Friday, July 17, 2009
Aktiviti Hujung Minggu
Apa yang aku nak buat hujung minggu ni, ya?
Aktiviti wajib:
1. Kemas, sapu dan mop rumah )tak banyak yang nak kena kemas).
2. Cuci bilik air.
3. Gosok baju dan tudung untuk seminggu.
4. Bersenam di gymesium.
5. Masak.
Itu jelah yang wajib buat. Aktiviti sampingan tu tak tahu lagilah.
Oh ya, kelas Bahasa Inggeris (kalau ada) - mesti buat persediaan untuk ambil IELT.
Nak masak apa untuk hari minggu ni?
1. Bubur nasi (housemate dah bising nak makan bubur nasi ni - minggu ni mesti buat, tak boleh postpone)
2. Ayam paprik.
3. Ayam masak lemak cili api.
4. Makaroni udang berkeju (kalau sempat beli bahan - Ada bahan yang susah nak dicari ni. Susah-susah, buat je kuah spagheti)
- Aik, takkan ayam je semua lauk weekend ni? (Tengoklah kalau ada pengubahsuaian)

Dunia Penulis
Dunia ku
Penuh keindahan
Penuh kesedihan
Himpunan dunia-dunia nyata.
Malam ku menjadi siang
Siang ku menjadi malam
Mentari jatuh ke bumi
Bulan rebah di riba
Badai terhenti tiada menghempas
Pulau serasa di tanah besar.
Lena ku berulit unggas
Jaga ku dikejut SIUL burung
Tidur ku berselimut bara
Tubuh beralas intan.
Dunia ku
Tiada mustahil
Bila ilham menyusun kisah
Dunia ku
Tiada terjangka
Bila pena mengatur riwayat
Dunia ku
Tiada terduga
Bila kertas berhikayat.
12 Disember, 2003
Penuh keindahan
Penuh kesedihan
Himpunan dunia-dunia nyata.
Malam ku menjadi siang
Siang ku menjadi malam
Mentari jatuh ke bumi
Bulan rebah di riba
Badai terhenti tiada menghempas
Pulau serasa di tanah besar.
Lena ku berulit unggas
Jaga ku dikejut SIUL burung
Tidur ku berselimut bara
Tubuh beralas intan.
Dunia ku
Tiada mustahil
Bila ilham menyusun kisah
Dunia ku
Tiada terjangka
Bila pena mengatur riwayat
Dunia ku
Tiada terduga
Bila kertas berhikayat.
12 Disember, 2003
Cinta Itu...
Bukankah cinta itu membahagiakan?
Bukankah kekasih yang baik itu sentiasa ada bersama kekasihnya tidak kira susah atau senang?
Bukankah pencinta sejati tidak pernah mahu melihat kekasihnya bersedih?
Bukankah pencinta tulus itu tidak akan pernah menyakiti hati kekasihnya?
Bukankah pencinta setia itu tidak pernah marah-marah apabila kekasih menghubunginya tidak kira waktu?
Bukankah pencinta yang benar-benar mencinta itu sentiasa cuba untuk membahagiakan
kekasihnya?
Bukankah cinta itu memberi semangat dan keyakinan, bukan melemahkan tanpa maya?
Bukankah cinta itu membuatkan hari-hari yang dilalui gembira, bukan dalam kesuraman?
Tapi... Mengapa masih ada yang tegar disakiti?
Apa mungkin sememangnya sikap kekasih begitu?
Tapi kalau benar mencinta... Tidak bisakah berubah? Menjadi kekasih yang sentiasa membuatkan hati kekasihnya tenang?
Entahlah... Aku tak tahu. Aku tiada jawapannya.

Thursday, July 16, 2009
12 Barisan Menuju Akhirat
Artikal ini dikirimkan oleh seorang sahabat kepadaku. Mari kita renungkan bersama, semoga ia menjadi pengajaran buat kita semua.
Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dalam keadaan tidak bertangan dan berkaki. keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang-orang yang menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yang sombong dan tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia mahupun di akhirat".
Firman Allah, 'aku akan memalingkan hati orang yang sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayat ku(yang menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan dan tempat kembali mereka adalah neraka".
Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dalam bentuk babi hutan datang seruan Allah,
"mereka orang yang meringan-ringankan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yang memelihara solat lima waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yang mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda: "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala dan kedua-dua bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.
Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dengan bentuk keldai dan perut penuh ular serta kala jengking "mereka adalah orang yang enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dalam orang yang berkemampuan. Inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dalam keadaan darah memancut keluar dari mulut"Mereka adalah antara orang yang suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yang diperoleh datang dari sumber yang halal.
Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya dan tempat mereka juga adalah neraka.
Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badanmereka adalah orang yang dahulunya menjadi saksi palsu.
Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah dan nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yang enggan memberi kesaksian kebenaran.
Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik,kepala kebawah dan kaki ke atas. Mereka adalah orang yang melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi-sunyian antara seorang lelaki dan wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".
Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam dan bermata biru, sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. mereka adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.
Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh berpenyakit sopak dan dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.
Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dalam keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada dan lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yang menjijikkan. Mereka ini adalah orang yang minum arak sewaktu hidupnya.
Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar-sinar seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat. Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yang beramal salih dan melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu dan meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan mereka dan tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah S.W.T"
BACALAH YASSIN
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya. 9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang orang yang munafik.
Untuk renungan semua,
Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Menanti Dalam Debar
Persoalan ini sering bermain di mindaku sejak akhir-akhir ini. Di manakah rezekiku sebenarnya? Namun, hati ini jadi tenang tatkala mengingatkan bahawa rezeki itu di "tangan" Allah. Pastinya Dia tahu apa yang terbaik buat kita.
Tiga minggu lalu, aku hadiri satu ujian anjuran JPA menerusi SPA. Sebenarnya, sudah beberapa kali menghadiri peperiksaan SPA, tapi, mungkin rezekiku yang belum ada. Aku takut memikirkan tentang ujian tersebut. Ujiannya bukan calang-calang. Mungkin kerana jawatannya berkaitan dengan tanggungjawab yang berat. Sudahlah hati, jangan risau. Allah tahu bila dan di mana Dia akan berikan rezeki buat kita. Berdoa dan bertawakallah, semoga Allah permudahkan rezeki. Tiba suatu saat, apabila Allah lafazkan "kun fayakun", maka diberilah rahmatnya itu.

Monday, July 13, 2009
Sabarlah Hati
Hidup ini telah direncanakan oleh Yang Maha Kuasa. Segala-galanya telah tertulis di Loh Mahfuz. Kita ibarat pelakon yang melakonkan watak yang telah diberi. Namun, dengan kasih sayangNya, Allah memberi kita peluang untuk berusaha dan berdoa, agar nasib kita berubah.
Ya, engkau tahu itu bukan? Jadi, mengapa harus sedih? Sabarlah, teruskan usaha di samping doa yang tidak putus. Allah amat suka mendengar suara dari hamba-hambaNya yang merintih, merayu memohon padaNya. Percayalah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Senyumlah, senyumlah wahai bibir. Moga hati yang gundah terlindung di balik ulas senyum itu.

Friday, July 10, 2009
Ke Mana Ilhamku? (Puisi Kedua Akhir)
Puas ku menung
Puasku fikir
Ilham yang suatu ketika dulu mencurah
Hilang indahnya.
Coretanku terasa canggung
Kenapa?
Aku resah
Bukankah puisi dan puitis itu jiwaku?
Mengapa ilhamku pudar?
Apakah mata pena ini telah tumpul sehingga tidak berdaya menitip kata?
Atau mungkin kertas ini tidak cukup putihnya sehingga tidak terlihat aksaranya?
Sempitkah ruang untuk ku tarikan jemari di papan kekunci?
Atau layarnya kehilangan cahaya untuk memapar bait-bait kata?
Mungkin…
Mindaku sarat sehingga berat melahir ilham?
Atau jiwaku tidak sebugar dulu?
Hilangkah sudah tajam mata fikirku?
Atau…
Hatiku gundah hingga kucar segala ayat yang ku baris?
Apa sudah jadi dengan diriku?
18 Jun, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)