Persoalan ini sering bermain di mindaku sejak akhir-akhir ini. Di manakah rezekiku sebenarnya? Namun, hati ini jadi tenang tatkala mengingatkan bahawa rezeki itu di "tangan" Allah. Pastinya Dia tahu apa yang terbaik buat kita.
Tiga minggu lalu, aku hadiri satu ujian anjuran JPA menerusi SPA. Sebenarnya, sudah beberapa kali menghadiri peperiksaan SPA, tapi, mungkin rezekiku yang belum ada. Aku takut memikirkan tentang ujian tersebut. Ujiannya bukan calang-calang. Mungkin kerana jawatannya berkaitan dengan tanggungjawab yang berat. Sudahlah hati, jangan risau. Allah tahu bila dan di mana Dia akan berikan rezeki buat kita. Berdoa dan bertawakallah, semoga Allah permudahkan rezeki. Tiba suatu saat, apabila Allah lafazkan "kun fayakun", maka diberilah rahmatnya itu.
Thursday, July 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
wah...mesti exam ptd m41 atau pun pt n41 ni kan? :)
ape2 pun semoga berjaya...cuma rezeki kita tak tau..dia dtg cpt atau lambat jer...
:) Macam mana tahu ni? Awak pun terlibat ke? Tolong doakan saya ya?
Oh ya, awak dah baca semua ke enteri saya kat blog ni?
Post a Comment