Ketahuilah olehmu bahawa aku sentiasa merindui kamu,
Aku sentiasa merindui kamu.
Cinta ini masih merah dan basah buat kamu biar apapun yang menduga.
Wahai lelaki yang amat aku cintai,
Aku tidak tahu apa yang engkau rasakan kini,
Aku tidak tahu gejolak perasaan yang melanda kamu,
Apapun yang berlaku,
Aku akan terus mencintai kamu seperti dulu, seperti kali pertama aku jatuh cinta terhadapmu.
Wahai lelaki yang amat aku rindui,
Aku akan terus memperbaiki diri ini buat kamu,
Aku akan terus semarakkan cinta ini agar hangatnya kembali terasa,
Aku akan terus mencintai kamu selagi Allah mengizinkan.
Wahai lelaki yang aku cintai,
Ketahuilah olehmu bahawa,
Dirimu itu amat penting bagiku,
Engkau adalah insan istimewa yang telahku tabalkan sebagai penakluk hati,
Selagi Allah membenarkan,
Selagi nyawa di badan,
Selagi nafas ku hela,
Selagi nadi berdenyut,
Sebanyak degupan jantungku kasihku buatmu.
No comments:
Post a Comment