Saturday, March 16, 2019

Bahang Yang Disejukkan

Rajuk dan pujuk, marah dan sedih, elemen biasa dalam sesebuah perhubungan. Mungkin sebagai orang perempuan, aku cepat beremosi. Apatah lagi, jalan fikir perempuan tidak sama dengan cara fikir sanglelaki sehingga apa yang keluar dari mulut kita membuatnya marah dan tersinggung. Senja semalam, seperti kelazimannya aku dan dia berbual, menemani perjalanan pulangnya ke rumah. Dan itu rutin yang sering aku tunggu-tunggu lebih-lebih lagi semalam, saat ombak rindu mengganas, membadai pantai hati ini. Namun, perbualan yang mesra pada awalnya bertukar panas apabila aku mengatakan, "Harap abang kuat. Jangan jadi macam yang angah cakap," Ops! Tak sangka ayat ini membuatnya panas! Dan tambah panas lagi bila aku berusaha menerangkan apa maksud di sebalik ayat itu. OK, dia dah mula bercakap dalam marah. Dah marah aku, suruh aku ubah topic. Sedangkan waktu tu, hati ni pun dah mula menjauh. Punah semua rindu yang terpendam. Lantas aku bertanya padanya tentang sesuatu, tentang kejadian di tempat kerjanya. Dah, marah jugak! Katanya itu bukan ubah topic tapi suruh dia yang bercakap. Sedangkan dia nak aku yang bercakap. Sebenarnya aku sengaja mengutarakan soalan itu agar dia bisa bercerita sambil aku menenangkan hati yang rajuk. Aku katakan padanya, tak tahu nak cerita apa. Dia suruh aku bercerita tentang event yang aku hadiri petang semalam. Orang sedang berjauh hati, tentunya aku bercerita dalam acuh tak acuh. Saat dia bertanya soalan, nada suaraku tak mampu aku kawal dan menimbulkan kemarahannya. Tapi petang semalam... Aku tahu, dia cuba menahan sabarnya. Dia cuba mengawal marahnya, dia cuba berlembut dan menasihatiku. Nada suaranya lembut dalam tegas. Dan aku juga walaupun sudah terlepas berkata-kata, cuba mengunci mulut agar tidak membalas kata-katanya lebih banyak seperti kebiasaannya walaupun hati terusik. Saat dia marah dalam lembut ringan je rasa tangan ni nak memutuskan talian telefon yang bersambung. Pun begitu, setelah melihat dia berusaha mengawal marahnya, mengawal emosinya, mengawal sikapnya agar tidak menyakitiku dan memikirkan tentang situasi dia di rumahnya kala itu, hatiku jadi lembut. Aku jatuh kesian padanya. Sungguh! aku kalah dengan kelembutan. Hati tiba-tiba sayu, sayang kembali menyerbu. Aku tahu, kalau diikutkan egonya seperti sebelum ni, pasti dia terlebih dahulu akan mematikan talian dan enggan bercakap denganku. Dan itu akan membuatkan aku lebih terasa. Maka hatiku juga akan menjadi keras. Pastinya malam itu dan entah beberapa hari jika tidak dipujuk, jangan harap dia akan menerima teks daripadaku seperti selalu. Kelembutannya Berjaya mengusik hatiku. Berjaya membuatkan aku rasa bersalah padanya. Lantas, dalam hati masih terusik, aku mohon maaf daripadanya walaupun dalam bahasa asing. Tatkala hati sarat dengan rindu dendam, aku tidak mahu jauh daripadanya. Bila kelembutan yang dipamerkan, aku merasakan dialah lelaki yang aku dambarkan menjadi imamku. Lelaki lembut tapi tegas beginilah yang aku cari sekian lama. Lelaki yang tidak memarahiku dengan ego tetapi memarahiku dengan tegas tapi dalam kelembutan. Kalau dia seorang yang ego, bagaimana mahu mendidikku yang sarat beremosi? Lebih-lebih lagi mahu mentadbir dua bahtera. Dan akhirnya, dia memenangi perselisihan faham semalam dengan lembut dan kebijaksanaannya. Dengan rela hati tanpa paksaan, aku mengalah dan mengaku salahku. Dan Alhamdulillah, perbualan senja semalam diakhiri dengan gelak tawa, tidak seperti selalu apabila berselisih faham, perbualan diakhiri dengan saling menyakiti dan ego masing-masing. Perbualan bersambung pada malamnya menerusi teks walaupun dalam mengantukku. Tatkala dia dalam perjalanan ke tempat kerja kerana perlu menghadiri latihan selepas train beroperasi, kami berbual lagi. Begitu juga perbualan turut berlaku saat dia dalam perjalanan pulang pada jam menghampiri 4.00 pagi. Apa lagi yang perlu aku rajukkan atau berjauh hati setelah melihat dia cuba sedaya-upaya untuk mengawal marah dan egonya. Seperti yang aku katakan, aku seorang yang kalah dengan kelembutan maka aku juga berusaha untuk pulih cepat dengan keadaan tersebut. Jam 4.00 pagi, dia tiba di rumah. Aku tahu dia mengantuk. Setelah melayanku berbual di telefon, aku faham sekiranya dia tidak menghantar teks kepadaku. Itu pun dia masih berusaha untuk melakukan apa yang aku suka. Dia menghantar teks sebelum tidur kepadaku walaupun ringkas, memberitahu dia mahu tidur. Ya Allah, sayang sayang abang. Semoga kita sama-sama kuat untuk bersatu walau apapun rintangannya. Sayang sayang abang. Sayang abang sebanyak buih di lautan. Semoga abang tetap abang yang sayang kenal kini meskipun kita telah bersatu kelak.

No comments: