Tuesday, March 5, 2019

Awak Baik Sebenarnya

Malam tadi, dek kerana letih kesedihan serta lapar tapi tak selera nak makan, aku tidur awal. 



Tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi telefon bimbitku. Panggilan dari seorang sahabat yang sering mengambil berat tentang diri dan perasaanku sejak tiga tahun lalu. Dia bertanyakan keadaanku kerana dari penulisanku, dia dapat rasakan bahawa ada yang tidak kena berlaku.


Aku tak perlu ceritakan semuanya kerana dia telah membaca segalanya. Sahabat itu menasihati aku. Mungkin pengalamannya berumahtangga membuatkan dia matang dalam cabaran hati dan perasaan, tentang lelaki. 


Aku tak mampu menahan tangis. Seperti biasa pada dialah tempat aku hamburkan tangis hibaku. “Kenapa Maz? Kenapa macam ni?” Ratapku hiba. 


“Awak janganlah macam ni. Awakkan kuat. Cuma, awak kena ingat, lelaki ada egonya tersendiri. Lelaki golongan atasan atau boss-boss ni lagi tinggi egonya. Kalau tak, masakan dia jadi boss. Lelaki bawahan pun ada ego dia. Apa lagi orang macam ni? Awakkan pernah dengan golongan bawahan. Golongan pertengahan pun awak pernah kawan. Semua ada ego dia,” 


Aku tetap dengan sedu-sedanku. 


“Orang lelaki ni, awak merajuk dia akan tuis jadi dia yang merajuk,”  


“Betul ke Maz?” Tanyaku padanya. 


“Arwah dulu macam tulah. Lagi satu kalau gaduh, lelaki kalau mula bercakap, memang tajam. Menusuk.” 


Aku tetap dengan tangisku sambil mendengar satu persatu sahabat itu menasihatiku. 


“Awak sayang dia tak?” Soalnya kepadaku. 


“Sayanglah. Kalau tak, tak adalah sedih macam ni,” Jawabku bersama tangis. 


“Lelaki ni, walaupun dia ada salah, dia akan kata kita salah jugak. Lelaki tetap menang. Perempuan tetap akan kalah bila bergaduh dengan dia. Awak beralah je. Bagi dia menang. Awak takkan menang dengan dia,”. 


“Mana boleh macam tu,” Protesku manja. 


Sahabatku ketawa. “Dahlah tu, awak janganlah tegas sangat. Dalam kerja jelah tegas awak tu. Dengan dia tak payahlah. Banyak saya baca tentang dia. Dia baik sebenarnya. Dia sayang kat awak. Tapi, bila bergaduh, orang lelaki tetap nak menang walaupun dengan orang yang dia sayang.”


Aku terus menangis. 


“Saya faham perasaan awak. Awak tak salah. Sayapun tak salahkan awak dengan apa yang awak rasa dan apa yang awak buat. Cuma, cara fikir lelaki dengan perempuan tak sama. Mungkin pada awak, awak sekadar merajuk-merajuk manja. Tapi bagi dia, tak boleh. Perempuan kan manja. Selalu nakkan perhatian. Mungkin dia pulak stress masa tu. Lelaki ni kan banyak tanggungjawab. Semua atas kepala dia. Dia stress la kot. Tu yang terus melenting dan cakap benda yang mengguris tu.”


Aku masih terus menangis. 

“Teja, awak baik sebenarnya. Mungkin, dia tak faham awak lagi ataupun, dia belum kenal awak betul-betul. Awak kawan dengan dia baru berapa bulankan? Awak tak boleh aspek dia kenal awak betul-betul sekarang ni,” 


“Maz, saya tak niat apa-apapun...” 


“Saya tahu Teja. Saya tahu awak macam mana. Saya tahu macam mana awak bila sayangkan seseorang. Awak memang baik. Setia. Sayang orang sangat-sangat. Kalau tak, takkan awak sayang dekat yang first tu walaupun buta-buta dia tipu awak depan mata.” 


“Ah, dia tu, awak tak payahlah cakap. Macam-macamlah dia buat,” 


“Haaa... kalau dia yang macam-macam tu awak boleh sabar bertahun, saya yakin, setakat kerenah yang ni, awak boleh sabar. Awak kan sayang dia. At least, dia baik dengan awak. Dia tak siksa awak macam yang first tu. Macam-macam dia buat untuk awak, bagi awak. Awak mesti boleh tahan setakat kerenah sikit-sikit tu. Semua orang ada kelemahan walau baik macam manapun. Awak sendiripun ada kerenah.” 


“Entahlah. Saya tak tahulah,” 


“Saya faham, awak sedih. Family pun ada kerenah. Sebab tu awak perlukan seseorang untuk zahirkan kasih sayang, untuk share. Saya tahu, mungkin awak jadi macam ni sebab pengalaman awak yang lalu. Janganlah macam tu. Saya tahu, ni bukan awak yang sebenar. Awak baik. Lembut hati, penyabar. Awak kena jadi awak yang sebenar. Awak yang dulu. Bukan semua orang sama macam orang yang pernah buat awak. Dah, saya tahu awak baik. Jadi awak yang dulu. Awak yang sebenar. Saya tahu, orang sebelum-sebelum ni banyak buat awak. Ambil kesempatan atas kebaikan awak. Saya tahu awak down, kecewa, derita. Tapi awak kena pulih. Dia bukan orang dulu. Dia lain. Saya tahu awak sayang kat dia. Saya pun rasa dia sayang kat awak. Awak boleh rasakan dia sayang kat awak?” 


“Dia sayang saya lagi ke?” Tanya saya kurang pasti. 


“Insya-Allah. Dah. Lepas ni jangan gaduh-gaduh. Fikir benda yang baik-baik. Cari dewan, katering, mahkamah. Fikir yang tu,”


Betul ke aku baik? 


Betul ke aku sekarang bukan aku yang dulu?


Betul ke aku kini bukan aku yang sebenar? 


Betul ke aku dulu penyabar orangnya? 



No comments: