Tuesday, March 5, 2019

Awak Baik Sebenarnya

Malam tadi, dek kerana letih kesedihan serta lapar tapi tak selera nak makan, aku tidur awal. 



Tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi telefon bimbitku. Panggilan dari seorang sahabat yang sering mengambil berat tentang diri dan perasaanku sejak tiga tahun lalu. Dia bertanyakan keadaanku kerana dari penulisanku, dia dapat rasakan bahawa ada yang tidak kena berlaku.


Aku tak perlu ceritakan semuanya kerana dia telah membaca segalanya. Sahabat itu menasihati aku. Mungkin pengalamannya berumahtangga membuatkan dia matang dalam cabaran hati dan perasaan, tentang lelaki. 


Aku tak mampu menahan tangis. Seperti biasa pada dialah tempat aku hamburkan tangis hibaku. “Kenapa Maz? Kenapa macam ni?” Ratapku hiba. 


“Awak janganlah macam ni. Awakkan kuat. Cuma, awak kena ingat, lelaki ada egonya tersendiri. Lelaki golongan atasan atau boss-boss ni lagi tinggi egonya. Kalau tak, masakan dia jadi boss. Lelaki bawahan pun ada ego dia. Apa lagi orang macam ni? Awakkan pernah dengan golongan bawahan. Golongan pertengahan pun awak pernah kawan. Semua ada ego dia,” 


Aku tetap dengan sedu-sedanku. 


“Orang lelaki ni, awak merajuk dia akan tuis jadi dia yang merajuk,”  


“Betul ke Maz?” Tanyaku padanya. 


“Arwah dulu macam tulah. Lagi satu kalau gaduh, lelaki kalau mula bercakap, memang tajam. Menusuk.” 


Aku tetap dengan tangisku sambil mendengar satu persatu sahabat itu menasihatiku. 


“Awak sayang dia tak?” Soalnya kepadaku. 


“Sayanglah. Kalau tak, tak adalah sedih macam ni,” Jawabku bersama tangis. 


“Lelaki ni, walaupun dia ada salah, dia akan kata kita salah jugak. Lelaki tetap menang. Perempuan tetap akan kalah bila bergaduh dengan dia. Awak beralah je. Bagi dia menang. Awak takkan menang dengan dia,”. 


“Mana boleh macam tu,” Protesku manja. 


Sahabatku ketawa. “Dahlah tu, awak janganlah tegas sangat. Dalam kerja jelah tegas awak tu. Dengan dia tak payahlah. Banyak saya baca tentang dia. Dia baik sebenarnya. Dia sayang kat awak. Tapi, bila bergaduh, orang lelaki tetap nak menang walaupun dengan orang yang dia sayang.”


Aku terus menangis. 


“Saya faham perasaan awak. Awak tak salah. Sayapun tak salahkan awak dengan apa yang awak rasa dan apa yang awak buat. Cuma, cara fikir lelaki dengan perempuan tak sama. Mungkin pada awak, awak sekadar merajuk-merajuk manja. Tapi bagi dia, tak boleh. Perempuan kan manja. Selalu nakkan perhatian. Mungkin dia pulak stress masa tu. Lelaki ni kan banyak tanggungjawab. Semua atas kepala dia. Dia stress la kot. Tu yang terus melenting dan cakap benda yang mengguris tu.”


Aku masih terus menangis. 

“Teja, awak baik sebenarnya. Mungkin, dia tak faham awak lagi ataupun, dia belum kenal awak betul-betul. Awak kawan dengan dia baru berapa bulankan? Awak tak boleh aspek dia kenal awak betul-betul sekarang ni,” 


“Maz, saya tak niat apa-apapun...” 


“Saya tahu Teja. Saya tahu awak macam mana. Saya tahu macam mana awak bila sayangkan seseorang. Awak memang baik. Setia. Sayang orang sangat-sangat. Kalau tak, takkan awak sayang dekat yang first tu walaupun buta-buta dia tipu awak depan mata.” 


“Ah, dia tu, awak tak payahlah cakap. Macam-macamlah dia buat,” 


“Haaa... kalau dia yang macam-macam tu awak boleh sabar bertahun, saya yakin, setakat kerenah yang ni, awak boleh sabar. Awak kan sayang dia. At least, dia baik dengan awak. Dia tak siksa awak macam yang first tu. Macam-macam dia buat untuk awak, bagi awak. Awak mesti boleh tahan setakat kerenah sikit-sikit tu. Semua orang ada kelemahan walau baik macam manapun. Awak sendiripun ada kerenah.” 


