Friday, April 17, 2020

Rasa Yang Ku Pendam

Ya Allah, 

Aku dah cuba Ya Allah untuk menjaga hatinya, berlembut dengannya. Sentiasa bertanya khabar walau pun jika aku diam dia akan diam. Semalam aku rasa happy sangat dapat bergurau dan ketawa walaupun sekadar dalam text. Apa lagi salah aku Ya Allah? Malam tadi sampai pagi ni sepatah-sepatah je balasan textnya padaku. Malah pagi ni, ada yang tak dilayan. 


Adakah salahku bila petang semalam aku meminta dia voice aku kerana aku terlalu rindukan dia? Aku tidak memaksa Ya Allah. Aku sekadar meminta dan bila dia memberitahuku yang kereta banyak serta hujan lebat kerana ketika itu dia memandu, aku tidak marah. Tidak juga aku merajuk. Aku baik-baik saja meskipun aku lihat dia online di whatsapp. Aku bersangka baik, mungkin dia membaca text penting dari urusan kerja. Aku terus OK dan OK. Tak ada apa yang aku pertikaikan. 


Bila tiba di rumah dia seperti biasa memberitahuku yang dia telah selamat sampai di rumah. 

Bila aku mengirimkan kepadanya gambar masakan seperti biasa tiada sebarang jawapan. Fikirku, mungkin dia sibuk untuk Maghrib meskipun dia membaca text tersebut usai Maghrib. Aku OK je. Tak ada apa yang aku marah.


Malam tu, aku teringatkan dia, aku bertanyakan tentang aktivitinya. Dia membalas sepatah-sepatah. Katanya penat. Yelah. Seharian di pejabat mungkin penat. Meskipun sebelum ni, penat macam manapun dia, dia tak begitu. Dia pasti memberitahuku dengan baik dan lemah-lembut seperti “Syg, abg penat. Abg tdo dlu ek.”

Dan pagi ni, sepatah juga jawapannya saat aku bagi morning wish. Sekadar menjawab salam. Bila ditanya ke ofis atau tidak jawabnya juga sepatah, tak.

Aku ni bosan duduk rumah tanpa pergi berkerja. Rasa nak share memori lama yang aku terkenang dengan dia. Yelah. Orang yang kita sayang, kalau boleh semua benda nak share dengan dia. Tapi bila tanya boleh ke aku nak bercerita, diam. Baca. Tapi tak balas. Aku ada buat salah ke? Ya Allah, kat mana salahnya aku dalam aku cuba sehabis baik menjaga hatinya? Apa yang kurang? Apa yang menyinggung hatinya? Aku salah cakap ke? Atau salah laku? Aku cuba Ya Allah, untuk mengeratkan hubungan ini. Tapi kenapa aku rasa kadang-kadang OK, kadang-kadang jauh? Kat mana salahnya aku? Kau tunjukkan Ya Allah. Kalau aku tanya dia, bukan jawapan yang aku dapat tapi kemarahan.

Adakah semua ni berpunca daripada aku?

Atau... dia mempunyai masalah dalam pekerjaannya? 

Atau... ada masalah di rumah?

Jika benar ada yang tak kena, tak kiralah di mana-mana pun, just bagi tahu, yang dia rasa dia tak OK. So, aku faham. Tak adalah aku tertanya-tanya di mana salah aku? Aku ni sentiasa fikir macam mana nak bahagiakan dia. Nak happy kan dia. Balik-balik, aku juga yang menangis sorang diri. Aku yang terasa dengan sikapnya. Kalau masalah tu tak boleh dikongsi dengan aku, tak apa. Aku faham. Mungkin dia tak mahu bercerita. At least, cakap je yang dia tak OK. Jadi aku faham. 

No comments: