...

saya minta maaf. Saya xtau dia layan awak teruk mcm nie. Sedihnya baca entri kali nie. Perkara nie penah terjadi dkt sy. Mmg gila kan ikut ckp org yg mcm tu. Saya kagum ngn awak. Doa sy sntiasa ada utk awak. Moga awak temui cinta lelaki yg sejati. Dan bout MF sy tarik balik ckp sy. Klu sekali buat tidak pa, nie bnyk kali. Penyesalan akan ada pada dia kerna melepaskan awak..percaya la..

Tun Teja said...

Eh, awak janganlah rasa bersalah. Awak tak perlu minta maafpun, awak tak salah. Cuma saya dapat idea bila awak tanya je, lagipun, semalam saya baca entri 16 Oktober, 2008. Tu yang tulis entri ni. Maaflah kalau awak terasa. Awakpun ada pengalaman yang sama? Awak ada blog? Bolehlah saya baca blog awak pulak kalau tak keberatan. Oh ya, terima kasih atas doa awak. Semoga awakpun akan jumpa lelaki yang baik. Amin...

Anonymous said...

insyaALLAH kita akan jmpa lelaki yg baik. Maaf sy xda blog. Saya suka baca blog org ja nie. Ada fb x? nak add jgk klu ada fb ^_^

Tun Teja said...

Ya, amin... FB? Ada. Tapi memandangkan blog ni blog private, boleh tak awak bagi saya email awak, nanti saya send nama FB saya. Atau, tinggalkan komen pada blog satu lagi