Thursday, April 2, 2020

Cinta Yang Tak Pernah Berubah

Hatiku berdebar sejak kali pertama bertemu kamu.


Jiwaku bergetar sejak kali pertama berbalas text dengan kamu. 


Aku mencintai kamu setelah aku yakin dengan cinta yang kau hulurkan.


Aku tak pernah lupa merindui kamu pada setiap waktuku.


Aku tak culas menyayangi kamu pada setiap hariku.


Kasih, sayang, cinta dan rindu terhadapmu sebati dalam darahku, menjalar ke segenap sarafku.


Ketahuilah kamu, bahawa aku akan terus suburkan cinta ini hingga ke nafasku yang terakhir. 


Tapi seandainya satu hari nanti, engkau tidak lagi menginginkan aku, tidak lagi mencintaiku, janganlah didera perasaanku serta hatiku. Nyatakan agar jelas supaya ku bunuh semua cinta ini walaupun payah dan aku akan beredar pergi dari hidupmu. 

No comments: