Monday, July 8, 2019

Orang Tak Tahu

Aku juga seperti kebanyakan orang. Bila bercakap bab poligami, aku merasakan isteri pertama tu baik sangat dan dia dianiaya. Aku juga seperti orang ramai, bila bercakap bab poligami, suami itu jahat sangat. Tak cukup dengan satu, gatal, jahat, menganiaya. Dan aku masih berfikiran seperti majority orang, bila bercakap bab poligami, yang kedua tu jahat, menganiaya isteri pertama, mempengaruhi suami atau kekasih untuk mempengaruhi isteri pertama. Namun... Apa yang kita sangkakan itu tak selalunya betul. Bila aku sendiri dalam situasi begini dan di posisi yang kedua, baru aku tahu bahawa yang kedua itu bukan yang indah-indah je macam yang orang selalu cakap. Dan bila aku berada dalam situasi begini, baru aku tahu bahawa bukan semua lelaki yang nak berpoligami tu jahat. Bukan semua lelaki yang nak kahwin lagi tu gatal. Bukan semua lelaki yang ada orang baru tu menganiaya isteri. Pokok-pangkalnya, hati. Tak kiralah kita di posisi manapun, isteri pertama, suami atau kedua, kita yang memilih untuk menjadi yang bagaimana dengan izin Allah. Aku malas nak komen tentang yang di sana sebab aku tak kenal dia. Jadi, bimbang nanti aku menuduh dan memfitnah. Nanti tambah dosa lagi. Tapi untuk aku, apa yang aku lalui sebagai orang kedua, walaupun belum menjadi isteri, perkara paling penting yang perlu aku buat adalah mensucikan hati. Bila hati kita bersih, barulah kita boleh redha dengan ketentuan ini. Barulah kita boleh terima yang kita sebenarnya berkongsi. Barulah kita boleh terima yang lelaki yang kita sayang tu bukan hanya ada kita sorang. Perhatiannya perlu dibahagi-bahagikan. Jadi orang kedua ni juga, mengajar aku erti tabah dan kuat. Bukan sekadar kuat untuk diri sendiri, tetapi juga untuk orang yang kita sayang. Dalam saat-saat genting begini, ada waktunya perasaan kita perlu diketepikan demi orang yang kita cintai. Apapun, dalam semua urusan, kita libatkan Allah. Maka Allah akan bantu kita. Aku sangat yakin dengan ini. Kalau ditanya bagaimana aku boleh melakukannya? Aku sendiripun tak tahu macam mana aku boleh jadi begini. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana aku tidak menjadi orang yang mengeruhkan keadaan setakat ini. Pandangan aku terhadap lelaki pula atau kepada dia, aku lihat usahanya untuk memenuhi keperluan kedua-dua pihak. Tapi, dalam waktu-waktu begini, dia banyak teruji keegoan, kesabaran serta kemarahannya. Kadang-kadang aku belas kepadanya. Aku sering katakan sabar, jangan marah, tenang, tapi bila aku renung akan apa yang dilaluinya di sana, aku sendiripun belum tentu mampu bertahan. Tapi bagaimana harus aku bantu dia? Nak nasihatkan yang kat sana? Jauh sekalilah. Silap-silap nanti aku yang dihentam. Bila melihatkan apa yang dia lakukan, aku tahu dia cuba untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah sebaik mungkin walaupun dalam keadaan dia diuji kesabaran dan dicabar egonya. Aku juga melihat bagaimana dia bersungguh-sungguh untuk menjadikan cinta kami sebagai rialiti meskipun terpaksa mengharungi keadaan yang sangat getir. Itu menunjukkan kasih sayangnya padaku. Bukan bermakna dia mahu mengorbankan apa yang dia ada. Mungkin ada sesuatu yang membuatkan dia jatuh cinta sekali lagi. Kita tak boleh menghukum apa yang kita lihat kerana hal rumahtangga seseorang tu terlalu peribadi. Tambah pula orang lelaki ni kan perahsia. Mana mungkin dia sibuk bercerita di mana-mana tentang perasaannya. Setakat ini, Alhamdulillah, biarpun kami diuji, perasaan sayangku padanya semakin dalam. Rindu ini setiap hari kuat mencengkam jiwa dan sanubari. Kali ni, aku rasa aku dan dia telah cuba sehabis baik untuk hubungan ini. Kami berusaha untuk merialisasikannya. Cuma, tinggallah ketentuan Allah sahaja yang masih belum kami ketahui. Semoga Allah izinkan impian kami menjadi kenyataan. Aku ingin sentiasa bersamanya, biarpun tidak sentiasa dia di depan mata. Aku ingin membahagiakannya, ingin dibelai dan dimanja olehnya, ingin membelai dan memanjakannya, ingin menikmati saat-saat romantis bersama, ingin melalui masa-masa duka dan bahagia bersama di dunia dan menjadi ketua bidadarinya di syurga. Amin Ya Allah, Tiada tempat untuk aku sandarkan harapan ini melainkan padaMu Tuhan sebaik-baik perancang. Aku memohon kepadaMu, Allah yang Maha Berkuasa atas segala-galanya.

No comments: