Thursday, July 11, 2019

Peguam Cara

Selasa, 9 Julai, 2019: MNG bertemu dengan En. Yazid, peguam syarie yang mungkin dilantik sebagai peguamnya untuk urusan mahkamah syarie dan menjawab segala tuntutan dibuat defendan. . Pada awalnya ingin bertemu di pejabatnya di Bangi. Saat akhir, tukar plan, bertemu di Sunway Putra Mall. MNG ada bertanyakan kepadaku sama ada mahu ikut sama atau tidak? Ikut hati memanglah nak ikut. Nak tahu jugak serba sedikit tentang mahkamah ni. Tapi bila difikirkan balik, tak perlulah. Takut nanti mereka mahu berbincang perkara-perkara yang menjurus kepada peribadi dan sensitive. Biar orang lelaki berdiskusi sesama lelaki. Kan lebih baik. MNG memberitahuku serba sedikit isi perbincangan. Ada perkara yang telah kami ramalkan. Kos peguam? Wow! Boleh tahan jugak. Setiap kali mahkamah ada bayaran lain pulak. Tapi inilah usaha dan ikhtiar kami. MNG bertanyakan pendapatku tentang peguam yang bakal dilantik sama ada peguam di Bangsar atau Yazid? Aku serahkan pada keselesaannya kerana dia yang akan berurusan dengan peguam. Aku lebih suka dia melantik peguam lelaki. Mudah untuk berbicara. Lelaki lebih faham lelaki kan? Dan, setelah berfikir, menimbang tara dan menyukat, MNG akhirnya melantik En. Yazid dari Yazid Saat & Associates sebagai peguamnya. So, kita tunggu tuntutan daripada pihak defendan pada 18 Julai depan. Berdebar jugak ni. Takut jugak kalau nak mempertahankan hak yang belah sana, hak aku terabai atau tertindas. Apapun, aku percaya pada ketentuan Allah dan aku percaya kepada kebijaksanaan MNG dalam menangani masalah ini. Semoga kesemua pihak mendapat keadilan dan tiada yang teraniaya. Insya-Allah. Jika kita ikhlas, Allah akan tolong. Jangan takut Teja, Allah sentiasa ada dan pertolongan Allah akan datang pada bila-bila masa, di mana-mana dan pada waktu yang tak terduga. Yakin saja pada kuasa dan kebijaksanaan Allah.

No comments: