Wednesday, March 13, 2019

Kenapa Dengan Suara Itu?

Minggu lepas, lepas rasa kecil hati dan merajuk, adalah kami whatsapp. Petang tu, lepas berbalas text, kami bercakap menerusi panggilan telefon. Kedengaran suara dia lain sangat. Kenapa? Selsema ke? Tanyaku padanya. Katanya, tak ada apa. Mungkin tak sihat. Ye ke? Soalku sendirian. Sebelah malamnya, aku menerima voice daripadanya. Kedengaran suaranya lain. Aku dapat agak yang dia di dalam toilet berdasarkan bunyi latar belakang tempat tu. Tambah lagi, ada bunyi air. Tapi suaranya seakan orang menangis. Tapi takkanlah? Dia kan lelaki. Mana mungkin dia menangis sebab aku? Kalau aku tak ada, berganda lebih baik dari aku dia boleh cari. Dan baru-baru ni kami bersembang. Masa tu hubungan dah pulih. Katanya dia banyak kali menangis kerana aku. Bila di rumah, dia akan menangis dalam bilik air sambil buka dan main air. Ya Allah, aku terperanjat. Begitukah kasihnya padaku? Dan dia pernah sebak di hadapanku tatkala kami bergaduh face to face. Katanya, dia takut kehilanganku. Dia juga sering tertanya, apa lagi yang perlu dia lakukan untuk membuatkan aku yakin terhadap cinta yang dibawanya? Bagaimana lagi harus dia buat untuk membuatkan aku faham akan isi hatinya? Dia juga sering diburu perasaan takut kehilangan. Ya Allah, Jika benar itu yang dia rasa, aku pernah merasainya sebelum ini. Aku tahu bagaimana siksanya perasaan itu. Maafkan sayang abang sebab buat abang tersiksa. Maafkan sayang kerana sakitkan hati abang. Ketahuilah, sayang juga menyayangi abang dan tak mahu kehilangan abang. Insya-Allah, sayang akan cuba untuk tidak menyiksa abang lagi. Cuma terkadang bila cemburu menjengah atau marah bertamu, sayang akan terlepas laku. Percayalah, sayang juga sayangkan abang, sayangkan hubungan ni. Sama-samalah kita berdoa agar Allah tetapkan hati kita untuk cinta ini. Amin...

No comments: