Abang cakap, abang busy sampai semalam dari Jumaat hari tu. So aku memang nantikan hari ni. Mungkin boleh text dengan abang. Sebab abang dah tak busy. Tapi, mungkin trauma lama bila text orang tak nak layan or orang marah dan keadaan kami akhir-akhir ni seolah menjadi perkara yang sama, aku takut nak text abang dulu. Aku nak text dia, kebetulan nampak last seen dia pukul 7.15 pagi. Mesti dia nak pergi office. Lantas, aku tutup whatsapp. Bimbang dimarahi pagi-pagi buta. Logiknya, tak perlu marah. Just aku nak tanya pergi office tak? Tapi manalah tahu kot-kot angin dia tak baik. Aku teruskan bacaan Alquranku yang terhenti. Kalau Allah izinkan, abang akan text aku. Dan kalau Allah gerakkan hatiku untuk text dia, nanti aku akan text.
Dalam aku asyik bertadabur, Whatsapp masuk. Dari abang. Aku menghabiskan Surah Al-Nisak yang hanya tinggal beberapa ayat lagi. Setelah tamat, aku mendapatkan telefon bimbitku. Dia memberi salam dan memberitahuku yang dia nak ke ofis. Aku rasa sebak. Rasa Allah itu dekat. Allah dengar rintihanku. Bukan merintih apa. Minta Allah tunjukkan aku cara bagaimana untuk memperbaiki diri dan hubungan ini.aku membalas seperti biasa.
Beberapa lama kemudian, aku mengirimkan Whatsapp kepadanya bertanya keberadaannya. Jawapannya ringkas “Dah,” sebagai jawapan kepada soalanku dah sampai ofis ke belum. Alhamdulillah. Jawapan pendek tu membuatkan aku rasa OK. Mungkin dia sibuk kot. Tu yang balas pendek je. Bersangka baik Teja, Allah tak suka orang bersangka buruk. Sia-sialah kau berusaha meraih perhatian Allah.
Tengahari, sekali lagi aku berkira-kira. Aku mahu bertanya padanya, sudah lunch ke dia? Tapi... kalau dia tak suka macam mana? Kalau dia marah?tanya jelah. Kalau kena marah, diam jelah.
“Abang dah makan?” Butang send ku tekan dan message meluncur laju ke layar telefonnya. Lama jugak dia tak online. Busy kot. Kataku dalam hati sambil berharap message ku tidak menyebabkan kemarahannya.
Aku lihat dia ada online. Tapi tak baca text aku. Tak apalah, busy kot. Kalau aku kat ofis pun, time busy ada je aku tak baca personal text ni.
Tak lama kemudian, aku menerima text balasan daripadanya mengatakan baru lepas Vc dengan manager-managernya. Aku tak faham Vc tu apa sebenarnya. Bz kot. Tak payahlah tanya. Kang kena marah pulak. Aku balas “OK, abg”.
Jam 5.30 petang. Waktu dia balik kerja. Nak text ke tanya dia dah balik ke belum? Tak payahlah. Mungkin dia busy. Kang salah cakap, kena lagi aku. Aku pujuk hati sendiri, nanti dia nak balik, dia bagi tahulah tu.
Dalam aku sibuk menyediakan hidangan makan malam, whatsappku berbunyi. Message dari dia. Dia hantar voice? Bestnya. Dah lama aku nak dengar suara dia. Dia cakap sorry sebab hari ni dia busy. Rasa macam nak peluk Allah. Rasa macam baru jumpa abang yang hilang. Dia cerita jadual tugasnya sejak pagi sampailah ke petang. Dah lama tak dengar cerita macam ni dari abang. Tak tahulah kenapa. Air mata yang sedikit mengalir dalam tiada tanda terharu dan syukur. Aku membalas voice tersebut. Sesampainya di rumah, dia mengirimkan text ringkas, ‘sampai.” Menandakan dia sudah tiba di rumah.
Setelah aku bersedia untuk menjamu selera, aku mengambil gambar hidangan dan mengirimkan kepadanya. Katanya ayam kariku nampak macam dah OK. Ku balas dengan alhamdulillah.
Waktu aku duduk-duduk dalam jam 11.00, kedengaran screen reader IPhone menyebut Mr. Nice Guy. Aku lantas membuka text tersebut, “Syg buat apa?” Ya Allah, mungkin abang yang hilang hari tu dah balik. Rindunya aku pada dia yang ini. Ya Allah, boleh tak hentikan waktu yang beredar pada detik ini? Aku tidak mahu detik indah ini berlalu meninggalkan aku. Aku mahu berhenti pada waktu ini untuk terus merasai bahagia ini. Mustahil! Mana bisa waktu boleh dihentikan? Kami bersembang sekejap. Dia sedang sibuk sebenarnya mencari idea untuk project papernya. Dan sebelum mencoretkan entry ini, sempat aku menitipkan text ku kepadanya. Belum berbalas. Tak apalah. Mungkin abang sedang busy dengan assignment atau dah tertidur. Esokkan abang boleh baca.
Sayang sayang abang. Rindu abang yang ni.