“Entahlah. Saya tak tahulah,” 


“Saya faham, awak sedih. Family pun ada kerenah. Sebab tu awak perlukan seseorang untuk zahirkan kasih sayang, untuk share. Saya tahu, mungkin awak jadi macam ni sebab pengalaman awak yang lalu. Janganlah macam tu. Saya tahu, ni bukan awak yang sebenar. Awak baik. Lembut hati, penyabar. Awak kena jadi awak yang sebenar. Awak yang dulu. Bukan semua orang sama macam orang yang pernah buat awak. Dah, saya tahu awak baik. Jadi awak yang dulu. Awak yang sebenar. Saya tahu, orang sebelum-sebelum ni banyak buat awak. Ambil kesempatan atas kebaikan awak. Saya tahu awak down, kecewa, derita. Tapi awak kena pulih. Dia bukan orang dulu. Dia lain. Saya tahu awak sayang kat dia. Saya pun rasa dia sayang kat awak. Awak boleh rasakan dia sayang kat awak?” 


“Dia sayang saya lagi ke?” Tanya saya kurang pasti. 


“Insya-Allah. Dah. Lepas ni jangan gaduh-gaduh. Fikir benda yang baik-baik. Cari dewan, katering, mahkamah. Fikir yang tu,”


Betul ke aku baik? 


Betul ke aku sekarang bukan aku yang dulu?


Betul ke aku kini bukan aku yang sebenar? 


Betul ke aku dulu penyabar orangnya? 



Sakit Apakah Ini?

Ya Allah,

Sakit apakah yang sedang menyerang ini? 
Kenapa tiba-tiba rindu ini mengamuk? Menyerang jiwa hiba lalu air mata ini senang berguguran walaupun tiada. Rindu seperti ini jarang sekali aku merasainya tapi kenapa sejak empat bulan lalu dia sering datang mendera hati? Dan senja membawa ke malam ini dia mengamuk lagi. Hingga resah jiwa gelisah. 


Ya Allah,
Sampaikan rinduku padanya, sehingga aku menjadi kerinduannya.

Amin... 

Di Mata Tidak Di Zahir

Lesu air mengalir di kali. Segar pada mata yang memandang memberi kebugaran ke segenap pelupuk. Tenang dalam menatap aliran ke muara. Siapa tahu lesu itu membuat air lemah dalam menghidangkan kedinginan. Menjemput damai bertandang. Memuja semangat kekuatan kian lelah. Meratib ria agar pulih. Melambai mentari dari maghrib ke masyrik sebelum larut bujuk dalam dada gelap berias kelam. Beredarlah gemawan yang menutup putih awan beralun. Biarku hirup udara nyaman menyelinap ke seluruh belulang yang masih kukuh. Mengalir bersama darah ke seluruh saraf selama nadi berdenyut.

Catatan Dinihari

Ku renung ke dasar tasik. Airnya berkocak, berpusar-pusar. Ikan-ikan lari bersembunyi ke celahan batu. Adiwarna pelangi senja tiada kelihatan meskipun gerimis baru saja rebas di kaki langit. 



Gunung-gunung menghijau tak bisa menyengat dinginnya. Hingga tiada terasa dalam nurani. Selayang pandang mata terkilas menyaksikan lahar entah dari mana tumpahnya. Kepul hangat menjalar serata tulang-temulang, tertebar ke serata buana. Kerdil mendakap aku dalam hitam kabut malam menghambat masa berlari. Lelah pedih jiwa meronta. Mata fikir berputar-putar mengisar waktu terlewati. Apa benar pualam itu biru warnanya? Apa benar delima itu merah warnanya? Apa benar hijau zamrud masih kekal hijaunya? Tinggal aku dalam termangu mentafsir mimpi yang tak terurai.


P/S: biarlah aku menjadi Teja yang dulu. Biarlah bicaraku, tulisanku menjadi sebuah catatan misteri agar tidak disalah tafsir atau mengguris hati sesiapa. Nanti lain yang ku maksudkan, lain tafsirannya. 

Sunday, March 3, 2019

Kenapa?

Abang, 

Kenapa sejak akhir-akhir ni kata-kata abang kasar dan menguris? 
Betul ke abang sayangkan sayang?
Kalau dari tadi abang tanya pasal kelas mengaji sayang, tanpa text kalau merajuk pujuklah sendiri, biarkan abang habiskan masa abang dengan dia orang,  tak adalah sayang rasa pedih macam ni.


Setelah abang hiris hati sayang, baru abang nak tanya pasal kelas mengaji sayang. 
Abang rasa sayang ni robot ke boleh baik sekelip mata? 
Text abang malam ni sangat menghiris. 
Kalau macamni sikap abang, betul ke abang dah bersedia untuk berpoligami?
Ingatlah, ujian masa hadapan tu lebih getir. 
Kalau sayang sorang yang merajuk-merajuk manja pun abang tak boleh handle macam mana?
Kalau abang asyik nak marah,
Dengan marah dan ego abang tu, hal kecil pun jadi besar.
Asalnya sayang merajuk ala-ala. biasalah hati terasa. Sayang duduk rumah, buat macam-macam kerja rumah tanpa abang di sisi. Setakat terasa macam ni tak adalah parah sangat. Cuma perlukan perhatian.
Tiba-tiba abang bagi text yang bukan-bukan. Text yang benar-benar buat sayang terhiris.
Tapi abang tak nak sayang serabutkan kepala bang, 
Abang nak sayang jadi macam sayang yang macam selalu. 
Nak sayang jaga hati abang, 
Nak sayang kekalkan text abang bila sayang nak tidur, bangun pagi dan pergi serta balik kerja walaupun kita bergaduh, 
Sayang dah berazam untuk buat semua tu walaupun kita bergaduh.
Tapi malam ni... text abang tadi, buat semua azam sayang terbang melayang.
Sayang minta maaf abang kalau sayang tak mampu jadi macam apa yang abang inginkan.
Sayang minta maaf sebab sayang tak mampu jadi yang terbaik untuk abang. 
Eh, yang terbaik tu tak mungkinlah. Siapalah sayang yang nak menandingi diakan? Memang takkan dapat sampai bila-bila. 
Tak apalah itu hakikat. Sayang takkan jadi yang terbaik untuk abang 

Text Yang menghiris

Aku boleh je. Nak berlakon seolah-olah tak ada apa yang berlaku walaupun hati terasa. Tapi text dari dia, benar-benar menghiris. Tak perlulah cakap kalau merajuk pujuk sendirilah. Kalau text masuk waktu dia dengan aku pun aku angin. Aku angin sekali je baru. Tu pun kalau text masuk mula-mula jumpa. Lepas tu aku OK je. Then siap cakap, biar dia habiskan masa dengan yang belah sana bila masa dia kat sana. Jadi selama ni, minta aku selalu text dia walaupun dia kat sana... betul-betul  lahir dari hati atau sekadar untuk menjaga hatiku? Tiba-tiba hari ni cakap bila dia kat sana, biar dia habiskan masa dia dengan kat sana. 



Ya Allah, ujian apakah ini? Apakah aku akan terus disakiti begini? Dengan kata-kata yang tajam begini? Ya Allah, apakah sangkaanku bahawa dialah pengubat segala deritaku selama ini salah? 


Benarkah Rindu?

Aku cuba untuk berlakon seperti tiada apa yang berlaku. Tapi aku manusia biasa. Tatkala jauh, aku sering mendambarkannya. Biarpun hanya sekadar text. Aku malas menyuarakan hal ini. Malas dituduh sebagai tidak memahami. Atau ditanya kenapa tidak text dulu? Sedangkan aku memberi ruang untuk mereka bergembira apatah lagi menyambut birthday seseorang.



Tapi ketahuilah, betapa aku rindu. Sentiasa menantikan textnya. Hampa bila setiap kali melihat phone tiada satu pun text darinya sedangkan ada waktunya dia online. Apakah dalam kegembiraan aku terus lenyap dari ingatannya? Hati mula rawan. Apa benar aku sentiasa di hatinya? Apa hanya dikala sunyi aku dirindui? Berjam-jam tak text di hari cuti tu luar biasa. Sedangkan perjalanan yang jauhpun masih aku terima text daripadanya. 


Sabarlah hati. Aku pasrah andai aku akan terus menjalani keadaan seperti ini selagi kesabaran masih ada.